Friday, June 29, 2012

Jadikan botol sebagai "wall deco"

June 29, 2012 1 Comments

Selalu beli minuman botol?Aku rajin beli 100 plus..kat rumah memang banyak la botol gini.Bila dah penuh beg plastik sampah tu,ape lagi buang or hantar kat pusat kitar semula.
Tapi bila terbaca dan tengok gambar ni..hmm..ada baiknya jugak kalau korang simpan je botol tu.Bagi yang rajian dan kreatif botol-botol ni leh digunakan sebagai hiasan dinding mahupun hiasan lain (ikut kreativiti masing-masing).So kat sini nak share contoh hiasan yang dah ready untuk wall..mesti cantik dan segar je wall rumah korang kan..tambah nak raya ni macam-macam nak hias.Cubalah kalau rajin.Tapi kene jaga le pokok tu erk..jangan biar kering mahupun ade takungan yang tak sepatutnya.

Thursday, June 28, 2012

Hitam-hitam si buah manggis tetapi manis

June 28, 2012 4 Comments
Hasil kegigihan si suami memanjat pokok pagi sebelum balik Putrajaya..banyak juga le dia dapat petik..Cam biasa kalau dah balik kampung kene le eskport kan buah-buahan gini..siap boleh bahagi2 kat member ofis dan jiran..
 Manggis walaupun hitam kau tetap manis..selagi dok ade kat rumah aku selagi tu le aku dok ngadap bende ni..sedap..manis..makan tak hingat..Memandangkan aku tengah mengandung,memang control gak la..takut jugak kan makan terlebih,tak pasal2 je..Tapi dalam takut tu aku search gak kat internet pasal makan manggis di kalangan orang hamil..tengok ade kesan burk ke tak..tapi ape yang aku dapat jawapannye positif..banyak khasiat..fuhh lege..
Dikatakan isi manggis mengandungi bahan antioksida,memulihkan imunisasi badan,kaya dengan asid folic.Lagi khasiat leh tengok siniKulit manggis leh dimakan?ok,ni pun aku tak tahu...dah bace baru tahu.Cara makan hiris nipis cam asam keping dan keringkan.Leh wat ubat untuk cirit birit.

Biskut Kepala Lutut

June 28, 2012 5 Comments
Dikala hujan,dingin..kelaparan menusuk usus perut..kerharuman aroma kopi menawan kalbu..
Ceh..bermadah!Weh seriously time ujan o sejuk maupun kebuluran bila korang dapat bende ni celop ngan kopi ke..perhh..nikmat terasa..makan 2 ketul pun dah terasa kenyang..Inilah dia si kepala lutut!pernah dengar tak..Aku kenal biskut ni masa dalam pantang..rutin sarapan or hi-tea aku..hhuuhuu
Pernah tengok biskut ni dan rasa?biskut keras ni orang kampung aku panggil Biskut Kepala Lutut....Ade yang panggil kepala kera la,biskut balak,biskut bantal..iukt suke le nak panggil ape..sebab aku pun tak berapa tau namanya,cam biase tau makan je..Kadang tertanya gak ape nama sebenar2nya biskut ni.Ni aku import dari kampung husband aku kat Batu Kurau..hahah..eksport sokmo deh!sini murah sikit..kat sini and kampung mak aku rege dia dalam RM4 gitu sebungkus.Tapi oklah kalau nak jugakkan..Sarapan pagi makan biskut ni je cukup..
Bila diperhatikan pada bungkusan biskut ni tak de lak tulis namanya..just biskut bermutu nama syarikat harga bagai je..haiyo..so bile dok makan tu aku telek bentuknye..oklah tu aku panggil gak le biskut ni nama kepala lutut..sebab ujungnye yang keras tu cam lutut kot..hehehe..

Cubelah pasti air kopi korang sekejap je abis dek serapan biskut ni..bertambah 2-3 kali air tu..tapi kenyang tau!

Wednesday, June 27, 2012

Yong Tau Foo,Taiping maaaaaaa..

June 27, 2012 9 Comments

Yuhuuuu.bersua kembali setelah sekain.lame tak update blog.Sebab kesibukan kerja,menyepi seketika la.So,now jom i belanje makan.

