Monday, January 16, 2012

# Sukan

Lee Chong Wei Kekal Kejuaraan Kali Ke-8


Kedudukan Datuk Lee Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia terbukti belum tergugat apabila meraih kejuaraan badminton Siri Super Terbuka Malaysia buat kali kelapan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini.
Lee Chong Wei mudah menundukkan Kenichi Tago dari Jepun 21-6, 21-13 dalam masa 37 minit di hadapan ribuan penyokong di stadium berkenaan. Chong Wei menerima piala dan wang tunai bernilai US$30,000 (RM93,990). Selepas ini, Chong Wei berkata beliau akan menumpukan pada dua kejohanan iaitu pusingan kelayakan Piala Thomas dan All-England sebelum menghadapi temasya Sukan Olimpik.
Tahniah!Malaysia Boleh!

No comments: