Saturday, March 30, 2013

Memori | Sekolah Pertamaku

March 30, 2013 0 Comments
Inilah sekolah pertamaku darjah 1 hingga darjah 6
SK Trolak Selatan.Terletak di Felda Trolak Selatan,Sungkai,Daerah batang Padang,negeri Perak.
Tapi sekarang blok bangunan sekolah tu dah banyak berubah dan bertambah tingkat dan bloknya..Sekolah tu dah sarat je aku tengok sekarang,cam tak da space seperti gambar tu.

hmm rindu pulak kat zaman persekolahan juga kampung halaman aku...bile nak balik ye..

Friday, March 29, 2013

Pengumpulan Data Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Yang Telah Berkhidmat 13 Tahun

March 29, 2013 0 Comments

Susulan daripada pengumuman YB PM  semasa Majlis Perdana Perkhidmatan Awam(MAPPA) baru-baru ni.
Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;

Bagi penjawat awam kumpulan Pelaksana yang telah berkhidmat selama 13 tahun dan lebih dalam Skim Perkhidmatan Dan Perkhidmatan Semasa,surat edara telah dikeluarkan.Boleh lah isi maklumat pada borang yang disediakan.Mana tak faham boleh rujuk kepada pegawai berkaitan.Isi yup..untung naik pangkat akan datang.


MAC..musim orang bersalin erk | Latest Gambar baby Irma Hasmie.. dah bersalin

March 29, 2013 0 Comments
gambar dari Insta husband Irma..tahniah..tahniah..moga jadi anak yang soleh
Bulan ni ramai gak aku tengok orang yang bakal bersalin dan dah bersalin.Tahun lepas aku rasa cam Disember bulan hot kot orang beranak..hehhe..yele kawan2 seangkatan aku ramai yang kua baby bulan tu termasuk le aku.

Cerita bulan Mac ni,salah sorang member aku dikhabarkan dah pun selamat bersalin paa 26 MAc baru ni,dapat dah baby girl.Tahniah ye Niza,dah 3 orang anak sama teman.Namun yang paling jadi perhatian tentulah golongan retis 2 kan.Antaranya Irma Hasmi,Fasha Sandha dan Ayu Raudhah.Terbaru tadi bace berita tentang si Irma Hasmie dah pun selamat bersalin pagi tadi jam 8.51am..dapat baby boy.Berat nya 3.93kg..perrhhh mesti tembom nie..Gumbira dan sayu hati si suami Irma bila melihat si anak dah keluar ye.

Time dah bersalin tu perasaannya memang sukar nak digambarkan..hilang segala kesakitan dan berganti kegembiraan.Gembira tu gembira jugak but harus diingat tanggungjawab seterusnya perlu diambil perhatian.Harapan kita pasti nak yang terbaik.Bak kata suami Irma
Im so excited to be a good daddy, hope he can be a good person...brsyukur & taat pd Allah & Rasulullah
Ade sape2 yang tunggu masa nak bersalin tak? Moga selamat hendaknya..peh ni tengok artis mane lak yang 'meletop' dulu.Fasha atau Ayu??


'Dog' naik motor pakai helmet

March 29, 2013 0 Comments
Indonesian dog lover Handoko Njotokusumo and Ace ride through traffic during their weekend joy ride on a motorcycle in Surabaya located in eastern Java island on March 2, 2013. Handoko, 57 a retired businessman, regularly takes Ace, a golden retriever, for a ride around the city. AFP PHOTO / JUNI KRISWANTO-yahoo

PROGRAM KAYUHAN PATRIOTIK@PUTRAJAYA

March 29, 2013 0 Comments

Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Yayasan Rakyat 1Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Kebajikan dan Sukan Agensi Kerajaan (MAKSAK) akan menganjurkan Program “Kayuhan Patriotik 1Malaysia @ Putrajaya”. Program yg disertai YAB. Perdana Menteri dan seluruh Ahli Mesyuarat Kabinet bakal diadakan pada 3 April 2013 (Rabu), jam 5.00 ptg di Dataran Putrajaya Presint 3.
PROGRAM KAYUHAN PATRIOTIK@PUTRAJAYA BERSAMA YAB PERDANA MENTERI, MENTERI KABINET SERTA ORANG RAMAI. 