Kali ni nak citer pasal tempat makan kat Taiping.Selain BIHUN SUP RM1 Yong Tau Foo juga terkenal di sini. Sabtu lepas on the way pulang ke Batu Kurau (rumah mentuaku) kitorang singgah makan kat medan selera berhampiran Balai Bomba Taiping..kat situ memang famous bagi yang familiar..cakap nak makan kat bomba..tau le deme..Kat sini istimewanya banyak gerai yang menjual Yong Tau Foo(YTF)..actually dah beberapa kali mai makan sini..lagi mau.

 Aneka pilihan...pilih je ape yang korang rasa nak..macam2 ada
 tengok tu sotong pun ada..tapi aku tak pernah lagi try amik sotong ni bila makan YTF
 ni antara yang dipilih..ade lagi tambahan tu tapi tak mik gambar lak..tak amik banyak pun coz YTF ni just makanan sampingan je..kitorang ade oder nasi goreng and mee hailam..larat nak makan banyak2..tu pun YTF tak habis..
 Hasil setelah direbus dan dipotong2..banyak..sepinggan besar..leh makan 3-4 orang..total RM15..kuah kacang campur ngan ape tah..dono la..makan saja
Air pilihan aku..asam boi..air orang len aku tak mik..biase2 je..makan bende gini kene lawan sikit ngan bende masam..baru tak mual..Nak bgitau jugak,kat sini ada ABC special..kalau di Shah Alam ade buah coklat cair..sini pun ade buah gak..tapi buahnye sampai 3 jenis gak la dia letak cam epal,anggur,tembikai.ais krim pun banyak dia taruk.rugi aku aku tak try kan..pehhhh..tetibe melelah lak rasa teingat kat ABC..mesti  try gak nanti!sian baby ni kang,sabar ye next time kite gi lagi..

Sesiapa yang gi Taiping orang kwasan berhampiran meh le singgah sini..Jalan Jalan Cari Makan.

Wednesday, June 20, 2012

JAWATAN KOSONG:MAJLIS DAERAH KUALA KANGSAR

June 20, 2012 1 Comments
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut. Keutamaan akan diberi kepada rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

1. Pegawai Tadbir (N41)
2. Akauntan (W41)
3. Pegawai Penilaian (W41)
4. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (J29)
5. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (U29)
6. Pembantu Kesihatan Awam (u17)
7. Pemandu Kenderaan (R3)

Tarikh Tutup : 
26.6.2012 (Selasa)



sila kliK untuk syarat & borang

JAWATAN KOSONG:MAJLIS DAERAH KERIAN

June 20, 2012 0 Comments

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur  tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan kosong dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

  1. PEGAWAI PENILAIAN (W41)
  2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (U29)
  3. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA (N27)


Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Rasmi MDK 1 (PKDM) yang boleh diperolehi di Pejabat Majlis Daerah Kerian atau dimuat turun melalui laman web:  www.mdkerian.perak.gov.my



Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan  Ijazah/Diploma/Sijil Persekolahan, surat beranak, kad pengenalan dan  gambar berukuran pasport serta dikemukakan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KERIAN
NO 1 WISMA MDK
JALAN PADANG
34200 PARIT BUNTAR
PERAK DARUL RIDZUAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada  04 JULAI 2012.

klik untuk :-syarat2 & borang



Thursday, June 14, 2012

Audit dan Keranamu Sijil 5S

June 14, 2012 0 Comments
Sekarang agak busy gara-gar pembaharuan sijil 5S Kementerian aku.So,dek kerna nak kan sijil tu,agak kalu sekarang ni warga bahgaian bertungkus lumus prepare ape yang patut.Yele bahagian yang gagl memberikan markah positi kemungkinan kan menggagalkan impian Kementerian unutk pensijilan tersebut.So,nak tak nak kene redha lah!buat seperti yang diarahkan.

Disebabkan itu,minggu ni agak sibuk tmabh yang dok keje libatkan fail.Banyak bende nak buat.Kalu tak buat kang,part fail ni le antara tempat tumpuan pengaudit.Haru..kesian kami.Moga aku berada dikalangan orang yang bersabar.Amin.huhuu..Teruskan!

Tuesday, June 12, 2012

Monday, June 11, 2012

KIDZANIA KL..Sampai jugak..Get Ready For A Better World!

June 11, 2012 2 Comments

Semalam 10 Jun aku dan husband plan bawak anak-anak pergi KIDZANIA..ikutkan tiket kitorang tu masih valid hingga Oktober..disebabkan aku tengok tiket tu cam nak pudar and takut lunyai akhirnya..so amik keputusan pegi jele semalam..untuk pengetahuan KIDZANIA ni terletak di Mutiara Damansara,PJ yakni berhampiran The Curve dan IKEA..tak sukar mencari!
First time masuk sini..sampai je terus ke kaunter untuk check tiket dan tambah tiket untuk anak aku si eisya serta anak buah..kene le tambah RM35 (eisya) dan untuk kids 4 tahun ke atas RM55..Ni gambar kaunter tiket tu..AirAsia lol!
 Dah dapat tiket kitorang dipakaikan 'jam ben 10' ni..heheh..ok ni gelang/tag yang kite kene pakai sepanjang berada dalam pusat training ni..bende ni le nanti dorang akan scan setiap kali anak-anak ko masuk mane2 tempat belajar..Selepas pakai bende ni kene gi 'imgresen' dulu untuk scan dan check tiket..dah ok baru le leh jelajah mane2 je..
 masa daftar tiket kite diberi buku panduan ni..ade peta tunjuk arah..senang untuk korang tengok tempat mane yang sesuai untuk diterokai..kite juga dapat cek bernilai 50..so first step masuk bebudak kene gi cashkan cek tu nanti kat CIMB


Ok,semasa gi KZ ni adalah digalakkan untuk bebudak memakai baju tangan panjang sebab kat dalam tu agak sejuk..kalau pkai baju t-shirt pendek pakai sweater jele..tapi kalau badan jenis kebal..tak yah le..ikut suke nak pakai pe..ater yang besar ni pun kesejukkan jugak,bebudak tak tahule..Dan juga sebolehnya anak2 berkasut..jangan le berselipar sandal je..senang dorang nak beraktiviti dan lari2 ke..itu pesanan penaja la masa aku contact KZ ni before pegi..Kindly contact 1300 88 KIDZ (5439) for more details lah.

Oklah nanti aku citer lak ape je yang bebudak ni main..nak citer kat sini kang banyak lak kekdahnye!

Friday, June 08, 2012

Sup Telur Puyuh..banyak khasiatnya

June 08, 2012 0 Comments
Rabu malam baru ni aku sempat menyediakan dua jenis lauk iaitu Sup Telur Puh bersama brokoli serta ikan masak taucu.Actually memang teringin nak makan telur puyuh.Time gi pasar borong singgah kat Balaji,fuh nasib ade jual..Rm5.50 (entah berapa biji).Masa 1st ngandungkan Danish dulu nak makan burung puyuh,dapat la beli kat pasar malam,puyuh goreng.Sekarang ni telur puyuh pulak.So,aku teringat masa dok Melaka dulu selalu kak ipar aku sediakan sup telur puyuh untuk anak dia bawa gi sekolah.Mesti ade sebab kan kenapa dia gemar wat sup ni.Aku pun ape lagi..dah teringin tu kene le wat.

Cara:
Nak wat senang je..rebus telur dan kupas.Then tumis bawang merah,putih halia,masuk air,serbuk sup (ikut suke nak ke tak) atau leh masukkan sup bunjut..then campak la sayur ape yang korang nak..cam aku memang gemar sayur memang taruk ape yang ade le..carrot ke,brokoli,tomato,kentang,seleri..daun sup/bwang.Then taruk gram.Nak pedas taruk le lada hitam (tumbuk/serbuk).Senang je kan!

Khasiat:
sumber protein terbaik, dimana kandungan proteinnya lebih tinggi dari telur ayam. Selain protein, lemak, vitamin, dan mineral, telur puyuh juga kaya akan kolin. Kolin berperan penting bagi perkembangan fungsi otak.Ya,ini penting,tambah cam aku yang diawal kehamilan ni..time ni le nak kene makan benda seimbang untuk pertumbuhan  dan pembentukan baby.

lutein dan zeaksantin dapat membantu melindungi mata dr kerosakan mata terutama pada bayi dan anak-anak. Aku jenuh gak nak terangkan kat anak2 supaya dorang gemar makan telur puyuh ni.Aku bagi contoh le selalu tengok laptop tengok tv,mata kang tak elok..Danish cakap nanti mata cerah ye mama.Ha cam tula,faham pun..bagi clear mata.So kene makan.

Selain tu,mengatasi risiko penyakit kanser dan tumor  juga antioksida.

