Monday, August 06, 2012

# Sukan

Walau Tewas,Kami Bangga Dengan Chong Wei

Semalam menyaksikan perlawanan akhir antara Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan dalam merebut emas Sukan Olimpik London 2012.Chong Wei, pemain nombor dua dunia tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia dan juara bertahan, Lin Dan (LD) dari China juga merupakan kekalahan keduanya kepada LD semasa perlawanan akhir di Olimpik Beijing 2008.
SAYA minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua," kata pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei.-sinar harian
Impian negara untuk memungut emas pada acara badminton,akhirnya kecundang dan kita terpaksa menunggu 4 tahun lagi menebusnya kembali.Namun LCW sudah meberikan persembahan terbaik dan jelas kelihatan reaksi sedih beliau ketika kecundang.Walaupun kecewa dengan keputusan tersebut sebagai rakyat kerana LCW antara pemberi 'cahaya' kepada sukan tanah air sehingga mencatat pemain terbaik dunia.Bukan senang nak capai tahap itu.
Chong Wei berkata, tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di  Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lepas.
"Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya.-sinar harian
Apapun aku sebagai peminat badminton berharap akan ada lagi pelapis berbakat dapat dilahirkan seperti LCW dan seterusnya bertanding pada mana-mana perlawanan.Kita hanya mengharapkan LCW.Hope pemain lain pun akan lebih menyerlah.

2 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

yes..we still proud of u dato!

Hidayah Bach said...

yup..
harap sangat ada pelapis berbakat..