Taman Tema Angry Birds,Johor Bahru

4:16 pm

gambor hiasan google
Wah nampaknye macam-macam dah nak ada kat Malaysia ni.Legoland ada Disneyland pun ada.Ni angry Bird lak nak mai sini.Yey boleh lastik dia nanti..piat-piat dia..susoh benor kan..kemain gelaknye!
Damansara Assets Sdn Bhd, anak syarikat Johor Corporation (JCorp) akan membuka Taman Tema Angry Birds, di bandar raya ini menjelang Mei tahun depan.
Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata pembangunan taman tema keluarga yang pertama di Asia Tenggara itu merupakan kerjasama dengan syarikat pengasas permainan Angry Birds, Rovio Entertainment Ltd, yang berpangkalan di Findland.Taman tema tertutup seluas 26,000 kaki persegi itu terletak di tingkat tiga di dalam bangunan Johor Baharu City Centre (JBCC), yang dahulunya dikenali sebagai Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)
Beliau berkata reka bentuk terperinci taman terbabit akan diumumkan tidak lama lagi yang akan merangkumi pusat aktiviti, jualan cenderamata, restoran dan bilik majlis."Objektif kami adalah untuk memberi hiburan kepada peminat watak itu sama ada dewasa mahupun kanak-kanak untuk melakukan aktiviti interaktif bersama-sama keluarga," katanya. - Bernama

You Might Also Like

0 omelan