Wednesday, April 03, 2013

# Semasa

Nama panjang jadi trend sekarang

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd Noor berkata, dari segi kepanjangan nama untuk pendaftaran, JPN tidak ada halangan asalkan nama berkenaan tidak melebihi 80 aksara meliputi huruf, ruang kosong, bin, binti dan nama bapa. 
JPN cuba menasihati sekiranya nama yang ingin diberikan itu mempunyai maksud yang tidak baik, katanya.
Jainisah berkata nama yang terlalu pelik juga tidak digalakkan kerana ia akan menyusahkan ibu bapa itu sendiri apabila terpaksa datang semula ke JPN bagi menukar nama yang anak itu sendiri tidak selesa.
Trend sekarang memang suke buh nama panjang..moden kan..tapi yang lecehnya nanti time nak ngisi borang ke atau apa2 yang memerlukan kita unutk menulis nama..time tu paling bosan dan malas..baru nyesal..Lagi satu kang kalau nak nikah suatu hari nanti idok le jenuh nak nyebut nama panjang berjela tu..

Anak aku yang sulong panjang sikit nama dia..MUHAMAD DANISH HAIKAL (yang bijak/pokok subur)..masa daha ada budak ni baru le aku terasa sedikit pemalas bila time nak tulis nama...baru tahu ye..then bila dah dapat yang ke-2 aku decide bagi je nama pendek..NURDARWISYAH (ahli tasauf) dan yang ke-3 pun aku pilih pendek gak..MUHAMAD DARWISY (yang warak)..yang penting ada NUR dan MUHAMAD and paling penting nama tersebut mempunyai maksud yang baik.Aku nak panggil dorang pun mudha dengan nama full utk anak ke2- and ke-3 tu.
Penceramah agama Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, "memang ada kalangan ibu bapa yang gemar memilih nama anak yang panjang dan laindari yang lain tanpa memikirkan maksud yang baik di sebalik nama berkenaan.
"Wan Akashah berkata nama anak selain melambangkan identiti, ia juga merupakan doa."Lebih baik meletakkan nama yang pendek tetapi mempunyai maksud yang baik berbanding nama yang panjang dan pelik tetapi tidak mempunyai sebarang maksud," katanya.

2 comments:

Nieda ramly said...

susah bila nak isi borang @ exam..

:: Mrs.Eady :: said...

Nama anak saya sederhana..