Tuesday, September 23, 2014

# Semasa

Biodata Mohamed Azmin Ali-Menteri Besar Selangor


Umum dah tahukan siapa MB selangor yang baharu,YB Mohamed Azmin Ali.Moh kite kenali sedikit latar diri beliau:
  • lahir pada 25 Ogos 1964 di Singapura.Pada tahun 1968, bapanya yang berada di perkhidmatan tentera berpindah ke Selangor dan sejak itu mereka tinggal di Kampung Klang Gate Baru, Hulu Kelang, Gombak
  • Ahli Parlimen Gombak dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Selangor
  • Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  • Bapanya Ustaz Ali dan ibunya Hajjah Che Tom Yahaya menetap di Kampung Klang Gate, Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor. Adik beradiknya termasuklah Azwan Ali(pelakon, pengacara), Ummi Hafilda dan Arpah Ali (pakar motivasi)
  • Isterinya Shamshida Taharin, graduan Kewangan dari University of Minnesota, Amerika Syarikat .Mempunyai 6 orang anak iaitu Farah Shazliyana (1990), Mohamed Ameer Shazrin (1992), Farah Amira (1993), Farah Afifah (1995), Mohamed Basheer Noor Alhaq (2000), Mohamed Yusuf Al Sadiq (2002).
  • mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dari 1971 hingga 1976. Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1977 - 1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980 - 1981). Pada tahun 1982, beliau berlepas ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di University of Minnesota. Beliau menamatkan pengajian Mei 1986 dari Kolej Sains dan Kejuruteraan dengan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam mata pelajaran Matematik dan Ekonomi. Pada bulan Mei 1987, beliau memperolehi Sarjana Pendidikan dalam mata pelajaran Matematik dan Ekonomi dari Kolej Pendidikan dan Perkhidmatan Manusia Profesion, Universiti Minnesota.
sumber wiki dan blog Azmin.

No comments: