Thursday, October 27, 2011

Dah balik

October 27, 2011 2 Comments
Rabu lalu..aku ade stori nebes nak jumpe husband kan..masa jumpe memang terkejut sangat dengan perubahan fizikal dia..hampir tak kenal aku..biar betik..cam tak leh etrima hakikat lak dia jadi gitu..haha..kulit usah cakap le..bertambah gelapnya dan kulit jadi kering ja ..rambut,misai dan janggut dah 'dogol'..tengok tangan,kering mengelupas..haiyo..ditambah ngan batuk2 nya..ape dah jadi..kene le terima seadanya keadaan dia begitu..nak wt camner dah training polis gitu le..berpanas berhujan..Peh abis nanti sure aku suh dia gi SPA la..mandi susu..mintak simpan balik rambut and misai dia...pelik lak aku rasa..huhuu..

Berkesempatan luangkan masa cuma 3 hari..Sekarang husband aku dah kembali ke PULAPOL..sambung training..Aku cam biase walaupun dah leh terima hakikat untuk berpisah sementara still tetap ade rasa sedih..Syahdu tul aku tengok anak2 aku bile dihantar ke rumah pengasuh..pakat tak nak pergi..dok berkepit papa dia,menangis2..time husband aku peluk and cium anak2 masa kat rumah pengasuh,time ni le aku tak nak cover dah..berair pulak mata aku nie...haduhh....aku rasa cam drama lak...Ape reaksi budak2 ni masa balik keje nanti tengok papa dorang takde..

Peh tu aku hantar husband..cam biase..salam peluk cium..perhh..ingatkan kuat semnagat..sekali lagi nak menitis air mata aku masa tu..kalau tak peluk and cium tu sure aku leh cover dr kesyahduan..hahah..slumber dia je kat tempat terbuka wt gitu

Insya'allah raya haji ni jumpe lagi..dan seterusnye tunggu habis latihan..so kire2 3minggu lagi ja untuk terus menunggu..sabar jele..apepun life must go on..

Tuesday, October 25, 2011

Sah rabun nie

October 25, 2011 0 Comments
Sedang menjalankan tugas di kaunter..agak lengang..so curi mase dengan keje yang lebih berfaedah..hehe...layan aje game ni..online game kt chrome store..angry bird pun ade tapi tak leh buke..biasola..ade "sekatan jalan raya" kt ofis ni..main yg ner boley je le..word search puzzle..yang ni ade 2 option satu beginner dan satu lagi advanced la..so aku pilih yang lebih mencabar walaupun tak le mencabar mane pun ADVANCED..hok ni banyak sikit directionnye..
cer tengok gambor tu..bersimpang siur..last otak aku jem jugak mencari satu word ni..PRACTICE..aih mane ko nyorok ni..orang yg wt tu salah letak/eja kot..last aku gune je talian hayat..klik kt mentol tu utk find word..cis nape le aku leh tak nampak..SAH le..mata tak tajam..rabun da..camne nak keje sampai 60 tahun

Final Piala Malaysia: Tiket mula dijual..RM50

October 25, 2011 0 Comments

Tiket bagi semua tempat duduk bagi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-85 antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini ditetapkan pada harga RM50.
Pada edisi terdahulu Piala Malaysia yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, FAM menjual tiket berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi tempat duduk utama.
Tiket boleh dibeli melalui persatuan bolasepak negeri masing-masing mulai hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.
“Kita turut memikirkan mengenai kapasiti stadium yang mampu menerima kehadiran penyokong kedua-dua pasukan. Kita telah melihat beberapa pilihan yang ada sebelum memutuskan harga tersebut,” katanya dipetik Bernama Online.
Hamidin berkata bagi pembahagian tiket perlawanan akhir, setiap pasukan akan diperuntukkan sejumlah 15,000 tiket untuk dijual oleh persatuan bola sepak negeri kepada penyokong masing-masing bermula hari ini.
“Sekiranya jualan tiket perlawanan akhir itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penyokong masing-masing, FAM akan memberi peruntukan tambahan sebanyak 15,000 tiket,” katanya.
Beliau berkata baki sebanyak 5,000 akan dijual kepada penyokong kedua-dua pasukan yang tinggal di sekitar Lembah Klang bermula 9 pagi Sabtu ini manakala 15,000 tiket lagi diperuntukkan kepada pihak penaja dan tetamu kehormat.
Mengenai kualiti padang di Stadium Shah Alam yang dikatakan tidak memenuhi standard permainan, Hamidin berkata Perbadanan Stadium Shah Alam telah memberi jaminan bahawa kerja membaik pulih sementara stadium akan disiapkan sebelum Sabtu ini.
kredit:THEMALAYSIANINSIDER


