Monday, September 29, 2014

Kita Suka Guna 'Lah'

September 29, 2014 3 Comments
pinjam gambar google..
"Lah". 

Biasa dalam perbualan kita ada je tambahan 'lah'.Kalau dalam Bahasa Melayu biasalah kita dengar tambahan tu.Tapi dalam english ade jugak yang tambah 'lah' pada certain ayat.

Kalau dalam Bahasa Melayu kita biasa mendengar "Ok lah", "tak perlu lah!",  "biasalah", "nantilah" dan lain-lainlah!opssss..Biasa kita jumpa di mana-mana kan dalam perbulan seharian. 

Jika didengar dalam bahasa Inggeris memang lainlah..dah jadi rojak..aka Manglish..walaupun sedap juga didengar!Contoh ayat "no lah", "it's oklah", "no needlah", "don't carelah","whateverlah" and many more lah...hahhahah..oh my Manglish..hancus!

Isu bahasa rojak memang meluas sekarang ni.Ok, aku bukan nak ngajar bahasa. Cuma kadang kesedaran terhadap bahasa tu tak seberapa.Kadang ingin melihat Bahasa diperkasa.Aku pun bukan pengguna bahasa yang sempurna.Caca marba juga.


Tuesday, September 23, 2014

Biodata Mohamed Azmin Ali-Menteri Besar Selangor

September 23, 2014 0 Comments

Umum dah tahukan siapa MB selangor yang baharu,YB Mohamed Azmin Ali.Moh kite kenali sedikit latar diri beliau:
  • lahir pada 25 Ogos 1964 di Singapura.Pada tahun 1968, bapanya yang berada di perkhidmatan tentera berpindah ke Selangor dan sejak itu mereka tinggal di Kampung Klang Gate Baru, Hulu Kelang, Gombak
  • Ahli Parlimen Gombak dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Selangor
  • Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  • Bapanya Ustaz Ali dan ibunya Hajjah Che Tom Yahaya menetap di Kampung Klang Gate, Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor. Adik beradiknya termasuklah Azwan Ali(pelakon, pengacara), Ummi Hafilda dan Arpah Ali (pakar motivasi)
  • Isterinya Shamshida Taharin, graduan Kewangan dari University of Minnesota, Amerika Syarikat .Mempunyai 6 orang anak iaitu Farah Shazliyana (1990), Mohamed Ameer Shazrin (1992), Farah Amira (1993), Farah Afifah (1995), Mohamed Basheer Noor Alhaq (2000), Mohamed Yusuf Al Sadiq (2002).
  • mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dari 1971 hingga 1976. Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1977 - 1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980 - 1981). Pada tahun 1982, beliau berlepas ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di University of Minnesota. Beliau menamatkan pengajian Mei 1986 dari Kolej Sains dan Kejuruteraan dengan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam mata pelajaran Matematik dan Ekonomi. Pada bulan Mei 1987, beliau memperolehi Sarjana Pendidikan dalam mata pelajaran Matematik dan Ekonomi dari Kolej Pendidikan dan Perkhidmatan Manusia Profesion, Universiti Minnesota.
sumber wiki dan blog Azmin.

TERLANTIK SUDAH MENTERI BESAR SELANGOR YANG BAHARU

September 23, 2014 0 Comments

Akhirnya hari ni teka-teki tentang siapa yang bakal menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim terjawab. Tahniah diucapkan kepada Timbalan Presiden PKR, Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarbangsa Mohamed Azmin Ali, 50, yang telah mengangkat sumpah sebagai MB Selangor ke-15 pagi tadi.

Selamat menjalankan tugas sebagai Pentadbir yang baharu.Semoga dapat membuat perubahan yang lebih baik dan segala urusan berjalan dengan lancar demi kesejahteraan rakyat.

Perpustakaan Dalam Bas di Putrajaya

September 23, 2014 1 Comments


Konsep Mini Perpustakaan dalam bas (LIBRARY ON WHEELS) adalah salah satu usaha menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat.Ini adalah hasil inisiatif daripada Syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Perpustakaan Negara dan beberapa lagi agensi.

