Hebahan: Siaran Secara Langsung Ucapan Bajet 2016 Melalui Portal Perbendaharaan Malaysia

1:56 pm

Pembentangan Bajet 2016 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan pada ketetapan berikut: 

Tarikh : 23 Oktober 2015 

Masa : 4.00 petang 

Tempat : Parlimen Malaysia 

Untuk makluman, selain dari stesen-stesen televisyen seperti RTM, ASTRO, TV ALHIJRAH dan BERNAMA membuat liputan siaran langsung, Pembentangan Bajet 2016 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Bajet 2016. Siaran langsung ini boleh didapati dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my

Teks Ucapan Bajet 2016 dan Laporan Ekonomi 2015/2016 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia sejurus selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak selesai membentangkan Bajet 2016. 

Selain dari itu Bajet 2016 juga boleh diakses melalui: 
Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut: 


Kastam Di Raja Malaysia – http://www.customs.gov.my
Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my
Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my
Lembaga Hasil Dalam Negeri – http://www.hasil.gov.my

You Might Also Like

0 omelan