Monday, July 23, 2012

# Corat Coret

Hari Pertama Puasa Di Hari Kerja

Salam Ramadhan semua.Camner puasa hari ni?Senyum-senyum sokmo..walaupun ada yang kuyu je mata...

Hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa.Alhamdulillah aku dapat menyempurnakan puasa ni.Mulanya risau jugak,yelah tengah mengandung ni kadang macam-macam ragam,perut keroncong sokmo..tapi syukur takde apa-apa halangan yang membolehkan aku terus untuk puasa.Kalau gini berterusan,harap dapat la puasa penuh tahun ni.Mudah-mudahan.

Dah 2 hari berbuka puasa kat rumah mak aku.So tak masak and tak pergi ke bazar Ramadhan lagi.Balik kampung sebab nak sambung keje mengecat.Mak aku sebelum ni upah orang je untuk keje ngecat ni.So dia offer la sape nak,dari bagi duit kat orang lain bagi kat keluarga sendiri..hehhe..Ngandung2 pun aku wat keje tu jugak.Tolong husband,sian lak dia sorang wat keje.Anggap ni keje part time kami la..nak raya kene cari duit lebih

Hari ni start keje,masuk ofis je rasa sunyi.Apsal?Semua orang cuti ke pe.?..nasib baik ada lagi umat dalam ofis ni..rupenye ramai gak yang terlewat masuk hari ni.Biasalah hari pertama puasa time keje.Ngantuk usah cakap la..tambah yang semalam baru pulang dari kampung..penat bagai dah tentu ada..pagi ni lak nak kene bangun awal sediakan sahur..then nak siapkan anak2 untuk ke sekolah la.Haru jugak.

Oklah,hope hari ni semuanya ok-ok je.Walaupun ada dugaan ketika bekerja mahupun di mana-mana,anggap saja itu sebagai cabaran menguji kesabaran kita di bulan mulia ini.Semoga amalan kita diterima.

No comments: