Kakitangan Awam Johor Dapat Bantuan Khas Aidilfitri RM500

10:20 am

Kerajaan Johor mengumumkan bantuan khas Aidilfitri kepada kakitangan kerajaan negeri sebanyak RM500 setiap seorang dengan jumlah peruntukan berjumlah RM6.6 juta. 


Pemberian bantuan khas itu membabitkan 11,187 penjawat dan kakitangan kerajaan negeri dari Gred 1 hingga 54. 

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata buat julung kalinya juga kerajaan negeri bersetuju memperluaskan agihan bantuan khas itu kepada semua guru kelas Al-Quran dan fardu ain (KAFA) serta guru tadika agama. 


"Buat pertama kali kerajaan Johor akan mengagihkan bantuan khas ini kepada 1,850 guru KAFA dan 150 guru tadika agama," katanya-sumber:Berita Harian

You Might Also Like

0 omelan