Monday, April 30, 2012

Thursday, April 26, 2012

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tapah

April 26, 2012 0 Comments

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :-
1. Akauntan (W41)
2. Penolong Jurutera (J29)
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (U29)
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (N17)
5. Juruteknik Komputer (FT17)
6. Penghantar Notis (N3)
7. Pemandu Kenderaan (R3)
8. Pekerja Awam (R1)
Tarikh Tutup Permohonan : 23 Mei 2012

Monday, April 23, 2012

Slip Gaji Baru SSM

April 23, 2012 0 Comments
Dah tengok ke sistem gaji..pasti ade yang dah terjah web ANM tu sejak Jumaat kan..bagi yang dah tengok pasti ade yang suke sebab dalam tu ade dinyatakan gaji pokok baru juga tunggakan selama 3 bulan tu..kaya sekejap la korang erk..

Tengok kat column gaji serta elaun tu,ha ade perubahan kan..kalau dulu yang dok kuarters akan ditulis ITP (tiada )dan Cola pulak separuh je then bantuan sewa rumah sekian2..Sekarang ni sume elaun dinyatakan full seperti Cola RM300,ITP RM180..nampak bagus je kan..tapi kat colum potongan tu la yang dok kuarters akan nampak potongan sebenar..kira potong siap kat situ..banyakla ptotongan erk

Dengarnya yang keje under Kementerian Kesihatan lum dapat tunggakan..slip dah keluar tapi tiada tunggakan..erk camne tu..Kementerian lain seperti Kem.Pendidikan dan Kem.Pertahanan camner lak erk?

Dapat gaji ni sila clearkan segala bil2 dan bayaran yang perlu yer..ade lebih wat la simpanan sikit..beringat!

Thursday, April 19, 2012

Keputeraan Sultan Perak Ke-83

April 19, 2012 0 Comments
SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAHD.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (KELANTAN), D.K. (TERENGGANU),D.K. (PERLIS), D.K. (JOHOR), D.K. (SELANGOR), D.K. (KEDAH),D.K.M.B. (BRUNEI), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (PAHANG),S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., D.K.S.A., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P 

Hari ni 19 April bagi warga Perak mesti tau kan hari ni adalah cuti negeri sempena Keputeraan Sultan Perak. Sekrang dah masuk 83 tahun usia tuanku.

Kebiasaannya, rakyat Perak disaran mengibarkan bendera Perak di premis masing-masing dan menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakat pada hari berkenaan bagi meraikan sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Azlan.

Berikut sedikit biodata Ringkas Sultan Perak: 
Duli Yang Maha Mulia Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah telah diputerakan pada 19hb April 1928 di Batu Gajah, Perak. Pada tahun 1955, D.Y.M.M. Tuanku  telah mendirikan mahligai rumahtangga bersama D.Y.M.M. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan kemudiannya telah dikurniakan lima orang cahayamata. 
D.Y.M.M. Tuanku telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kerajaan (Inggeris), Batu Gajah yang kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Yussuf Batu Gajah. Tuanku kemudiannya melanjutkan pelajaran menengahnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Setelah itu, Tuanku telah menyambung pendidikannya di dalam bidang Undang-Undang di University of Nottingham, United Kingdom di mana Tuanku telah dikurniakan dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1953. Pada 23hb November, 1954 D.Y.M.M. Tuanku telah diterima sebagai ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln's Inn.

Sunday, April 15, 2012

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Taiping

April 15, 2012 0 Comments


Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ditubuhkan pada 1 September 1979 hasil dari termaktubnya Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan pada tahun 1976. Kini MPT dengan keluasan 186.46 km persegi adalah gabungan dari lapan Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan. Kawasan ini merangkumi kawasan bandar serta kawasan pinggir bandar.
Warganegara Malaysia yang berkelayakan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut.Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.:


1. Pegawai Veterinar
Tarikh Tutup Permohonan: 30 April 2012

Thursday, April 12, 2012

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pengkalan Hulu

April 12, 2012 0 Comments

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :
1. Pembantu Undang-Undang Gred L29
2. Pembantu Penguatkuasa Gred N17
3. Pekerja Awam Gred R1
Tarikh Tutup Permohonan : 27 April 2012

Tuesday, April 10, 2012

Tip Jana Wang Dari Rumah

April 10, 2012 0 Comments

Tentu korang nak tahu;

  • adakah benar wang mampu dijana hanya dari rumah berbanding kerja makan gaji?
  • apakah kelebihan menjana pendapatan dari rumah?
  • apakah strategi berkesan dalam mencipta pendapatan dari rumah?
  • bagaimana menyesuai dan mendisiplinkan diri ketika kerja di rumah?
  • benarkah ada individu yg menjadi jutawan dengan hanya bekerja dari rumah?

Buku ni aku beli masa gi expo Buku Islam Putrajaya bulan lepas.Ianya menceritakan bagaimana mencipta pendapatan lumayan dari rumah.Buku terbitan PTS Millenia Sdn Bhd dan ditulis oleh Rizal Abdul Rashid.

Tip Jana Wang Dari Rumah membongkar strategi mencipta pendapatan lumayan dgn berkesan.Penulisan buku ini disusun berdasarkan pengalamn penulis yang sudah lama menceburi dunia pekerjaan dari rumah.Buku ini juga solusi kpd yang sukar mencari pekerjaan.Cubalah baca dan fahami.Asalkan ada keyakinan, kesabaran,usaha dan doa pasti ada hasilnya.