Laporan Audit: JPA terlebih bayar pencen ..

October 25, 2011 0 Comments

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah terlebih bayar pencen membabitkan pesara yang telah meninggal dunia dan masih hidup melibatkan jumlah lebih RM4 juta sepanjang tiga tahun sejak 2007.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan hari ini menyebut berdasarkan Daftar Bayaran Balik Pencen Terlebih dibayar bagi tempoh 2007 hingga September 2010, sejumlah RM2.57 juta bayaran pencen bulanan telah dibayar kepada 1,975 pesara atau penerima pencen yang telah meninggal dunia.
Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara juga berkata semakan terhadap Daftar Bayaran Balik Pencen Terlebih bagi tempoh 2007 hingga September 2010 juga menunjukkan sejumlah RM2.09 juta telah terlebih dibayar kepada 339 pesara atau penerima yang masih hidup.
Daripada lebihan bayaran RM2.57 juta, kata laporan tersebut, sejumlah RM850,000 telah dapat dikutip balik daripada 965 waris dan baki RM1.72 juta yang sepatutnya dituntut daripada 1,010 waris mendapati, hanya RM390,000 sedang dikutip daripada206 waris secara bayaran ansuran.
“Manakala sejumlah RM1.33 juta masih belum dapati dikutip balik disebabkan notis tuntutan tidak dapat diserahkan kepada waris sama ada mereka tidak dapat dikesan, telah berpindah ke tempat lain atau telah meninggal dunia. Namun begitu bagi notis tuntutan yang telah dapat diserahkan kepada waris pula masih tiada bayaran balik dibuat,” katanya.
Mengenai RM2.09 juta telah terlebih dibayar kepada 339 pesara atau penerima yang masih hidup, laporan berkata, “berdasarkan maklum balas Bahagian Pasca Perkhidmatan (BP), kes-kes terlebih bayar berpunca daripada kelonggaran kawalan dalaman antaranya tiada amaran sekiranya amaun pencen melebihi gaji akhir, tiada akaun pencen dan tiada had maksimum tempoh perkhidmaan yang boleh diambil kira untuk pengiraan pencen.”
Laporan itu menambah, semakan Audit juga menunjukkan BP telah mengambil tindakan mengutip balik jumlah pencen terlebih dibayar secara ansuran melalui potongan sebahagian pencen bulanan yang diterima oleh pesara atau penerima pencen.
“Bayaran pencen terlebih dibayar tersebut melibatkan pembayaran pencen terbitan kepada yang tidak layak seperti anak melebihi 21 tahun yang tidak melanjutkan pelajaran, jumlah pencen terbitan kepada balu atau duda tidak disusutkan kepada 70 peratus selepas 12 setengah tahun dari tarikh persaraan, khususnya bagi kes sebelum 1 Januari 2009, kesilapan membayar ke dalam dua akaun pencen serentak, kesilapan membuat dua kali pelarasan dan kesilapan perkiraan gaji akhir.
“Selain itu didapati satu kes kesilapan meletakkan titik perpuluhan telah menyebabkan pencen terlebih bayar berjumlah RM133,051 sejak Januari 2006 sehingga Mei 2007.
“Mengikut perkiraan, pencen sebenar yang patut diterima adalah berjumlah RM214.33 sebulan tetapi pesara telah dibayar sejumlah RM21,433 sebulan untuk tempoh selama 16 bulan,” katanya sambil menambah, bagaimanapun pesara berkenaan telah meninggal dunia pada 2007 dan potongan telah dibuat daripada pencen bulanan pesara mulai Julai 2007.
“Selepas pesara meninggal dunia, kutipan masih diteruskan daripada pencen terbitan sehingga Mei 2044,” katanya lagi.

