Thursday, February 14, 2013

CUEPACS KEMUKA CADANGAN

February 14, 2013 0 Comments

Antaranya mengenai Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Elaun Sara Hidup (COLA), tuntutan penginapan, status jawatan kontrak, gaji maksimum dan peranan ketua jabatan.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata sebagai contoh CUEPACS mencadangkan supaya COLA diselaraskan kepada RM300, manakala ITP pula ditingkatkan daripada RM180 kepada RM450 berdasarkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Omar berkata, mengenai tuntutan penginapan pula, pihaknya berharap ia akan ditingkatkan kepada RM200 berbanding RM120 ketika ini, kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga. 

Tujuan lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahannya sebelum diumumkan Perdana Menteri. 
CUEPACS juga akan membincangkan secara terperinci mengenai penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh mereka. 
“Sebelum ini dimaklumkan bahawa mereka mungkin menerima kenaikan antara dua hingga lima peratus, bagaimanapun ia hanya membabitkan kakitangan awam yang mempunyai prestasi cemerlang serta mencatat markah 80 dan ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). 
Juga akan berbincang mengenai peranan segelintir ketua jabatan yang kadang-kala menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja.

Wednesday, February 13, 2013

Ahli Keluarga Yang Hilang

February 13, 2013 0 Comments

Dulu kita ada seorang ahli keluarga. Seorang lelaki. Namanya Mohd Najib. Dia telah kembali ke rahmatullah pada penghujung Disember 1980. (Kalau tak silap) sebab masa tu akak darjah enam. Mengikut laporan doktor kematiannya kerana sawan tangis. 

Kalau kauorang tengok cerita Ahmad Albab macam tulah keadaan dia sebulan sebelum meninggal..Hampir setiap malam menangis bermula pukul 12 sampai la ke pukul 3 ke 4 pagi. Setiap malam ayah dan mak berjaga malam kerana dia kena didukung dan kalau tidur atas riba. sampai jiran-jiranpun susah hati setiap malam mendengar tangisannya. Ada juga mereka yg kesian dtg tengok. Bermacam-macam cadangan untuk mengubatinya. Bawa ke klinik, doktor kata tak sakit ,maka bomoh/dukun/pawang dan seumpama dicari untuk megubatinya. Rasanya kalau kt trolak habis semua ayah dah pergi minta ubat...

Mak n ayah sampai cengkung kerana berjaga malam. Bayangkanlah hampir sebulan tidur tak menentu. Bergilir-gilirlah ayah dan mak menjaga dia. Kadang-kadang ayah kejut suruh kak jaga pula sebab dia kesian tengok mak yg dah penat berjaga. Dulu kita ada buaian besi (Ayah dari dulu memang minat buai besi), diatas buaian itulah kita orang duduk sambil riba dia.

Setelah usaha mengubatinya di trolak tak berjaya maka pada cuti sekolah akhir tahun mak n adik beradik yg ada masa tu pulanglah ke kampung. Usaha mengubatinya diteruskan di kampung pula. Kitaorang yg kecil-kecil masa tu seronok je le dpt balik kg....Tapi masih tidak berjaya mengubatinya.

Sehinggalah pada suatu petang dia menangis semakin teruk sampai mak n tokpun turut menangis. Org kg yg dtg melawat menasihatkan bawa ke hospital saja. Dia dimasukkan ke wad kanak-kanak hospital Taiping selama 2 hari. Semasa dihospital bapa saudara mak To Ayah Hj Ismail n Hj Lodin selalu melawatnya kerana rumah mereka yg hampir ngan pekan Taiping.

Malangnya pada waktu subuh dia menghembuskan nafas terakhirnya....

Malangnya lagi ayah tidak dapat melihat jenazahnya buat kali terakhir kerana masa ayah nk balik ke kg. hujan sangat lebat dan pekan Batu Kurau telah banjir. Menurut pak Long Bakar(pak sedara) ayah sangat sedih dan menangis selepas balik dari kubur. Tapi mak kata tak apa sebab ayah dah berusaha dan hampir setiap malam selama lebih kurang sebulan ayah telah menjaganya tanpa keluh kesah...

Mak sangat sedih, tambahan arwah masih menyusu.. ari ari nangis sambil perah susu, tengok baju lagi sedih, yg sedih, masa ayah,abang n pak min (pak sedara) lik trolak jap utk ambil sawit, dia pandang jee, macam dia tau akan meniggalkan keluarga, ramai yg sedih dan menangis .semoga arwah dapa memberi syafaat kepd mak dan ayah diakhirat nanti..Allah lebih sayangkan dia dan pinjamkan dia kepada kita untuk seketika..

Genting Strawbery Leisure Farm For Strawbey Love

February 13, 2013 0 Comments

 
gambar ni pinjam jap kat google
27 January 2013.Hujug minggu yang membosankan.. lantas aku membawa diri ke Genting Highland, seperti biase aku menghabiskan masa dengan shoot gambar sambil menikmati keindahan alam ciptaanNya..Subhanaallah sungguh memberi ketenangan jiwa..Here we come Genting Strawberry Farm.
pic dekat kandang kuda..hee.

