Perlis bayar bonus RM500 sempana Aidilfitri

10:25 am

Kerajaan Perlis turut mengikuti langkah Kerajaan Pusat membayar bonus sebanyak RM500 kepada kakitangannya termasuk pekerja yang berstatus kontrak sempena Adilfitri. 

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, berkata kumpulan yang layak menerima bonus itu adalah kakitangan gred 1 hingga 54 dan pembayaran akan dibuat dalam masa terdekat. 

"Mesyuarat juga memutuskan bonus tahun ini diperluaskan kepada kakitangan yang dilantik secara kontrak tetapi tidak tertakluk kepada pekeliling Kerajaan Persekutuan," katanya. 

Azlan bagaimanapun tidak menyatakan jumlah pembayaran tetapi bagi kakitangan kontrak melibatkan peruntukan lebih RM70,000. 

Bagi anak syarikat milik kerajaan negeri (GLC), beliau berkata Ahli Lembaga Pengarah syarikat perlu membuat keputusan berdasarkan kedudukan kewangan masing-masing. 

Katanya mengikut amalan sebelum ini, pekerja GLC juga diberikan sagu hati sebagaimana yang dinikmati kakitangan di sektor kerajaan. 
"Sebelum ini kedudukan kewangan GLC-GLC stabil, jadi tiada masalah mereka dibayar sagu hati sempena Aidilfitri," katanya. - BERNAMA

You Might Also Like

0 omelan