Rebet Telefon Pintar 3G:Pertimbangan Aspek Kemampuan

4:49 pm


Susulan pemberian rebet telefon pintar sebanyak RM200 bagi belia yang berumur 21-30 tahun dan gaji di bawah RM3000 mengikut Bajet 2013 bajet baru-baru ini.PIhak Persatuan Pemilik Telefon Bimbit (PERBIT) berpendapat perlunya mengambil kira kemampuan dan kepentingan golongan berkenaan.ini bagi mengelak belia daripada terpedaya dengan penjual telefon yang tidak bertanggungjawab selain terlebihberbelanja untuk telefon mereka.
"Persoalannya sama ada akhirnya mereka mampu membayar bil setiap bulan. Kitaberharap masalah yang timbul dari permohonan kad kredit satu masa dulu, bilainstitusi kewangan menawar kad kredit kepada pengguna dan menyebabkan sesetengahmereka yang tidak berupaya mengawal perbelanjaan mereka menjadi bankrap, tidakakan berlaku dalam kes rebat (inisiatif) ini.
PERBIT mencadangkan pakej tersebut mengehadkan perbelanjaan itu kepada jumlah tertentu setiap bulan.Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam projek berkenaan perlu menawarkan terma dan syarat yang jelas caj perkhidmatan mereka. Untuk mengelak salah guna, hanya syarikat telekomunikasi yang berwibawa perlu dilantik menyertai program berkenaan. suntingan dr BERNAMA.
Inisiatif ini ibarat "terjun ke laut tanpa mengetahui kedalamannya". Gaji habis buat bayar bil telefon kalau tak kena gayanya.

You Might Also Like

0 omelan