Monday, October 24, 2011

Pelumba Honda maut di Litar Sepang

October 24, 2011 1 Comments
dikenali dengan gaya rambut afronya.
Penunggang Honda Marco Simoncelli meninggal dunia kerana cedera parah dilanggar dua pelumba lain dalam perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang.Simoncelli berusia 24 tahun.


Susulan kematian beliau perlumbaan tersebut dibatalkan.Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.

Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu.
Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan.
Kematian Simoncelli merupakan kejadian pertama dalam kelas MotoGP sejak pelumba Honda, Daijiro Kato dari Jepun terbunuh pada perlumbaan GP Jepun 2003.
Seorang lagi pelumba Jepun, Shoya Tomizawa turut maut dalam kemalangan sama dalam acara Moto2 tahun lepas.
kredit THEMALAYSIANINSIDER

Friday, October 21, 2011

Bukan senang jadi perempuan

October 21, 2011 11 Comments

siapa kata jadi perempuan itu senang?
Perlu tutup sana, tutup sini,
Cuba lihat budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tidak bising.
Perempuan. Stoking perlu pakai.
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari.
Pasti menangis air mata darah, kerana tidak tahan bertutup semua.
Tetapi, perempuan sentiasa sabar. Tengah panas masih boleh lagi memakai jubah.
Hebatkan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit. Hendak pergi kelas pun susah.
Kalau boleh, masa tengah jalan merasakan hendak meraung kerana kesakitan.
Cuba lihat budak lelaki , mereka nampak gembira. Kadang-kadang setahun sekali pun susah dapat sakit, tetapi sekali sakit, merungut bagai tidak ingat dunia.
Tetapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, masih boleh tersenyum menyimpan kesakitan yang dialaminya.
Hebatkan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Hati ini Allah S.W.T jadikan sangat lembut.
Hati cepat sensitif.
Cuba lihat orang putus cinta. Kebiasaannya perempuan yang paling susah hendak lupa.
Lelaki selepas putus cinta cepat mencari pasangan baru.
Cuba pergi wayang tengok cerita Hindustan, siapa yang paling teruk menangis?
Perempuan bukan? Lelaki masih boleh ketawa.
Sungguh lembut hati perempuan. Tetapi dengan hati yang lembut itu perempuan dapat mengkagumkan lelaki. Hebat tidak perempuan?
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Apabila hendak keluar ke mana-mana, sentiasa ketakutan. Kerana berita asyik-asyik keluar cerita orang kena rogol, kena culik.
Lelaki pukul dua pagi masih boleh keluar minum kopi tengok bola.
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Jika dirogol, perempuan disalahkan kata tidak jaga pakaian,
Apabila buang anak, perempuan disalahkan cakap berhati binatang,
Apabila buat salah sikit, kena marah dengan suami,
Apabila bising terlebih, kena label perempuan tidak sopan
Betapa susah hendak jadi perempuankan?
Disebabkan susahnya hendak jadi perempuan inilah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah.
Mereka berkata, Allah S.W.T tidak adil.
Mengapa AllahS.W.T lebihkan lelaki?
Mengapa perempuan perlu dengar cakap suami?
Mengapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Walhal jadi perempuan itu sangatlah susah. Bak kata orang, hendak jaga sepuluh anak lelaki, tidak susah seperti menjaga seorang anak perempuan.
Disebabkan perasaan negatif pada Allah S.W.T ini, ramai perempuan di luar sana yang ditolak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun!'
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki. Mereka sanggup gadaikan diri mereka kerana percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati.
Kasihan pada mereka bukan?
Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah S.W.T, mereka sanggup rosakkan diri mereka.
Mereka berkata mereka lakukan seperti itu kerana Allah S.W.T tidak adil.
Persoalannya sekarang,adakah benar Allah S.W.T tidak adil pada perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.
Tetapi, cuba ingat kembali, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa jika bukan pada kaki ibunya?
Betul, isteri kena ikut cakap suami.
Tetapi, seorang anak lelaki perlu taat pada ibunya tiga kali lebih utama daripada ayahnya.
Tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tetapi Allah itu sangat sayang pada perempuan.
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.
Jika paling banyak lelaki ada empat orang isteri.
Cuma ada empat orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki itu.
Tetapi perempuan, ditakdirkan ada lima belas orang anak lelaki.
Bermakna ada lima belas orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan itu.
Masya-Allah, hebatnya perempuan bukan?
Mengapa perempuan hebat?
Kerana kasih sayang Allah S.W.T yang menjadikan kita hebat!
Cuba didengari pula lagu-lagu yang berkumandang pada radio.
Banyak lagu berkaitan perempuan bukan?
Jarang kita dengar lagu berkaitan lelaki.
Sayang sungguh Allah S.W.T itu pada perempuan, hingga perempuan dikasihi seperti itu sekali di dunia ini.
Lihat pula apabila seorang lelaki berjaya.
Orang akan berkata, 'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya.'
Kita tidak pernah dengar orang berkata, 'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya.'
Sungguh hebat Allah S.W.T jadikan perempuan itu.
Masih tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Hakikatnya, Allah S.W.T terlampau adil pada perempuan.
Disebabkan susahnya hendak menjadi perempuan ini, perempuan senang hendak masuk syurga. Berdasarkan satu hadis :
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Oh perempuan, sedarlah.
Betapa sayangnya Allah S.W.T pada kita. Betapa cintanya Allah S.W.T  pada kita.
Tetapi, mengapa kita rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tidak berasas pada Allah S.W.T?
Allah S.W.T jadikan perempuan itu sebagai hiasan dunia.
Bayangkan, dunia yang besar ini, dunia yang cantik ini, kita jadi hiasannya.
Seindah-indah hiasan itu adalah wanita solehah.
Betapa ruginya kita sekiranya ditolak menjadi seindah-indah perhiasan dunia bukan?