Thursday, March 28, 2013

Restoran Upin & Ipin,Bangi

March 28, 2013 1 Comments
Isnin lepas kitorang berjaya jugak menjejakkan kai ke Kedai Makan Upin & Ipin sempena celebrate bzday puteri aku si Nurdarwisyah yang ke-4 tahun.Kebetulan lak time tu dah gaji,leh le makan2 sikit kan.Untuk pengetahuan kedai ni merupakan salah satu francais Upin & Ipin keluaran Les’ Copaque Production.
alamat Restoran Upin & Ipin cawangan Bangi:
No 19-G, Jalan 6/7 Seksyen 6, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor
Air jus buah dalam botol ni ada 3 perisa seperti epal,laici dan blackcurrant.Harga RM3.Anak aku pilih purple tu. Kat kedai biasa pun dah ade jual air ni.
Sila tulis sendiri ye menu apa yang korang nak oder.Kertas ade disediakan di setiap meja makan.Boleh take time nak pilih makanan ape tanpa pelayan menunggu korang fikir.Then dah tulis baru panggil pelayan kat situ amik oder.
        Set nasi ayam upin & ipin ni RM8.90 percuma air,boleh pilih ikut buku menu. 
              Ini pilihan si Danish.untuk air free tu kitorang pilih lemon tea 
Yang ni set nasi opah+ayam masak lomak cili padi Rm10.90/set.Siap ade ulam,sambal belacan dan telur masin.air free kekdahnya.Lemon tea la.Lagi satu dalam mangkuk tu mee kari pilihan my husband.
Danish dan mak sedaranya sedang melantak nasi pilihan 
Set ayam goreng drumstick+nugget pilihan si bzday girl,Eisya.harganya RM3.80
bzday girl..makan tak abis..sibuk tengok tv citer Upin Ipin yang sedang ditayangkan..nugget je dipulun..
Ini kuey teow tom yam pilihan aku.Aku cam biasalh kalau pi kedai makan suke pilih yang ala thai..ahak
Antara menu lain:Set Nasi Opah dengan lauk pilihan keli Berlado,ikan kembong rangup,ikan kembong asam pedas,ayam lomak cili padi,kari ayam dan daging merah
Set ayam goreng drumstick upin ipin,drumstick madu dan drumstick berempah.
Juga pilihan Mee Mail..ada mee kari,asam laksa,mee udang dan kuey teow tom yam.
Menu pilihan lain Nasi Goreng Atok..nasi goreng belacan,nasi goreng cina,nasi goreng kampung dan nasi goreng tom yam
 Tayang cerita upin dan ipin.Bebudak hilang tumpuan time makan.Asyik ngadap tv
Bekas minuman,alat tulis dan lain-lain turut dijual
Barang bertemakan Upin dan Ipin di satu sudut untuk tatapan mahupun dibeli.siap sedia la dengan duit yang banyak ye masa datang.Kalau anak jenis fanatik tu,habisla..sumenye nak!

Wednesday, March 27, 2013

th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013

March 27, 2013 3 Comments
Sempena cuti persekolahan ni apa kata moh jenguk Putrajaya.Pesta Belon Panas muncul lagi mulai esok 28-31 mac 2013
Panduan untuk pelawat

Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya Night Glow,Para-Motor,Helicopter Ride,Ballon Show,Aktiviti Extreme (wall Climbing,Paintball etc),Aktiviti untuk kanak-kanak seperti Choo Choo Train,Uno Challenge,Art & Craft etc

Monday, March 18, 2013

1 Million Woman Purple Walk @Putrajaya

March 18, 2013 8 Comments
Purple kau.Tapi ade gak yang berbaju merah dan kuning. Meriah..ni kat Putrajaya hampir 400 ribu katanya..memang sesak jugak arr 
pelancaran 
hamik ko yang dok dekat situ pakat ngelak takut kene percikan bunga api..heheh 
pancaragam dari pasukan beruniform..tenggelam sikit dek bunyi lagu/suara kat pentas 
antara umat yang ada..lelaki pun join kau! 

Semalam 17 Mac 2013,telah diadakan acara 1 Million Women Purple Walk yang mana ianya bergerak serentak seluruh Malaysia. Aku tak ketinggalan untuk turut serta dalam acara jalan-jalan ni.Bermula dari ofis aku,JPM kitorang berjalan ke dataran masjid Putra then terus berjalan lagi sehingga ke Istana Kehakiman (PoJ).Humang aih..cam nak terrrcabut kaki ni ha..yele dah lame pencen bab aktivit fizikal ni.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan majlis tersebut di Putrajaya manakala Menteri besar dan ketua menteri melakukan perkara yang sama di peringkat negeri masing-masing.Turut serta menyertai sambutan tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri-menteri Kabinet; Timbalan-timbalan Menteri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Tujuan utama acara tersebut adalah untuk menunjukkan perpaduan selain komitmen Kerajaan untuk memperkasakan wanita di Malaysia dan untuk meraikan kejayaan wanita dalam pelbagai sektor.Ni kire antara salah satu inisiatif kerajaan di bawah program National Blue Ocean Strategy (NBOS).

