Saturday, April 30, 2011

Lidah Mak Mentua

April 30, 2011 0 Comments
Whoaa..ape kes pulak ni..perang mulut ke....ish..jangan gaduh2..reileks beb..Meh tengok dulu..Ni bukan ape..ini citer pasal pokok yang ade kt umah aku ni le..malam tadi husband bawa lik pokok lagi...orkid ngan ape tah namenye..hah tengah dok cari idea mane nak letak..so google le utk cr idea menghias pokok ni kan
ni pokok2 yg husband bawa lik semalam
Kat umah aku ni banyak pokok lidah mak mentua ni je..hahah..sebab senang jaga..letak kt mane je pun ok..Kat bawah ni aku nk share sikit bout pokok ni...
pokok lidah mak mentua..cantik dihias dengan bebola jelly ni..atau pun ditanam dalam tanah..yang ni aku wat hiasan kat ruanga tamu..yang dok dalam pasu (tanah) aku letak dekat ngan dapur..
Keunikan pokok Sansevieria sudah diketahui ramai dan pokok yang mudah hidup ini bukan hanya sesuai menghiasi laman tetapi cantik sebagai tumbuhan hiasan dalaman kediaman atau pejabat. Terdapat beberapa idea dan gaya pameran pokok yang mudah ditanam dan dijaga ini seperti berikut:

1) Pokok ini sesuai ditanam di tanah untuk hiasan laman atau taman di kediaman anda.

2) Ia juga boleh ditanam dan dipamerkan dalam pelbagai jenis pasu dan bekas pameran.

3) Namun yang lebih menarik mengenai tanaman hiasan ini ialah ia boleh dijadikan salah satu pokok dalam gubahan pokok hidup sebagai pokok tinggi yang tumbuh menegak untuk dijadikan latar belakang gubahan berkenaan dan juga pokok rendah untuk ditanam di hadapan gubahan.

4) Malah, daunnya yang cantik itu juga sering dijadikan bahan dalam gubahan bunga hidup.

Untuk hiasan di pejabat atau ruang dalaman kediaman adalah dicadangkan anda menanamnya secara solo atau dicampur dan digubah dengan pokok lain pelbagai bentuk dan warna daunnya.

Tip:


  • Siram gubahan untuk mengekalkan kesuburannya dan letak di tempat pameran yang dikehendaki.

  • Jika dipamerkan di dalam kediaman dedahkan kepada cahaya matahari terlindung seminggu sekali untuk  pertumbuhan yang lebih subur.

  • Berikan baja organik seperti najis ayam bagi menggalakkan pokok tumbuh subur.

  • Potong dedaun atau ranting mati untuk kelihatan lebih kemas.

  • Tukar pokok kepada yang baru jika pokok didapati kurang subur dan tidak lagi menarik.
  • Thursday, April 28, 2011

    Makan yang tak kene

    April 28, 2011 1 Comments
    Makan lagi...korang dah lunch ke..?
     Laksa..makanan kegemaran aku..pantang nampak ni...huh mesti nak gak..smlm lunch aku amik laksa je..tapi kan tak bape sedap..kureng siikit kuah nya..dah tu masin..tapi aq habiskn gak..isinya la..kuah cam biase aq buang je..
    Ni makanan utk lunch tadi..simple je..jaga pemakanan..cett..padahal aq blur nak mik lauk pe td..ternampak sup dalam kuali kawah tu..cam best je..sup campurran fishball,tauhu jepun ngan su'un..then mik ikan sekerat tu..kene RM5..huh..ikn kcik je..sup tu suun je lbih..xkn mhl gitu..redha je le..

    p/s: nak mkn ABC..mane best?

    Wednesday, April 27, 2011

    Bihun sup RM1

    April 27, 2011 8 Comments
    Cuti lik kampung 2 minggu lepas..aku sempat terjah kedai bihun sup ni..memang harge dia RM1 je sepinggan..makanan lain pun ade..tapi kitorang pilih bihun sup sebab nak tau sejauh mane sedapnye..Kedai ni pernah dikunjungi oleh Serina utk rakaman JALAN2 CARI MAKAN
     Kedai ni terletak dekat Kamunting..dekat ngan stesen bas Kamunting,Taiping,Perak dan bersebelahan Petronas..tepi jalan je..tak susah nak cari asal dapat tau kat ner stesen bas okle..
    Cerita tentang bihun ni..pada aku boleh tahan la rasa dia..sedap..bahan dia pun tak le banyak mane, cukup le dengan daging daun sup sekian..warna bihun dia kuning..cer tengok gambor tu..pe yg penting rasanya..actually sepinggan tak cukup utk aku..so aq oder lg yg len..hat aku anak aku mik..dia xmo share..huh..xpe nasib le rege dia murah leh amik 10 pinggan ni..hehheh...