Objektif utama ianya diperkenalkan ialah perkhidmatan bas bukan sekadar pengangkutan awam, tetapi juga menjadi satu tempat untuk rakyat secara berterusan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.

Untuk permulaan sebanyak lima buah bas akan menyediakan ruang mini perpustakaan ini dan PAPSB dalam rancangan jangka panjang akan meluaskan perkhidmatan mini perpustakaan ini ke semua 175 bas miliknya secara berperingkat.

Ok jugak idea tu. Bagi aku yang kadang-kadang menggunakan perkhidmatan bas ketika pergi kerja,dengan adanya buku-buku dalam bas tu boleh jugak kita baca sementara nak tunggu sampai destinasi.Selain bahan bacaan ilmiah harap sertakan sekali buku-buku yang bersifat santai seperti kartun dan fiksyen.So, terhibur le jugak hati sebelum gi kerja ye dak.

Sama-samalah kita memupuk budaya membaca!

Friday, September 19, 2014

PENGANJURAN PERLUMBAAN KERETA FORMULA E DI PUTRAJAYA PADA 21 HINGGA 23 NOVEMBER 2014

September 19, 2014 0 Comments
gambar:perbadanan putrajaya
Perbadanan Putrajaya akan menganjurkan Program Perlumbaan Kereta Formula E pada 21 November hingga 23 November 2014 bertempat di sekitar Putrajaya. Formula E adalah perlumbaan kereta eletrik yang baru diperkenalkan di bawah pengawasan Pertubuhan Otomobil antarabangsa (FIA). Program Perlumbaan Kereta Formula E di Putrajaya ini merupakan perlumbaan Siri Kedua diadakan selepas Beijing. Untuk makluman semua, litar perlumbaan di Putrajaya yang telah dikenalpasti adalah sepanjang 2.56 km melibatkan laluan Persiaran Perdana, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Lebuh Wawasan, Lebuh Bestari, Jalan P2D dan Jalan Pembangunan. Di sepanjang laluan tersebut akan dibina kawasan tempat duduk pengunjung (spectator area ), ‘pit stop’ serta laluan perlumbaan. Kesemua jalan-jalan yang berkenaan akan diTUTUP sepenuhnya semasa perlumbaan berlangsung. 

pelan litar perlumbaan

Sehubungan itu, pihak Perbadanan Putrajaya juga memaklumkan kerja-kerja penyediaan trek dan kemudahan sedang giat berjalan dan ini akan menyebabkan beberapa jalan yang terlibat ditutup bagi tujuan itu. Seterusnya, pihak Perbadanan Putrajaya memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dari kerja-kerja pembinaan untuk Program Perlumbaan Kereta Formula E.
gambar:perbadanan putrajaya

TAKE A BREAK...READ@PUTRAJAYA

September 19, 2014 0 Comments
Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Perpustakaan Negara, PUSPANITA dan 1M4U akan menganjurkan Program Merakyatkan Budaya Ilmu Peringkat Zon Putrajaya yang dikenali sebagai “Take A Break...Read!@ Putrajaya” yang akan berlangsung pada : 

Tarikh : 21 September 2014 (Ahad) 

Masa : 7.30 pagi hingga 6.00 petang 

Tempat : Dataran Putra, Putrajaya

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada jam 9.00 pagi. Untuk makluman, dua acara utama yang akan diadakan bersempena program ini ialah: 

· Penyampaian Anugerah ‘Ikon Membaca Kebangsaan’ Penjawat Awam Yang Pertama, dan 

· Pelancaran ‘Library On Wheels’ 

Di samping itu, pelbagai aktiviti dan acara menarik akan turut diadakan seperti Senamtari, Pertunjukan ‘Epic The Magic’, Pertandingan Mewarna, Pameran dan Jualan Buku, Temui Upin dan Ipin, Perkhidmatan Rawatan Kesihatan percuma serta pelbagai hadiah menarik disediakan. 