She is my sister..sometime we looks twin, but we always fighting..whatever we always together anywhere we go...Te amo..O:-)

Apa yang ada di Genting Strawbery Leisure Farm ini:
  • The finest strawberries – you get to taste them in their freshest as well as in various other forms such as juices, cakes, ice-creams, jams, naturally preserved strawberries, biscuits and much, much, more!
  • Farm fresh vegetables that are crispy and juicy to totally tantalize your taste buds – tomatoes, cucumbers, cherry tomatoes, capsicums and a host of other greens nurtured lovingly with the latest hydrophonic cultivation technology.
  •  Exotic vegetarian products such as fungi and mushrooms as well as organic bean sprouts that are packed with healthy nutrients and wholesome goodness among others.
  • Myriads of flowers in our breathtakingly beautiful flower farms that give you a colourful kaleidoscope of nature’s bounty.-web GSLF
Bagi warga kota berhampiran atau sesiapa yang tak tahu nak ke mana hari minggu leh le jenguk sini erk..atau pun singgah le selepas berhibur di kota keriangan Genting..nikmati alam dan strawberi..nyumm..nyummm!

Saturday, February 09, 2013

Renovate Dapur Bandar Saujana putra

February 09, 2013 0 Comments
Pada 5 Januari 2013 yang lalu,kami telah mengubahsuai bahagian dapur apartment di Bandar Saujana Putra. Memandangkan dapur tersebut agak sempit,kami mengambil alternatif mengubahsuai dengan bentuk L.Sebelum diubahsuai dapur terletak dihadapan pintu masuk utama.memang agak kurang selesa.Oleh itu pilihan dibuat untuk membahagikan antara laluan masuk dengan ruang dapur.
gambar sebelum ubahsuai..ruang dapur limit..sebelah sinki tu pintu masuk utama
 lihatlah keadaannya di ruang dapur dan pintu masuk ketika dah di dalam binaan
Maka kerja-kerja pengubahsuaian pun dijalankan dengan membeli barang-barang binaan yang diperlukan.Kami membeli berdasarkan keperluan,so kena bajet berapa banyak diperlukan untuk membeli bata,simen dan lain-lain agar tiada pembaziran berlaku.Rugikan kalau beli banyak2.Ok dah beli barang,mulakan kerja.
Pemasangan bata diajalankan unutk membina dinding pemisah antara laluan utama dan dapur
Setelah siap kerja pembinaan dinding, kini beralih kepada pembinaan 'para' pulak
 sinki baru..yang lame dah buang..yang ni lebih kuat
para di buat dalam bentuk L
Setelah siap,barulah keje 'plaster' dinding dijalankan bagi menutupi blok bata.Lihat gambar dibawah dinding yang siap diplaster
  dah plaster
 dan dicat asas dahulu berwarna putih
Akhir sekali kami memilih jubin kosong bewarna putih bagi memberi impak cerah dan luas.
dapur yang hampir siap ditampal jubin putih..
dah selesai
Kerja wiring turut dijalankan dengan menambah 2 unit kipas di bilik utama dan ke-2.Serta memasang lampu dan membuat soket baru di bahagian dapur tadi.
Alhamdulillah segalanya telah siap dengan jayanya.Amin

Kaji Semula Elaun Penjawat Awam

February 09, 2013 0 Comments

Orang kata aura PRU..macam2 benda nak dikaji dan dibagi
Kita memang suka wat kajian..dari dulu,kini dan selamanya kot
Keputusannya lepas ni..senyap@ada pembaharuan@berkurangan@naik?Tungguuu...............

Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini.
Beliau berkata, kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.
Katanya, pelbagai persoalan dan permintaan daripada kalangan penjawat awam yang inginkan kemunasabahan termasuklah status gred, status perjawatan kontrak, pelbagai elaun termasuklah perumahan dan tuntutan perjalanan telah diajukan semenjak beliau dilantik memegang jawatan itu.
"Kesemua ini adalah termasuk daripada jumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang akan dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun. Bukan itu sahaja gaji yang statik turut juga akan dikaji dan diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama ketua-ketua kampung dan penduduk Kampung Sg Labu di sini hari ini.-Bernama

Thursday, February 07, 2013

Wednesday, February 06, 2013

Beijing Day 5: Stadium Olympic Beijing, Jewelery City & Tianjin

February 06, 2013 0 Comments
29 November 2012..angin bertiup sepoi2 bahasa..namun kami gagahkan jua untuk mengharungi perjalanan kami seterusnya.

Destinasi pertama dimulakan dengan melawat Stadium Olimpik @ dikenali sebagai stadium sarang burung kerana reka bentuknya.

Next, shoping jewelery di Jewelery City, kami diberi hadiah 'JED" oleh pemilik kedai tersebut yang merupakan antara orang terkaya di China.

Seterusnya kami menjelajah ke utara Beijing, Tianjin yang terkenal sebagai pusat perdagangan komersial.