Wednesday, October 19, 2011

main WORD..ade gak faedah

October 19, 2011 4 Comments
Sape yang suke main game ni...aku kalu boring memang suke le test mate ngan mencari word2 yg 'bersepah' tu..dulu kat paper rajin dok godek game ni..sekarang ni main online je kt google chrome..Tu pun if ade mase and mood nak main game..sambil rehat kejap dari wt keje,sambil tu take time search word tu..sonang ja ha..

Ade gak faedahnye main game2 sebegini:
*meransang otak
*melatih mata..kasi tajam..aku ni rabun tapi still leh carik..
*menguji kesabaran..tak sabar mesti give up..so bwk bertenang
*menambahkan pengetahuan
*ransangan pd otak baby dlm kandungan
lagi ape..korang  main dan tahule pe lebih kurangnya

Selain tu silangkata pun best gak..mencabar otak main bende ni..

Scrabbel pun best..

Piala Malaysia: Terengganu, Negeri Sembilan menang, selesa ke final

October 19, 2011 4 Comments

Terengganu dan Negeri Sembilan menang selesa ke atas lawan masing-masing dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia malam tadi.
Pasukan Terengganu mengatasi Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam manakala Negeri Sembilan pula menewaskan pasukan T-Team 4-2 di Stadium Sultan Ismail, Kuala Terengganu.
Pusingan kedua akan berlangsung Sabtu ini (22 Oktober 2011)

Friday, October 14, 2011

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis

October 14, 2011 0 Comments
Satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).

permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.

