Wednesday, October 31, 2012

# memori

Memori | Ayah saya


Ini antara gambar lame yang ada.Masa muda orang cakap rupa ayah macam Jins Shamsudin.ish..ish..kebetulan nama pun dah nak dekat.Gambar lain ada lagi,tapi biarlah aku publish yang ni cukupla..gambar kenangan ayah bersama kenderaan pertamanya.Zaman tu bukan cam sekarang..Maklumle duduk di kampung je..ada motor pun dah syukur.Itupun mak cakap ayah cam takut-takut je nak bawak motor masa mula-mula tu.hehhe.

Ayah Hj.Shamsahaldin bin Mohd Ali, dilahirkan di Batu Kurau pada 22.7.1943.Ayah pernah belajar di Sekolah Inggeris St.George Taiping.Selain berkebun dan bertani, ayah pernah berkhidmat sbg askar wataniah di Kamunting. Last ranking sebagai Rifleman (ada kad warna merah dalam simpanan beliau) dan pembantu jurulatih kawad.

Selain itu, ayah pernah meneroka hutan di kampung (buka tanah), cari petai, tanam durian, menoreh, buat bendang, cari rotan semasa di kampung.Ha ni masa ayah aku dok kat kampung halamannya,Batu Kurau, Taiping.

Tak lama lepas berkampung di sana ayah aku menerima tawaran untuk meneroka tanah FELDA.Alhmadulillah dengan keje tu la kami anak-anak dibesarkan dan diberi pelajaran yang sepatutnya.Orang kata berbakti kepada tanah akan ada hasilnya.Sekarang kehidupan lebih sempurna berbanding dulu-dulu.Dah ada tanah milik sendiri dan rumah yang selesa.

Ayah mempunyai hobi mengumpul barang-barang lama seperti duit kertas/syiling lama,setem dan lain-lain..Ayah aku juga suka kumpul risalah berkaitan FELDA dan hal sejarah.Suka membaca buku-buku sejarah Kesultanan Melayu terutama berkaitan negeri PERAK.Asal pergi pameran/kedai buku mesti akan beli buku sejarah.Minat sungguh dia..tu sebab ada antara anak-anak yang turut ikut minat dia tu.

Itulah serba sedikit kenangan mengenai ayah aku.Nak diceritakan panjang lagi..Moga ayah aku diberikan kesejahteraan dan kerahmatan olehNya dunia akhirat.Amin

3 comments:

fardiyah said...

nostalgianya gambar tu :')

Sue Echan said...

Sue xbyk simpan gmbr lama..rupa masa kecik pun sue tak bape ingat...

deyna said...

ko telah membuka mindaku utk buat tajuk camtu..pasal ayah/ibu or adik-beradik.. nanti aku citer gak la kat blog..