Wednesday, October 07, 2015

# info # Jalan..Jalan

10 Inapan Unik di Malaysia

Jika anda berpendapat bahawa hotel dan resort 5 bintang bersifat terlalu ‘mainstream’, yang berikut adalah 10 inapan unik di Malaysia yang anda harus mengalami sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup anda. Satu perkara yang dijamin ialah pengalaman yang anda tidak akan lupai. Adakah anda sedia untuk meneroka? Jom kita lihat!

1. Time Capsule Retreat di Pahang

Terletak di pusat Bandar Sungai Lembing, Kuantan, Time Capsule Retreat yang diuruskan oleh satu keluarga adalah sebuah penginapan yang tenang dan selesa. Konsepnya bermula daripada suatu idea pelik daripada seorang usahawan muda, Kevin Young, 26, bagi meningkatkan potensi resort ayahnya. Menghadap rizab hutan yang rimbun dengan pemandangan yang indah, suhu yang menyejukkan dan suasana yang hebat, Time Capsule Retreat adalah tempat percutian yang cukup sempurna untuk beristirahat dan mencari ketenangan jiwa.

Bilik-biliknya berbentuk seperti kapsul atau tiub. Setiap kapsul dilengkapi dengan pencahayaan yang mesra, katil bersaiz queen dan sistem penghawa dingin. Namun, penghuni perlu menggunakan bilik mandi berkongsi yang terletak berdekatan sebuah jakuzi terbuka. Lubang telah dibuat pada bahagian atas setiap kapsul untuk membolehkan cahaya semula jadi menerangi bilik.

Lokasi | Sungai Lembing, Kuantan, Pahang



Telefon | +6013-963 8888 +6019-983 0883



2. Terra’s Tree House di Cameron Highlands

Jika anda sedang mencari penginapan yang tenang dengan suasana semula jadi dan udara yang menyegarkan, Terra’s Tree House adalah tempat yang sempurna untuk percutian yang menyeronok dan mengujakan. Terletak jauh dalam kawasan pergunungan di Cameron Highland, dalam hutan yang aman lagi menghijau, Terra’s Tree House menampilkan 6 rumah asli yang dibina daripada buluh dan daun kelapa Nipah, yang menawarkan pemandangan menghadap ke hutan.

Perjalanan ke Terra’s Tree House memerlukan perjalanan off-road menggunakan 4 wheel drive sejauh 4 km selama kira-kira setengah jam diikuti pendakian 400 meter melalui trail curam yand dibina daripada kayu balak, untuk kira-kira 10 hingga 15 minit. Kedengaran seperti pengembaraan yang mencabarkan? Jangan lupa untuk membawa beg galas yang ringan (dan bukannya beg beroda), baju hujan atau payung, lampu suluh, perlengkapan mandian, tuala dan kasut sukan.

Lokasi | Jalan Sungai Mansion, Brinchang, Pahang, Cameron Highlands



Telefon | +60175162125




3. Templer Park Rainforest Retreat di Selangor

Jika anda mengingini percutian pendek bagi melepaskan diri daripada kesibukan kehidupan bandar, Templer Park Rainforest Retreat semestinya tempat yang dituju. Penginapan hutan hujan asli yang mudah dicapai ini hanya mengambil masa pemanduan 30minit dari Kuala Lumpur dan anda akan berasa seolah-olah anda telah mengembara ke tempat yang jauh. Sebagai tempat di mana anda boleh berkumpul dan mengadakan jamuan, Templer Park Rainforest adalah persekitaran semula jadi yang ideal untuk bersantai, berehat, membuang tekanan dan menyegarkan diri anda semula.

Anda mempunyai seluruh ruang kira-kira sebesar tiga (3) ekar di atas tanah tinggi kepada diri sendiri. Terdapat satu dek di mana anda boleh menikmati pemandangan indah pergunungan (Bukit Takun/Anak Bukit Takun) dan tasik. Terdapat juga sebuah kolam memancing ikan dan dek, set BBQ untuk keperluan memasak, buaian dan pondok kayu. Berdekatan dengan padang golf jika anda seseorang yang meminati golf, siapa akan menyangka bahawa tempat yang tenang seperti ini wujud hanya 20km dari Kuala Lumpur?

