Mayat mangsa MH17 dikumpulkan
nur danisha
July 21, 2014
1 Comments
Kerajaan Persekutuan bagaimana lak ye?suspennnn..Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju untuk memberi bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam di Selangor sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM32.7 juta untuk pemberian bonus tahunan ini kepada lebih 17,000 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan dan pemberian bonus ini akan diberikan sebelum Aidilfitri.Keputusan pemberian bonus sebulan gaji ini turut dipanjangkan kepada kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kemampuan kewangan dan keputusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat masing-masing.Pemberian bonus tahunan sempena Aidilfitri ini diberikan berdasarkan peningkatan kutipan hasil negeri sebanyak RM1.162 bilion setakat 30 Jun lalu.Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja Kerajaan Negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.Saya menyeru kakitangan awam berbelanja secara berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan pada masa hadapan.YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIMDATO’ MENTERI BESAR SELANGOR2 JULAI 2014
Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu .
WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAHWaktu harus - awal Ramadhan sehingga hari akhir RamadhanWaktu wajib - terbenam matahari pada hari akhir RamadhanWaktu afdal - selepas solat subuh hari raya sehingga sebelum Didirikan solat hari raya .Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas r.a yang bermaksud : " Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah kerana membersihkan dosa orang-orang yang berpuasa dan memberi makan kepada orang-orang yang miskin . Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya maka zakatnya diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat maka zakatnya itu merupakan sedeqah" .Waktu makruh - selepas solat hari raya tetapi sebelum terbenam matahari pada hari raya pertama .Waktu haram - selepas terbenam matahari pada hari raya tanpa sebarang halangan dan keuzuran .