    Kat situ juga aku tertarik ngan satay yang dijual cume 15 sen je..tapi tak beli le..banyak sangat nak makan hah..peh tu nak gi pasar malam lagi..bedal segala mende..makan je kau!badan tak nek gak..ish..ish..sian!

    Hujan ribut

    April 27, 2011 2 Comments
    Pagi tadi hujan dalam kul 5 pagi gitu hingga le 8 lebih..gi ofis tadi nasib sempat punch card..lagi 3 minit je 8.30..selamat..xde mood nak keje kan kalu dh cuace pun redup2 gitu..Nasib le hujan pagi tadi tak selebat petang Ahad baru ni..humang aih..bile tengok kat luar..pokok2 meliuk lintuk di palu angin ribut si hujan..ade jugak yang blok kuarters nye atap terbang..ek deyna?ish..ish..
     
    Hujan yang cam ribut..time tu aku pun dah takut gak..anak2 yang sedang enak tido langsung bangun disebabkan bunyi guruh berdentum
    Pokok yang patah..nasib tak kene kereta orang yang parking kat situ dan tak kene bilik aku..Tu le bahaye gak parking dekat ngan pokok ni..jangan fikir nak redup je..time ujan bahaye gak

    Tuesday, April 26, 2011

    Asyik ngadap ni je

    April 26, 2011 7 Comments
    Haloha..cam lame je tak bercerita kat blog ni..nak wat guane.. kamek gik gago lah sekrg..erk..pekebende yang kitak merepek ni..holaha..sy sibuk lah skrg ni..hahah..pandai tak kamek..hehhe..SINGKOL..alamak ape dah jadi..kitak ni kelakar Sarawak pulak..ape kah disebabkan bende di bawah ni??
    Ha ni dia..Sarawak mari sitok..thanks to my frenz ZUE..krn sanggup menerbangkan ikan terubuk ni ke sini..minggu ni aku masak ala2 kampung je..makan ikan masin and ulam2an..perhhh sedap smapi menambah 3kali..terror x aku mkn..Ikan masin tu rendam le dulu ye..kang terlebih masin naik lk darah tu ha
    Ulaman yang aku beli kat pasar borong Selangor..timun,kacang kelisa(botol) dan pucuk(err...pssst, pename dia ye..lupe.tau mkn je)..sambalnye tempoyak dan cencaluk utk suami (dia tak mkn tempoyak)
    Ni ikan kedera (cam tu le bunyi nye)..import dr kampung husband di bt.kurau..
    Actually xdele hari2 ngadap ikan masin je kan..selang2 le..ish..kang tak pasal leh kene darah tinggi..tak kenaye tu..kwl pemakanan..rajin2 mkn ulam..x semestinya nak awet mude je..banyak khasiat dia tau..nanti i citer lagi ye ttg khasiat ulam ye

    Monday, April 25, 2011

    ELAK KENE RAGUT

    April 25, 2011 1 Comments

    Di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:
    • Penjenayah ini sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
    • Lazimnya penjenayah ini menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.
    Bagaimana ia boleh berlaku:
    • Memakai barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
    • Membawa beg tangan dengan cara yang memudahkan peragut meragut.
    • Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat sibuk dan sesak.
    • Meninggalkan beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk untuk membeli-belah.
    • Menyimpan beg duit di kocek belakang yang tidak berbutang.
    Langkah-langkah keselamatan dari ragut:
    • Sentiasa membawa wang secara minima, guna kad debit dan lain-lain.
    • Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
    • Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
    • Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
    • Ketika berjalan di atas jalanraya atau lain-lain, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
    • Elakkan dari memakai dan mendedahkan barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
    • Elak dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
    • Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan atau membeli dan tahu penggunaan 'pepper spray'. 
    KREDIT-GAMBAR GOOGLE & PORTAL MK

    Thursday, April 21, 2011

    Sembab, sebu,sengal,senget, senggoti

    April 21, 2011 6 Comments
    ha 5s lagi tu..tapi bukan yg nak audit2nye cite..hari ni baru sekarang le aku update entri..pagi tadi aku sangat malas nak update..fokus kat kerja (mandai je)..