Lokasi | No 23, Jalan 3/2, Templer Heights, Templer Park, Rawang



Telefon | 012-220 5033


4. Classic Malay Home di KL

Nikmatilah budaya dan tradisi tempatan dengan bermalaman di Classic Malay Home yang indah ini. Terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur, rumah Melayu yang klasik ini mempunyai kelebihan yang menyenangkan para pelawat di mana terdapat kemudahan stesen LRT yang terletak berhampiran dan hanya mengambil masa perjalanan kaki 3 minit daripada Menara Kembar atau 5 minit jika anda memandu.

Rumah penginapan ini memuatkan 2 – 6 orang dan menyajikan sarapan atas permintaan. Dikelilingi pokok-pokok palma dengan air pancutan di halamannya, apa lagilah yang boleh anda minta kerana apa yang ditawarkan itu adalah terbaik dari kedua-dua aspek kebudayaan dan kerancakan bandaraya KL?

Lokasi | Kampung Datuk Keramat, berdekatan Damai LRT Station



5. The Blue Mansion di Penang

The Blue Mansion berdiri anggun melebihi satu abad atas asas yang kukuh dari segi kekayaan seni bina, kebudayaan dan warisan sejarah. Sebagai legasi Cheong Fatt Tze, rumah agam ini dibina pada tahun 1880-an. Rumah agam yang mengagumkan ini terdiri daripada 38 bilik, 220 tingkap dan ditauliahkan oleh Cheong Fatt Tze, seorang pedagang tempatan yang meninggalkan China sebagai remaja yang tidak berharta tetapi berakhir sebagai ‘the Rockefeller of the East‘.

The Blue Mansion menggabungkan reka bentuk Timur dan Barat, dengan tingkaplouvre, kaca berwarna seni nouveau dan jubin lantai yang indah. Ia merupakan suatu contoh jarang yang masih kekal ke hari ini, menunjukkan gaya seni bina eklektik yang digemari golongan kaya Cina Selat pada masa itu. Rumah agam ini duduk di atas ‘takhta naga’, yang membawa maksud terdapat suatu gunung (Bukit Penang) di belakang dan air (saluran) di hadapan – tapak ini dipilih kerana feng shui yang amat baik.

Keindahan yang menakjubkan? Alamilah kehidupan seperti seorang hartawan hari ini dengan bersantai di The Blue Mansion.

Lokasi | 14, Leith Street, 10200 Penang, Malaysia



Telefon | +604 262 0006



6. The Happy Eight Retreat di Ipoh

Penginapan ini merupakan Hotel Warisan dan Kebudayaan yang menggunakan sumber tempatan sebagai bahan binaan yang diubahsuai. Di The Happy 8 Retreat, setiap keping hiasan adalah hasil dan kraf buatan tangan. Terdapat di 3 lokasi, iaitu Ipoh Old Town, Ipoh Pasir Puteh dan Kuala Sepetang, The Happy 8 Retreat mencipta suasana yang tenang aman – suatu kombinasi unik yang menggabungkan suasana yang berumur, sentuhan yang moden, alam semula jadi dan seni.

Di sini, anda akan menikmati lorong landskap yang menarik dan suasana yang selesa untuk melepaskan diri daripada kesibukan dunia di sekitar anda. Bilik-biliknya dihiasi dengan artistik untuk memberi anda perasaan yang selesa dan nyaman.

Lokasi :

· OldTown : No 8, Jalan Shah Bandar, Taman Happy, 31650, Ipoh, Perak, Malaysia.

· Pasir Puteh : No 46, Market Street, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia.

· Kuala Sepetang : No LC151A3, Tepi Sungai, Kuala Sepetang, 34650 Malaysia.



Telefon | +605-2438388 / +605-2438288




7. Steampunk Loft di KL

Terdapat banyak ‘loft’ (pangsapuri) di Malaysia, tetapi tiada seperti yang bertemakan Steampunk ini. Steampunk Loft yang seluas 1500 kaki persegi ini datang lengkap dengan bar atas bumbung peribadi anda sendiri. Jika anda suka, anda juga boleh menikmati minuman di balkoni yang menghadap kolam renang.

Rekaan unik loft yang terdiri daripada satu bilik tidur ini dilengkapi barangan dari koleksi peribadi pemilik yang terdiri daripada perabot vintaj dari Asia Tenggara. Loft atas direka khas untuk bekerja; dindingnya boleh ditulis dengan pen marker yang boleh dipadam. Kami boleh bayangkan satu malam di sana – bersama-sama berkerja, memerah otak dan selepas itu menenggak sebotol arak di bar atas bumbung untuk mengakhiri hari dengan selesa.