**bestnye kitorang kutip makanan je..bawak balik..hamik kau..tak baik bazirkan..

PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM

March 18, 2013 1 Comments


PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.2/2013

PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM 

BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

Perkara penting berhubung saraan yang diumumkan dalam MAPPA XIII pada 11 Mac 2013 iaitu:-
  • Struktur gaji jgmm diperuntuk 3 KGT pada gaji maksimum - Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013 telah dimuat naik.
  • Pemberian satu KGT kepada semua penjawat awam berkuatkuasa 1 Julai 2013 dan Pergerakan Gaji Khas sebanyak 3 peratus bagi pegawai yang berada di gaji maksimum, jika tiada pelarasan atau semakan gaji dilakukan, akan dikeluarkan secara berperingkat dalam pekeliling berasingan.
Untuk lebih maklumat lanjut sila layari :

Thursday, March 14, 2013

Web Pakej Pelancongan-Virtual Travel Fair

March 14, 2013 0 Comments
Ingin mendapatkan maklumat berkaitan percutian atau pakej pelancongan.Ini adalah salah satu web berkaitan yang boleh dijelajahi>>Virtual Travel Fair <<.

Aku pun baru je tertengok tentang web ni.Boleh la jugak jadi panduan tatkla ingin cuti2 kan.Kat sini terdapat pelbagai Pekej Pelancongan dan Bilik Hotel yang sesuai untuk dipilih berdasarkan harga yang berpatutan.Selain itu terdapat juga Muslim Package,Them Park Tickets dan maklumat lain berkaitan aktiviti pelancongan.

Jika anda ingin bertanyakan soalan boleh chat direct dekat situ..ERIC sedia membantu.

Wednesday, March 13, 2013

Risiko sambung bayar kereta

March 13, 2013 0 Comments
 sekadar perkongsian
Amalan ‘sambung bayar’ oleh rakyat Malaysia dengan memberi kenderaan yang tidak lagi digunakan kepada pihak lain tanpa menukar nama pemilikan berisiko membuatkan individu terbabit terjebak dengan masalah hutang tidak mampu dilangsaikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Koid Swee Lian berkata, amalan itu hanya berlaku di negara ini disebabkan terlalu percayakan seseorang.“Apabila seseorang itu mahu mendapatkan model kenderaan baru, dia menyerahkan kereta lamanya sama ada kepada anggota keluarga atau rakan karib tanpa menukar nama pemilikan.“Tindakan itu sangat berisiko kerana kami menerima beberapa kes membabitkan pinjaman kereta lama tidak dibayar menyebabkan pemilik asal berdepan masalah hutang yang besar,” katanya yang ditemui semalam.
Selain itu, menurutnya, setiap salinan kad pengenalan perlu dipalang bagi mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan membuat pelbagai pinjaman menggunakan identiti yang dicuri.-hmetro 4 August 2012

Tanpa memahami kontrak di antara pemilik asal dengan pihak Bank,ramai yang mengenepikan risiko sambung bayar dengan meletakan kepercayaan penuh pada surat perjanjian.Dalam kes melibatkan penipuan,kemalangan,kematian pemilik asal dan kecurian,penyambung hutang selalunya ‘berputih mata’ tanpa sebarang hak tuntutan insurans kerana polisi perlindungan hanya termeterai antara pemilik asal kenderaan.
Dalam kes melibatkan kematian pemilik asal kenderaan pula,penyambung bayar juga sering menjadi mangsa apabila kenderaan tersebut di tuntut oleh warisnya.Harus diingat bahawa penyambung bayar tidak berhak terhadap kenderaan yang di bayar sehinggalah penukaran nama dilakukan.
Risiko lain kepada penjual adalah saman daripada pihak polis atau JPJ keatas kenderaan tersebut akibat kesalahan yang lakukan oleh penyambung bayar,lebih malang lagi penyambung bayar tidak mahu bertanggungjawab atas kesalahan nya kerana tahu pemilik asal tidak boleh membuat apa-apa tindakan sehingga pemilik asal kenderaan ‘disenaraihitamkan’ oleh pihak berkuasa.Walau apa keadaan sekalipun pemilik asal haruslah bertanggung jawab sepenuhnya keatas kenderaan tersebut selagi belum di tukar hak milik.
Oleh itu,pilihan terbaik adalah dengan menjauhkan diri daripada kaedah sambung bayar kerana walau sekuat mana kepercayaan kita kepada pemilik asal,ia pasti ‘tewas’ apabila berlawan dengan undang-undang jual beli.-keretaterpakai

Tuesday, March 12, 2013

Cameron Highland,Pahang.Nikmati kesejukan hari minggu

March 12, 2013 0 Comments
Date:9-10 Mac 2013
Ahli: aku,mak ayah,anak buah dan abang serta kak ipar aku.
Penginapan: Royal Lily Apartment, Cameron Highlands. 2hari 1 malam
hmm..cam best je ladang teh ni
snap pic ladang dulu..
think something..mau bikin bisnes teh..modal,pekerja,promosi,pasaran bl..bla..bla..haduh
sng2 aku keje sini jela..hai sy pkja ladang teh.