    Actually aku sekarang ngah rasa cam2.. mengantuk.. sebu..lemau.. pening..mual..lenguh.. segala bende ade, secukup rasa..Rasa cam nak balik tido ja..

    Apakah sebenarnya?erk..jangan nak kate aku pregnant ke pe...sy belum bersedia wat masa ni walaupun keinginan tu ade..kot ye pun tunggu le aku gi jenjalan dulu this year..
    forget it wt mase ni..

    Tapi aku rasa mungkin sebab serangan gastrik..balik keje semalam tetibe kene attack..cam menggerudi ja isi perut hati aku ni..so far ok sikit le bile dah disapu minyak..tq 2 my husband..But hari ni aku masih rase lagi simpton2 tu..tu sebab aku sangat letih..kurang selera makan sikit..bosan!

    Wednesday, April 20, 2011

    Jangan Kacau Laaaa!

    April 20, 2011 3 Comments
    Tak datang xleh ke..x buat pun xleh ke..kalu xtank boley tak..??
    Bosan lah wat bende ni..
    Ko yang dapat name..Beajt bape banyak dah
    kite yg penat tungkus lumus wt bende ni sume..bosan da
    Ee..xpasal2 je..terajin suda..sebab ko le..nak sangat sijil tu
    Ari ni bz..fail menggunung pepagi tadi..argh..banyak bende nak buat..$%%$*^(
    5S lagi..hey jangan kacccccaaaaaaaaaaauuuuu la!(versi uncle muthu upin dan ipin)



    Tuesday, April 19, 2011

    Durian Batu Kurau

    April 19, 2011 12 Comments
    Batu Kurau yang terletak di Taiping amat terkenal dengan keenakan duriannya..aku rasa hasil durian kat sini memang tiada tandingannya..hahah..bukan nak puji tapi realiti..tu sebab media (tv3) baru ni ade wat liputan tentang durian ni..xcaye cer tengok majalh 3 dan 360 kat tonton.. :)
    My husband membantu ayahanda nye mengeluarkan doroyan yg baru amik dari bukit..banyak tu..penuh seraga..nak nek bukit kene gune motor lasak sikit.."scram"..hasil durain dijual..masyuk dol
    Anak aku yang sorang ni leh tahan gak..antu durian..si abangnye tak pulak..siap tutup mulut and hidung xmo bau..huh cerewet
    Isinya yang kuning..lemak manis berkrim..huh tu yang famous de amos la
    Hasil durian yang aku angkut bawak lik Putrajaya..banyak yang oder..tu pun dah bis ade lg orang dok tanya..haiya kene balik lagi kot..huh nak je aku rase bukak stall durian kat sini..hahah..mesti masyuk kan..tu  sebahagian je aku snap..

    Blog padam..sila tukar e-mel lain ke gmail!

    April 19, 2011 3 Comments
    Ini adalh info yg sy dpt dr blog MYUNGDAE..korang leh jenguk lanjut ttg ni kat blog dia..

    Fakta tentang Blogspot : Dahulunya Blogspot ini merupakan antara perkhimatan pertama yang dibeli oleh Google. Tapi sehingga kini blogspot masih boleh diakses menggunakan email perkhidmatan yang mereka gunakan dahulu sebagai contoh; email yahoo.com. Namun, kini Google telah hampir menamatkan akses bagi perkhidmatan email lain untuk log in ke Blogspot. 

    Blog akan dipadam : Pihak Google akan memadam Blogspot yang didaftar selain daripada gmail selepas 25 Jun 2011. Jadi, bagi mereka yang masih menggunakan email yang lama, anda perlu bertukar ke akaun Google atau akaun anda akan dipadam bersama-sama blog yang telah didaftarkan. Google kini memberikan penekanan serius untuk mendaftar menggunakan akaun Google selepas 8 tahun memberikan perkhidmatan sokongan akaun lain. Amaran berbentuk begini juga telah diberikan bagi pengguna Youtube.

    HAH!! Terkejot korang dengar berita tentang ni. Mesti terpingga2 nak percaya ke tak. Aku pon berkongsi dari seorang rakan blogger jugak. Macam percaya macam tak percaya. Tapi macam ade betolnye jugak. Jadi untuk langkah berjaga2 aku pon dah tukar ke google email iaitu Gmail.. Aku tau mesti ramai yang tak tahu macam mane nak tukar kan.. Senang jerrr..