Lokasi | Jalan Pantai Murni, Kuala Lumpur



8. The Stable di Melaka

The Stable bagaikan syurga yang indah di pusat bersejarah Melaka yang terletak di antara Heeran Street dan Jonker Street yang terkenal, yang kini menempatkan peniaga antik, muzium, restoran, galeri, kedai kopi dan kraf.

The Stable adalah suatu ciptaan semula yang bijak lagi menarik daripada sebuah bangsal kuda yang dibina pada abad ke-16 ketika pendudukan Belanda di Melaka. Bayangkan rangka kayu asli menari di sekeliling bilik yang kaya dengan tekstur, dihiasi bata kasar yang terdedah, jubin Peranakan, tingkap louvre yang menawan dan lantai kayu yang dipulihkan. Pertembungan pengaruh yang cukup mengagumkan – dari unsur moden ke baroque ke warisan Peranakan tempatan, rumah tamu kecil ini adalah gabungan yang diilhamkan daripada daya tarikan dunia lama dengan gaya moden dan tenaga yang ternyata unik.

The Stable menawarkan eklusiviti dan privasi yang terbaik melalui rumah tamunya yang bercirikan satu bilik sahaja, di mana anda dapat menikmati seluruh rumah itu kepada diri anda.

Lokasi | No. D, Jalan Hang Kasturi, 75200 Malacca



Telefon | 

Eli: +6016 274 9686 / +6012 623 9459
Sharen: +6012 698 4917
David Chang: +6012 6234459
Soon Lum: +6012 626 6977 / +6012 6235459




9. Adeline’s Villa di Gopeng

Untuk merasai alam semula jadi, larikan diri anda ke Adeline’s Villa! Slogannya mengatakan semuanya.

Tinggalkan hutan konkrit dan dapati tapak kaki anda di Adeline’s Villa di Gopeng. Melayan tetamunya sendiri, pemilik, Adeline Kuo percaya dalam menjamukan hidangan makanan yang terbaik kepada tetamunya. Percutian alam semula jadi ini merangkumi semua daya tarikan dan kemudahan yang diidamkan orang bandar sama ada dalam sebuah percutian ataupun dalam pencarian untuk ketenangan.

Di Adeline’s Villa, anda boleh tinggal di chalet yang terdapat dalam kehijauan hutan hujan dan daya tarikan asli, yang lengkap dengan kemudahan untuk keselesaan. Terdiri daripada pelbagai saiz yang bersesuaian dengan keperluan privasi bagi mereka yang berbulan madu sehingga ke keselesaan seisi keluarga, Adeline’s Villa juga menawarkan aktiviti berasaskan alam semula jadi yang menyeronokkan. Ini termasuk aktiviti berakit air putih, meneroka gua, permainan paintball, dan sukan berkumpulan yang lain-lain.

Sama ada untuk acara korporat ataupun makan angin bersama keluarga, Adeline’s Villa menjadi saluran kepada mereka yang mencintai alam semula jadi dan pelancong-eko.

Lokasi | Lot 13302, Mukim Teja, Kampung Geruntum, Sungai Itik, Gopeng, Perak.



Telefon | +6019-556 1113



10. Container Hotel di KL

Mengambil inspirasi seni bina yang mampan, Container Hotel dibina daripada kontena fret yang boleh diperbaharui. Kontena tersebut direka semula secara inovatif dalam gaya moden dengan ciri-ciri imaginatif dan berwarna-warni. Perhatikan kontena yang ceria kejinggaan dan rumah tamu yang berstruktur tong bir. Juga tangki merah jambu yang futuristik.

Container merupakan hotel mesra alam yang menekankan kepentingan pembangunan hijau, kemampanan dan menggalakkan reka bentuk seni. Idea di sebalik Container Hotel diilhamkan oleh konsep “Kyosho Jutaku”. Dalam bahasa Jepun, ia membawa maksud hidup besar pada jejak kecik, dengan membina rumah yang padat dan selesa yang hanya menggunakan ruang yang sangat kecil. Jika anda belum pernah cuba tinggal di dalam sebuah “kontena”, anda harus mengalaminya sekarang. Cari Capsule oleh Container Hotel di KLIA2 jika anda menginginkan satu malam yang berpatutan di lapangan terbang.

Lokasi | No 1, Jalan Delima,55100 Kuala Lumpur



Telefon | 03-21104388


Semoga informasi-informasi ini membantu memberikan idea kepada semua untuk bercuti secara solo atau bersama keluarga tersayang.