Kakitangan awam wajib guna Bahasa Melayu..Begitu juga Pemimpin

October 14, 2011 0 Comments
 Semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar — langkah yang pernah digunakan kira-kira tiga dekad lalu — bagi memantapkan peranan Bahasa Melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kabinet bersetuju dengan keputusan itu.
“Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, pekeliling perkhidmatan berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.
Muhyiddin mengumumkan perkara itu pada majlis sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan 2011 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dekat Durian Tunggal semalam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memainkan peranan penting memperkasakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan syarikat.
“GLC sewajarnya mempelopori usaha menyokong agenda nasional untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam bidang berkaitan perbankan, kewangan, perdagangan, perniagaan, pembuatan dan lain-lain perkhidmatan,” katanya.
Katanya, Malaysia wajar mencontohi sikap beberapa negara maju dan sedang berkembang maju yang tidak meminggirkan bahasa kebangsaan masing-masing, meskipun masih mementingkan penguasaan bahasa Inggeris.
Malah, katanya, daripada lapan ekonomi gergasi dunia iaitu negara G7, dan China, hanya tiga negara iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada yang rakyatnya berbahasa Inggeris. Rakyat Kanada juga sebahagiannya berbahasa Perancis manakala di United Kingdom sebahagian rakyatnya berbahasa Welsh, Scottish dan Irish.
“Di Brazil, Russia, India dan China (BRIC) iaitu negara yang berada pada tahap kemajuan ekonomi paling rancak, hanya India tidak mengekalkan bahasa sendiri. Kebanyakan negara Nordik yang maju, juga mengekalkan bahasa masing-masing.
“Daripada empat negara Ekonomi Perindustrian Baru Asia Timur, hanya Singapura tidak mengekalkan bahasa ibunda. Jika kita teliti perkembangan negara-negara berkenaan, kita dapati bahasa Inggeris adalah bahasa penting tetapi bukanlah satu-satunya bahasa yang menjamin kemajuan.
“China tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikannya semata-mata kerana mahu meraih laba globalisasi. Mereka menyanjungi bahasa kebangsaan mereka dan menghormati bahasa kebangsaan negara lain,” katany

Wednesday, October 12, 2011

Mencari Idea Untuk Deko Rumah

October 12, 2011 2 Comments
Baiti Jannati..rumahku syurgaku..sesuai le dengan namaku dan impian aku ke arah itu..bukan sekadar mencantikkan rumah tetapi isi rumah tu le keseluruhannya fizikal, dan rohani..dunia dan akhirat..

Aku memang berminat dengan hiasan dalaman..suke melihat deko yang cantik2..cume takde idea n ongkos lebih je untuk realisasikan impian tu..wat sikit-sikit la,ikut kemampuan..Sekarang ni aku nak tumpu kat bilik tidur dulu..ngah cari konsep untuk master bedroom and bilik tamu.

Tadi aku ade tengok pic untuk hiasan wall..poster wall clock..hmmm.boleh tahan jugak dan berminat nak beli...tapi kene fikirkan kan dulu konsep and nak letak bende tu kat mane..
yang ni aku rase cam nak letak kt ruang makan..dinding ruang makan rumah aku warne merah..kat area tu le pun aku letak jam dinidng..leh tak tukar ngan pic ni..hhee?
ke yang ni..ok tak..or letak kat bilik tidur/ruang tamu...rabun mato arhhh


If korang nak tengok lagi and berminat nak beli ke pe leh refer blog ni POSTERWALLCLOCK..aku bukan tolong promosi ye..tak kenalpun pemilik blog tu..ni pun terjumpe mase kat forum TKO..kot just nak cuci mate..lain2 leh survey lagi kt google ek

Wedding Insp.Faznur & Fatin

October 12, 2011 1 Comments
Sabtu lepas berkesempatan gi kenduri kahwin rumah pak cik aku kat Shah Alam..majlis perkahwinan putera bongsunya Inspektor Faznur dan Fateen..Diadakan pada waktu siang di rumah beliau sendiri khas untuk saudara mara dan kenalan..Malamnya pulak diadakan resepsi dinner kat Concorde Hotel just untuk tetamu kenamaan..Majlis sebelah perempuan dah selesai bulan lalu yang turut dihadiri oleh Raja Muda Perak (feveret aku ni..dah tua hensem lagi)
Bapak pengantin Datuk Fauzi Shaari..bekas Pengarah JSJ Bukit Aman..Anak dia pun ikut jejak langkah masuk polis..aku ni  ade gak impian nak jadi polis tapi tak kecapaian..apepun bangge dengan darah polis pakcik2 aku ni..atok aku pun pernah jadi polis sementara masa zaman darurat dulu..
 