Kami 5 beranak at cactus point. — at Brinchang, Cameron Highlands.

An evening day..during hi tea n off to nite market.



Monday, March 11, 2013

Naik Gaji-Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13

March 11, 2013 0 Comments
Pagi tadi (11 Mac 2013) aku berkesempatan untuk mendengar amanat PM sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam yang ke-13 di PICC Putrajaya.Majlis diserikan dengan persembahan koir dari kumpulan koir INTAN..best jugak dengar dorang menyanyi sementara boring dok menunggu ketibaan jemputan terhormat.Antara lagu yang dibawakan Teman Pengganti,Anak Kampung,Terukir Di Bintang,Warisan dll.

Namun dalam kemeriahan dan keghairan untuk penjawat awam mendengar khabar 'baik' dari PM,majlis turut bertafakur dan berdoa sebentar bagi memberi penghoramatan kepada 8 anggota wira negara yang terkorban di Lahad Datu.Tabung Wira Negara turut dilancarkan dalam majlis ini tadi.

Amanat PM adalah dinantikan adalah mendengar apakah khabar gembira.Antara yang disebut oleh PM:
-Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;
- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;
- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
- Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;
- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";
- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;
Nampaknya ada yang kecewa,apa yang nak didengar seperti tuntutan elaun perumahan dan COLA diselaraskan tidak menjadi nyata.Di akhir majlis Presiden CEUPACS Dato Omar Osman sempat mengusik PM tentang isu tu.Apalah sangat kan.bravo.hope PM setuju untuk luluskan dan umumkan pada Hari Pekerja nanti.Mudah-mudahan.Amin. 

Wednesday, March 06, 2013

Kenapa Jepun Dipanggil Negara Matahari Terbit

March 06, 2013 0 Comments
Actually aku tertanya-tanya jugak why is Japan called "the land of the rising sun"? atau dalam ertikata melayunya orang panggil sebagai negara matahari terbit.Kenapa tak negara lain?Betulke memang Jepun negara yang mula-mula tengok matahari?Benarkah kedudukan geografi tersebut? Ish banyak lak soal hati ni.Bila dicari-cari inilah antara jawapan yang aku dapat:
The name of Japan in Japanese Language is Nippon, which means "the country of the rising sun".
-the red circle on their flag stands for the sun
*Actually, Japan was known as the land of the rising sun well before it established it's flag in 1870.
Japan, or nippon means Sun-Origin. Its geographical surname is 'the land of rising sun' . This title is given to japan by the Ocean going world community long before international date line and international time zones came into existence.
It is in the decency of human beings that they do respect tradition as much as they love progress and change.
Namun disebalik kenyataan yang mengakui Jepun sebagai negara matahari terbit,ade pulak yang memberi pendapat berdasarkan pembelajaran geografinya bahawa negara pulau Kiribati sebagai yang pertama lihat matahari dulu.Ianya berdasarkan kepada International Dateline. Dan dikuti oleh New Zealand dan Jepun.Cuba tengok bendera negara Kiribati ni..hmmm..apakah makna matahari tu.


Dah tersurat Jepun si ninja warrior ni negara sebelah timur yang menerima matahari dulu.Apapun aku masih cam tak puas hati.Ni rasa cam nak belek balik buku Geografi ke seumpanya untuk tahu jawapan.Dulu aku amik subjek Geografi masa form 5,minat gak la bab2 gini.

Sekadar tertanya!

Tuesday, March 05, 2013

Hari Oren

March 05, 2013 2 Comments
motif:Juicy je nengok oren nieh..terliur..

Hai,baru masuk keje dah terus bergambar.Aku start keje 1 Mac aritu..masuk je terus ngadap meeting pengurusan.Bosan!Then semalam bahagian aku ade sesi fotografi pulak untuk laporan tahunan.So bergambar lah kami sume dengan theme orangersss..
ni group seksyen aku..3 kumbang auditor..yg tengah tu SUB..
ni beramai2

Mood unutk bekerja masih di tahap low.Lama sangat cuti kot,jadi blur.Serius bosan gini