Posts

Showing posts from September, 2011

Gaji satu lapis sektor awam diwujud semula, naik hingga 40 peratus

Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus. Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”. Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek). “Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada   The Malaysian Insider . Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu. Minggu lalu, 

Bersediakah Aku Tanpamu

Image
Kini kau bersayap pergilah terbang..kejarlah langit cita-citamu..pasti nanti kita kan bertemu

Novel Bicara Hati bakal didramakan

Image
Sape pernah bace novel ni?pada peminat novel mesti ade yang pernah dah bace kan..aku pun dah bace novel ni..so far memang best lah cerita dia..cam biasa konflik percintaan..perkahwinan bukan  atas dasar cinta dan kahwin kontrak..namun cinta terpaut akhirnya..Begitulah ringkas ceritanya yer.. Khabarnya novel ni pun akan diadaptasikan ke drama..wah..makin banyak novel2 yang direalitikan ke layar tv..kalau melalui bacaan kita just membayangkan watak2 yang ada..tapi sekarang leh tengok how watak2 tu dimainkan dalam sebuah cerita..Novel karya Damya Hanna ni bakal diarahkan pula oleh Osman Ali..dilakonkan kembali oleh Sharnaaz Ahmad dan Kris Chempaka....masing-masing pegang watak Tengku Syahran dan Zahlia..first aku tengok muke Sharnaaz ni kat cerita Kasih Alia la..cam muke budak comel je..hehhhe..pompuan tu not sure..Apepun aku harap dorang berjaya bawa watak tu dengan jayanya cam citer adaptasi novel lain spt Nora Elena, Trilogi Cinta dll.

kenderaan letrik untuk ofis gomen

Image
Proton dengan murah hatinya telah menyerahakan kenderaan elektrik (EV) kepada Kerajaan..ni untuk testing la dan dijangka dorang nak kuarkan kereta ni untuk public may be pada tahun 2013. ni tempat parking khas untuk EV je tau..jgn nak mandai park kete biasa kt sini erk..nampak tu chager nya Terdapat 3 kereta Saga EV dan 5 Exora REEV akan digunakan oleh JPM dan 4 kementerian lain termasuk le ofis aku..Kem.Kewangan..aku dah pernah tengok kereta tu tersadai kat parking EV untuk di charger..saga b'plate EV 1 dan Exora REEV 1..sesambil dok tunggu husband datang jemput,usha2 gak le park ni.. Jika ok penggunaannya, kemungkinan akan banyak lagi kenderaan ni akan dikeluarkan untuk kegunaan Jabatan2 pada masa akan datang..kadang tefikir gak, mesti banyak kos nye..Harga dengar nya dalam RM70k & RM100k..lebih tinggi dari harge kenderaan proton yang biasa..Dalam tempoh percubaan ni le kite leh tengok camner prestasi kereta ni..berbaloi ke dari segi teknikal dan penggunaan tenag

Hati2 ketika di stesyen minyak mahupun di mana2

Image
Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Ate

mula dah sesak

Image
Pagi yang redup ini...sekali lagi Putrajaya dihujani dengan kenderaan yang mungkin kebanyakkan dari luar kawasan yang hadir untuk satu karnival iaitu Karnival Usahawan desa (KUD)..lihatlah deretan kenderaan disebelah lorong menghala ke Tapak Karnival..ni gambar diambil dari dalam ofis aku yerk...pergh nasib jem tadi tak melalui waktu aku gi keje tadi.. Karnival Usahawan Desa (KUD)  diadakan pada 21-25 September 2011 bertempat di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak..hari ni le ye..tu sebab ramai bebenor yang 'menghadirkan' diri pagi ni. Pelbagai acara akan diadakan disamping memperkenal industri usahawan kecil ke peringkat yang lebih tinggi..seramai 500 usahawan menyertai acara ini dengan pelbagai kategori seperti produk makanan,kraftangan,perkhidmatan dan herba. Antara acara yang diadakan persembahan permainan tradisonal seperti wau,gasing dll.turut diadakan persembahan kebuday

Nak Hilangkan Stress..??

Image
Minggu lepas berpeluang mengikuti kursus anjuran ofis aku..tapi bengkel dikendalikan oleh Perunding motivasi dari Akademi Integrasi Moden, Tn Hj.Abd Rahim (bekas Pengarah Pendidikan Melaka).. Aku malas nak cerita banyak tentang kursus tu..Insya'allah ade masa aku akan share info yang aku dapat..so far aku dapat sesuatu yang akan aku usaha untuk atasinya..apa pun semuanya bergantung kepada diri kita..orang sekeliling juga antara faktor yang akan mempengaruhi diri kita..sokongan dan 'kefahaman' mereka adalah sangat diperlukan.. Cuci mate dulu untuk hilangkan stress..(eh aku hari ni semangat je nak keje..mals nak fikir masalah..just stress sebab kepenatan berjalan2...lepas lik Lumut terus ke Kuantan pulak..3hari kat sane..malam tadi baru sampai Putrajaya..penat!  Peserta2 kursus dari bahagian aku..sorang lagi tu bahagian lain..kami serumah... Pemandangan yang dapat dilihat dari apartment kitorang..taman air sesuai untuk family vacation..tempatnya Marina Cove Re