Nama Jalan Baru Di Kuala Lumpur

1:12 pm

Wah dah ade perubahan nama baru kat jalan di KL. Nama diberi sempena nama Raja-raja yang dah jadi Agong sebelum ni. Tapi cam susah gak le nak sebut jalan nama panjang. Cam jalan Duta dah biasa sebut Duta ,tapi lepeh ni kene sibuk jln Tunku Abdul Halim..ke nak short jln TAH..harap tak de yang keliru.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan media tentang tindakan penamaan semula jalan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sempena nama Raja-Raja yang pernah ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong.
DBKL sedang menukar nama-nama jalan sedia ada kepada nama baru seperti berikut:
1. Jalan Duta ditukar menjadi Jalan Tunku Abdul Halim
2. Jalan Khidmat Usaha ditukar menjadi Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
3. Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut hingga Persimpangan Jalan Pahang) ditukar menjadi Jalan Sultan Azlan Shah
4. Persiaran Duta ditukar menjadi Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
5. Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah ditukar menjadi Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin
6. Lebuhraya Mahameru ditukar menjadi Lebuhraya Sultan Iskandar
7. Persiaran Mahameru ditukar menjadi Persiaran Tuanku Jaafar
9. Jalan Semarak ditukar menjadi Jalan Sultan Yahya Petra

You Might Also Like

0 omelan