 Majlis penuh dengan istiadat kepolisan
 Pengantin nak gi makan dah..hati2 gaun tu..kang terjelopok lak
Pengantin duduk dulu yerk 
 lambatnye nak makan..

 Acara potong kek
Kek oren..not my feveret lah...cam aq lak nk makan..

Monday, October 10, 2011

Persaraan dilanjutkan ke usia 60 tahun, wajar atau tidak?

October 10, 2011 8 Comments
Persaraan dilanjutkan ke usia 60 tahun, wajar atau tidak?:
Umum dah tahu rasanya tentang pembentangan belanjawan 2012 yang telah dibentangkan Jumaat lepas di mana umur persaraan bagi penjawat awam dilanjutkan dari 58 tahun ke 60 tahun. Macam-macam reaksi berbeza dari pelbagai sudut dan pendapat. Ada yang setuju dan ada juga yang tak setuju. Yelahkan.....keputusan ni sebenarnya ada pro dan kontra disebaliknya. 

Kalau kita tengok dari segi pro, idea dan pengalaman orang lama ni masih boleh digunakan. Sebagai contohnya, mantan PM kita, Dr Mahadhir....sampai sekarang idea dan pemikiran serta pengalaman dia masih diperlukan. Tapi berapa kerat sangatlah yang boleh sampai ke tahap tu kan....Bila umur dah lanjut mulalah produktiviti dah jatuh. 

Selain daripada tu, kesan perlanjutan persaraan ini boleh juga membantu mana-mana kakitangan awam yang membuat pinjaman perumahan dan sebagainya untuk melangsaikan hutang2 sebelum bersara. Bila dah bersara berapa banyak sangatlah yang dapat berbanding gaji bulan2 yang diterima. Itu mungkin kita boleh lihat dari sudut baiklah kan.... 

Dari segi kontranya pula, bila umur kita dah mencecah 45 tahun dan ke atas, minat untuk bekerja tu dah tak ada. Motivasi dah kurang. Dalam fikiran mereka ni, tak yah keje teruk2 pun cukup bulan dapat gaji. Kalau tak de motivasi je nak bekerja tak apa jugak, ini nak terima pendapat orang muda pun tak nak....So macmamana tu?...

Tapi tak semua lah..ada juga yang semakin tua semakin bersemangat nak kerja...huhuhu....siap nak sambung kontrak kerja lagi. Itu belum ditambah lagi dengan faktor kesihatan. Tak semua orang akan dapat kesihatan yang baik di usia tua. Ada yang tidak bernasib baik, bila dah tua2 ni mulalah dapat penyakit 3 serangkai. Silap2 asik MC memanjang.... 

Kontra yang lain ialah, bab-bab kenaikan pangkat. Kalau agensi tu memang ada menyediakan peluang kenaikan yang banyak mungkin tak ada masalah. Tapi kalau untuk satu agensi tu, dalam keadaan si A terpaksa tunggu si B pencen baru di A naik pangkat, ini dah menutup peluang A untuk naik pangkat. Dan kadang-kadang tu bab-bab kenaikan pangkat ni memang menjadi rebutan...huhuhu.......so....dengan erti kata lain, mengurangkan peluang golongan muda untuk naik pangkat. 


Setuju atau tidak, bila umur persaraan ni dilanjutkan kemungkinan besar makin banyaklah graduan yang menganggur sebab diberi alsan tiada pengalaman....huhuhu..macammana nak ada pengalaman kalau tak diberi peluang kan...... Sebenarnya, keputusan ni tetap ada pro n kontra. Mungkin kakitangan awam ni boleh diberi pilihan untuk memilih tempoh persaraan. Kalau kita memang memerlukan idea dan pengalaman orang lama ni, boleh diberikan kerja tersebut secara kontrak....Apa2 pun selamat bekerja kepada semua terutama kepada penjawta awam yang telah dinaikkan gaji dan men dapat bonus sebulan gaji... Sumber: lepak.com.my

p/s aku suke ngan kartun tu...terbayang camner ye if betul gitu jadiknya