Monday, April 09, 2012

Gulai Pisang bersama keli..rempah giling sedap

April 09, 2012 1 Comments
 pisang ape aku tak tau namenye..yang pasti mude..ni akak aku bagi masa dia gi penang,.orang bagi kat dia,dia bagi kat kita jugak la..dia suh aku try wat masak gulai..aq blur gak,masak2 gini aku kureng gak..jenuh nak mikir nak masak pe..if ade ikan masin ok gak campur kan..campur ngan ikan bilis tumbuk pun ok..leamk kuning..last aku dapat idea nak wat masak gulai ngan ikan keli..kebetulan ade beli ikan keli banyak..pe lagi siap kan bahan la
 ni rempah giling yang akak aku bagi gak..dia beli kat Penang..buatan Bumiputera..memang sedap..masakan lebih enak berbanding rempah serbuk..antara bahan yang digiling dalam rempah giling ni ialah cili kering, kunyit, jintan manis dan jintan putih..untuk membangkitkan aroma masakan selalunya bawang dilebihkan..bak suh orang beli lagi la..sapa pi Penang mai rojer na..nak oder
inilah gulai pisang plus keli..aku hentam je campur keli ngan pisang..menjadi le jugakkan..nampak pior cam kari Penang tuurrrrrr
nak masak mudah je..ikut je arahan kat bungkusan rempah tu..cume tambah bawang utk tumis sedikit halba campur..rempah..peh tu masuk pisang yang dah buang kulit n potong serong..masuk santan..keli tu kalau boleh goreng la..best ckit..campak masuk je

Thursday, April 05, 2012

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kampar

April 05, 2012 0 Comments

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut di Majlis Daerah Kampar, Perak Darul Ridzuan :
1. Jurutera
2. Pegawai Perancang Bandar dan Desa
3. Akauntan
4. Pegawai Kesihatan Persekitaran
5. Penolong Arkitek Lanskap
6. Setiausaha Pejabat
7. Pembantu Tadbir (P/O)
8. Pembantu Akauntan
9. Pemandu Kenderaan
10. Pekerja Awam
Tarikh Tutup Permohonan : 20 April 2012

Wednesday, April 04, 2012

Keperluan Latihan & Hari Setahun Bagi Kakitangan Awam

April 04, 2012 0 Comments
Ok,memandangkan keje dalam gomen ni memerlukan kaki tangannya memenuhi keperluan latihan selama 7 hari sekurang2nya dalam setahun,maka aku kene le bagi komitmen untuk mengikuti tawaran yang diberikan..Alhamdulillah semalam start kursus hingga Khamis dapatlah 3 hari kan....Sebelum ni ade gi ceramah,taklimat dan perhimpunan (sume 2 jam)..dapatlah jadi sehari.So nak kene cari lagi 3 hari..hope ade le

Keperluan latihan 7 hari bagi setiap staf telah dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005 – Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Aktiviti latihan yang dijalankan selama 6 jam secara berterusan dikira sebagai satu hari.So boleh le campur,kalau ceramah 2 jam hari ni..then ada lagi cerah 1-2 jam..campur la..samapi jadi 6 jam=1hari 


Antara jenis latihan yang leh diambilkira untuk masuk dalam rekod kita:

           •Latihan
•Kursus
•Konvensyen
•Bengkel
•Forum
•Simposium
•Kolokium
•Lawatan Rasmi
•Klinik Kaunseling


Keranamu 5S..siap ade Rumah Terbuka

April 04, 2012 0 Comments
Jangan ingat time raya je ade open house.Disebabkan ofis aku ni akan menghadapi audit
pembaharuan persijilan 2012 oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada bulan Jun 2012. Maka pelbagai program diadakan,.Dalam persediaan ke arah pembaharuan persijilan tersebut, pihak Urusetia Induk 5S Perbendaharaan Malaysia telah merancang melaksanakan beberapa program. Program utama yang akan dilaksanakan adalah Majlis Pelancaran Gerak Kerja Ke Arah Pembaharuan Persijilan 2012 dan Majlis Rumah Terbuka 5S Perbendaharaan Malaysia.


Pagi tadi berlangsungnya Gerak Kerja 5S then diikuti oleh lawatan ke rumah terbuka setiap bahagian.Setiap Bahagian adalah digalakkan untuk membuat promosi Bahagian masing-masing untuk menggalakkan warga kerja Bahagian lain berkunjung ke Bahagian mereka dengan menyediakan banner, hebahan melalui siaraya atau email, penyediaan door gift dan sebagainya.


Majlis Rumah Terbuka 5S Perbendaharaan Malaysia bertujuan memberi peluang kepada Bahagian-bahagian mempamerkan aktiviti/ program-program yang telah dilaksanakan di Bahagian masing- masing di samping melihat kreativiti Bahagian-bahagian lain dalam melaksanakan Amalan 5S.


Baguskan..hehehhe..pakat melawat la..jgi bahagian lain nampak cantik je..hope takde le orang mai bahagian aku..takde wat pe pun..malas tul ngan 5S ni..tensennnnn!

Monday, April 02, 2012

Perkhidmatan Sewaan Basikal

April 02, 2012 0 Comments
gambar hiasan:google

Warga Putrajaya yang berkelapangan dan tak tahu nak buat apa pada hari cuti leh round2 Putrajaya dengan berbasikal.Kalau dah ade sikal sendiri oklah,tapi bagi yang takde dan teringin nak berbasikal leh menyewa ngan pihak Perbadanan.

Sewaan adalah berdasakan jam dan jenis basikal. Misalnya Mountain Bike-RM4 sejam atau sebahagiannya (hari kerja) dan RM6 sejam @ sebahagiannya (hari cuti Sabtu, Ahad dan umum).

Deposit dalam RM50 dan tempoh sewaan dari kul 9.00pg-5.30ptg sahaja.Untuk maklumat harga dan syarat sewaan leh rujuk kat sini