Ayuh kita beramai-ramai ke Program ‘Take a Break…Read!@ Putrajaya’, Ahad ini, 21 September 2014.

Monday, September 08, 2014

Deko Rumah Dengan Wallpaper Murah dan Cantik

September 08, 2014 1 Comments
Sejak join group deko-deko kat FB ni macam-macam benda berlegar dalam kepala otak aku ni.Nak itu nak ini..Huaaa..giler seehhh.Aku memang minat sangat bab deko2 ni.Sesuaila dengan nama aku kan,NOORBAITI..mean CAHAYA RUMAHKU. Kalau boleh nak sesuai dengan maksudnya rumah ku itu syurgaku..Bukan takat syurga dunia je..syurga akhirat sekali hendaknya.Amin.

Sekarang ni aku tengok ramai yang dah 'gila' kan Wallpaper.Orang cakap wallpaper ni lebih murah berbanding dengan cat dan juga banyak pilihan corak yang sesuai mengikut citarasa masing-masing.Pemasangannya menampilkan suasana kediaman yang lebih menawan jika kena pada konsepnya. Hari Sabtu baru ni aku outing ke Kaison di Paradigm Mall, Kelana Jaya.Tujuan utama nak usha Wallpaper murah kat situ.So far harga yang ditawarkan agak murah iaitu dalam RM19.90 per roll.Ada juga yang lebih sikit harga nya dalam RM55 gitu,sesuai dengan jenis patternnya.

Aku gi situ just dapat grab langsir untuk bilik anak je.Wallpaper nye takdapatla.Pattern yang kitorang nak takde.Kitorang suke unsur alam/natural.Mak cik aku cam biasa dia grab lagi WP kat sini.Dia le yang syorkan Kaison ni.Ha tengok ni le antara hasilnya:

Ni antara contoh almari yang dimakeover oleh makcik aku.Katanya almari bilik ni dah berusia 7thn. Condition masih elok.. Cuma cermin 2 pintu tu dah pecah n calar balar. Bila dah make over dgn wallpaper nampak baru dan lebih kemas.


peti sejuk pun berbaju baru.Cantik tak?

Sebelum ni aku pernah usha kat Korea Wallpaper di Puchong.Memang ramai la masa aku gi usha kat situ.Sekarang ni kat situ masih buat promotion yang mana dilanjutkan sehingga Hari Malaysia nanti.Bagi yang mementingkan kualiti dan aneka corak pelbagai unsur aku syorkan pergi kat sini la.Ni sedikit maklumat Korea Wallpaper:

WALLPAPER IS FREE, PAY ONLY INSTALLATION! 

Wallpaper: FREE (NP RM 350) (> 1000 designs)
Installation: RM 150 / roll (Standard Wall*)
Installation Period: 1st Nov 2014 – 31st Dec 2015 

Available @:
KL Gallery: 
(next to Puchong IOI mall) 
jln. merbah 1, bdr. puchong jaya, puchong 
Tel: 03 - 8076 300, open daily 12 noon to 9 pm 

JB Gallery: 
jln. rosmerah, tmn. johor jaya, johor bahru 
Tel: 07 - 357 2000, open daily 11 am - 8 pm 

Online Gallery: 


Korang kalu jenis minat bab dekorasi ni rajin-rajin la usha kat FB..belambak kot group or pages yang bincang bab deko ni.Peh ni sure kebabom le rumah kome.Rumah aku tunggu le ada masa buat la sikit demi sikit deko.

**thanxs makcik bg pinjam pics tu.<http://www.izaoneshopcorner.blogspot.com/>

CPUV bertandang lagi

September 08, 2014 2 Comments
Alhamdulillah..ade le jugakkan dari takde..syukur dan terima kasih Nuffanang dan juga pengiklan semua..

#HP PC Demand Gen Digital

#Jacob's- Simple Pleasures

#IKEA - SISAN (Re-launch C...

#Air Asia Go - Korea Sale ...

#B.liv Brand Visibility

Wednesday, September 03, 2014