So,galakkan lah anak korang makan..tak kisah la wat sup ke,sambal telur puyuh ke or anything yang digemari oleh anda dan anak2.

Wednesday, June 06, 2012

Ikan Kerapu Tiga Rasa

June 06, 2012 0 Comments
Semalam menu masakan aku adalah Ikan kerapu tiga rasa,pak choi goreng dan ikan kembong goreng.Simple dan cepat..tapi kenyang..Alhamdulillah.

 bahan unutk memeriahkan kerapu tu..tomato,timun,seleri,cili,daun bwg,daun ketumbar..ikut suke hati nak taruk ape..kome yang nak makan
 bahan tumis,bawang 3 ulas, bawang putih 2 ulas, halia sikit,bwang besar potong bulat
dah tumis bahan 9gambor 2)..masukkan sos cili (3sudu),sos tomato (3 sudu),sos tiram (1 sudu) dan gula secukup rasa..nak pedas taruk le sikit cili kisar..sikit udah bagi rasa ja..then masuk le bahan meriah kat gambor 1 tu..kacau2..then simbah kat ikan kerapu yang dah digoreng tu..hidang..siap..makan baca Bismillah..taraa

Malam kang masak pe lak erk..kerpu stim or sup telur puyuh..?tengok le..mane sempat

Monday, June 04, 2012

Gerhana Separa Bulan 4 Jun 2012 Dan Transit Zuhrah(Venus)

June 04, 2012 0 Comments

Pada malam ini 4 Jun 2012 berlaku Gerhana Separa Bulan, Masjid Tuanku Mizan (Masjid Besi Putrajaya) akan mengadakan Solat Gerhana Bulan selepas Solat Maghrib. Turut bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan.
 
Pada 6 Jun 2012 nanti, kita akan menyaksikan fenomena Transit Planet Zuhrah. Kali terakhir kejadian ini berlaku ialah pada tahun 2004. Jika anda terlepas peluang menyaksikan kejadian ini, anda terpaksa menunggu sehingga tahun 2117 untuk melihat transit seterusnya!
Bagi meraikan fenomena unik ini, anda telah disediakan sedikit penerangan di dalam bentuk Soal Jawab. 
http://www.falak-online.net/portalfalak/transit-zuhrah-6-jun-2012-dipermudahkan-0

Friday, June 01, 2012

Makan Gaji Tetapi Kaya

June 01, 2012 2 Comments
Buku berbentuk motivasi kewangan..harus dibaca kalau nak tahu ilmu berkaitan..tambah zaman sekarang segalanya $$$$$$$..tensen jugak kan!

Nak harap gaji pusing2 habis..bayar itu ini..nak memnenuhi impian melancong ke..nak beli gajet ke dan benda yang tak berapa perlu hendaklah dihentikan..kene tengok poket..tepuk dada tanya iman..Betulllah..jangan ikut nafsu nanti hampeh..lebur..lebih baik melabur..tapi nak labur pun nak kene ade ongkosnya..haduh...mane lagi nak cekau sumber lebih nie...kena ikhtiar dan belajar..labur duit unutk buku gini boleh je kan..ILMU!

Bekerja makan gaji bermaksud bekerja dengan dibayar gaji yang tetap setiap bulan. Bekerja makan gaji memang selesa dan kurang berisiko berbanding seorang usahawan. Namun, Timbul juga keinginan yang meluap-luap oleh si pekerja makan gaji bagi mengumpulkan harta tambahan untuk anak-anak mereka.
 Mahu tambah pendapatan dan harta, tanpa berhenti kerja makan gaji? Berkawanlah dengan buku ini.
 Makan Gaji tetapi Kaya (Edisi Kemas Kini) akan membantu kita bagi mengenali beberapa teknik:
- Bagaimana menjana pendapatan aktif
- Bagaimana menjana pendapatan pasif
- Bagaimana mengurus wang keluar masuk
- Bagaimana melabur wang dalam pelaburan hartanah
Shamsuddin Kadir, perintis teori Smart Kaya yang mengutamakan prinsip melonjak kekayaan dengan bermodalkan apa sahaja yang ada di tangan. Makan Gaji tetapi Kaya kali ini, dalam edisi kemas kini menampilkan beberapa tip Smart Kaya berserta input segar yang lain, bertepatan dengan cuaca ekonomi semasa di Malaysia.-PTS