Friday, September 14, 2012

# Corat Coret

Filem Hina Islam

contoh program yang diadakan..cilok dr blog zainul;.jangan hina nabi

Kisah hinaan berkaitan dengan Nabi Muhammad makin menular..Pelbagai versi,ada filem,game,animasi dan lain-lain.ini menunjukkan betapa seriusnya isu ini dipermainkan sewenang-wenangnya tanpa ada rasa horamt terhadap agama lain.
Bukan saja isu nabi yang dipersendakan, umat Islam juga ditindas seperti yang berlaku terhadap etnik muslim Rohingya yang dibunuh dengan kejam.Isu sosial juga turut menimpa kalangan kita.

Berbalik kepada isu hina nabi,tak tahu apa masalahnya dorang ni sehingga sanggup buat macam tu sehingga difilemkan.Contohnya Innocence of Islam dan Desert Warriors.

Dessert Wariors-pelakon saman pengarah
Aktres yang berlakon dalam filem mengenai Nabi Muhammad yang mencetuskan kemarahan umat Islam akan menyaman pengarah filem terbabit dan berkata skrip filem itu yang bertajuk Desert Warriors, memfokuskan kepada kehidupan 2,000 tahun lalu.Cindy Lee Garcia berkata, beliau menghubungi penulis dan pengarah filem itu, yang kini bersembunyi, apabila melihat bantahan dan kenyataan di media. "Mengapa awak lakukan ini dan dia berkata: “Saya bosan dengan puak radikal Islam membunuh sesama sendiri’. Biarkan pelakon lain tahu ini bukan salah mereka. Saya akan menyamannya,” kata Garcia. Beliau berkata, pengarah filem yang memperkenalkan dirinya sebagai Sam Bacile, mengaku rakyat Mesir dan bercakap dalam bahasa Arab dengan pembantunya di set penggambaran.
Garcia, yang muncul dalam klip online filem itu, berkata beliau membawa watak wanita yang terpaksa menyerahkan anaknya kepada karakter dinamakan Master George dalam satu adegan. Watak George digambarkan sebagai pemimpin gagah dan kejam. Namun dalam paparan 13 minit yang ditayangkan di YouTube, karakter Garcia digantikan dalam adegan itu, dengan alih suara karakter itu merujuk kepada Muhammad, bukan George.Garcia berkata, beliau takut apabila mendapati kaitan video berkenaan dengan kematian empat rakyat Amerika Syarikat selepas serangan di konsulat Amerika di Libya.-REUTERS/AGENSI
 Innocence of Islam-bantahan masyarakat Mesir,Duta AS terbunuh
KAHERAH 12 Sept. – Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Christopher Stevens terbunuh di Benghazi akibat ditembak dalam insiden bangunan Kedutaan AS di negara itu semalam diserang beribu-ribu penduduk yang mengadakan tunjuk perasaan membantah penerbitan sebuah filem yang didakwa menghina Nabi Muhammad.
Tiga lagi rakyat AS turut terbunuh akibat terkena tembakan.
Di Kaherah hampir 3,000 penunjuk perasaan, kebanyakan mereka penyokong pergerakan Salafis, berkumpul di Kedutaan AS di Kaherah untuk menyuarakan bantahan yang sama.
Berpuluh-puluh penunjuk perasaan memanjat bangunan Kedutaan AS dan menggantikan bendera negara kuasa besar itu dengan kain rentang yang tertulis ‘Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah’ dan membakar bangunan konsulat berkenaan.
Polis Mesir terpaksa campur tangan untuk memujuk penunjuk perasaan beredar dan kini masih terdapat beratus-ratus orang berkumpul di luar kedutaan berkenaan.
Di timur Benghazi, pegawai Kementerian Dalam Negeri Libya, Wanis al-Sharef berkata, Stevens maut bersama tiga pegawai AS lain ketika sekumpulan besar penunjuk perasaan menyerbu pejabat konsulat AS di Benghazi, dengan lelaki bersenjata bertindak melepaskan tembakan.
Katanya, pasukan keselamatan Libya tidak mampu berbuat apa-apa ekoran jumlah penunjuk perasaan yang terlalu ramai.
Timbalan Perdana Menteri Libya, Mustafa Abu Shagur mengesahkan kematian Stevens dalam akaun laman web Twitternya.
Seorang saksi berkata, terdapat penunjuk perasaan yang melepaskan tembakan senjata automatik dan roket pelancar grenad ke arah bangunan terbabit ketika mereka bertempur dengan pengawal Libya yang ditugaskan mengawal kedutaan tersebut.
Kejadian itu merupakan yang pertama terhadap bangunan diplomatik AS di kedua-dua negara sejak bekas pemimpin, Muammar Gaddafi dan Hosni Mubarak disingkirkan dalam kebangkitan di kedua-dua negara itu pada tahun lalu.
Tunjuk perasaan itu tercetus ekoran sedutan filem, Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, 52, dari California, yang disiarkan dalam laman YouTube dengan menggambarkan Nabi Muhammad pernah tidur dengan ramai wanita, mengisahkan pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan Islam pertama.
Filem tersebut turut dilaporkan akan digunakan oleh ekstremis anti Islam, Terry Jones, yang pernah mencetuskan kontroversi cuba membakar al-Quran, untuk berkempen membenci Islam di AS.
Bacile yang berketurunan Yahudi Israel berkata, Islam merupakan ‘kanser’ dan dia berharap filemnya itu dapat menunjukkan kepada dunia mengenai kelemahan Islam. – AP/AFP
 nota kaki:
-Islam itu indah..Lindungilah umat Mu..amin..
-fenomena ni membuka mata dan hati. maaf andai kekurangan dalam entri ini..apapun sedih dengan apa yang berlaku sekarang ni..dunia akhir zaman

2 comments:

Axie04 said...

sangat sengal ok

zainul zaki said...

hehe,, thanx kak sebarkan,, all the best,,mari kita tentang berhabis2san...