    PENAMBAHAN !!!!!

    Mesej ni sebenarnya untuk mereka2 yang tidak log in account blogger die sejak 2007. Bagi blogger baru blog anda tidak akan terjejas. Akan tetapi, buatlah untuk memudahkan kerja diorang sebab mungkin akan didelete juga mane tau. Saya aku dah baca semua masalah yang dihadapi oleh blogger luar negara. Ada yang dah tukar pon akan mengalamai bende yang sama juga. Macam aku sekejap je dah boleh tukar. Korang kene ikot step yang aku ajar betol2. Jangan hilang walau satu langkah pon. 

    Nak tau cam ner nak wat gi blog dia ok!thanks for sharing ya

    Monday, April 18, 2011

    Terbaik dari kampung

    April 18, 2011 5 Comments
    Selama 3 hari 2 malam aku di rumah husband kat Batu Kurau, Taiping..ni le kejenye...pulak tengah dok musim buah..memang seronok le..makan..makan dan makan ja..
     Lata Semepeneh..airnya sejuk gilerrr..dikelilingi bukit bukau..pemandangan kampung..tenang je disini
     langsat yang manis ranum..woow..sori ye..tak dapat nak bagi..habis da makan
    Panjat pokok langsat..bukan aku..my husband tukang panjat..aku cume kutip je buah yang jatuh..humang aih..nyamuk kemain banyak
     Asam keping...mak mentua yang rajin buat sendiri je..potong buah gelugor dan jemur kering

    PERGINYA DIA

    April 18, 2011 1 Comments
    Aku baru je dapat tau berita ni masa kat kampung..and juge via facebook pak sedare..takziah kpd tok menakan aku..diatas kepemergian tok Cu Nazira ke Ramatullah yang telah menghembuskan nafas terakhir beliau di Hospital Ipoh pada jam 6.45 pagi. Dan jenazah telah di bawa pulang ke Pusat Pendidikan Al- Barakah, Manjoi. Jenazah juga  di bawa pulang  disemadikan di Tanah Perkuburan Changkat Semambu, Bt.Kurau..

    gambar dari..blog ADUN bt.kurau

    semoga roh tok cu dicucuri olehNya..AlFatihah

    Pagi Yang Sengal

    April 18, 2011 8 Comments
    Monday Blue..sebab hujan gerimis mengundang..mengantuk..semalam dekat kul 1 pagi baru sampai Putrajaya dari Taiping..mengantuk wes..kan terbabas bangun tadi..nasib tak lewat punch..

    Apepun aku must check my blog..banyak komen lum publish tadi..tak sempat nak balas..Insya'allah aku akan balas and jenguk korang lik..Thanks pada yang sudi datang sini :)

    Keje cam malas ja..terelbih makan doroyan kot..xmakan rugi..nanti aku jamu korang ngan doroyan Batu Kurau yang lemak manis lagi berkrim disukai ramai..popular tu! .nant2i ek..

    Friday, April 15, 2011

    Bile penjenayah masuk rumah

    April 15, 2011 5 Comments
    Tak bis lagi cite jenayah..actually dulu aku minat nak jadi polis/penyiasat..suke bace buku penyiasatan Enid Blyton..tapi hasrat tak kesampaian..penakut ade hati nak jadi polis konon..Ok ni kesinambungan dari hasil celoteh ari tu

    Cer bayangkan masa tu kat rumah seorang diri mahupun hanya ditemani anak2..tetibe tanpa disedari rumah kene pecah..penjenayah dah ade depan kita..pe nak buat masa tu..kite kaum hawa ni mesti panik kan.. takut la watnye di apa2kan kite..huh..

    camne nak elak serangan
    • sebolehnya cuba JERIT..mase tu mmg tak tenang dah kan..suare pun dah tak keluar..

    • cuba tumbuk..jika penjenayah pegang bahu, tangan jangan cube halang cam ala2 takut dok pegang butang baju..make sure tangan korang bebas utk bg peluang kite cube lawan musuh tu..kalu dapat gigit je tengkok dia tu sekuat hati..sampei putus urat leher..hhehe
    gambar:amik peluang utk cube tumbuk ke..kasi patuk ke..gigit je dia..Dr.Kamal kate gigit je tengkok dia tu...kalu boleh la..nak slmtkn terpakse le
    • tendang tempat paling sulit atau cer pukul (tolak dengan tangan) sekuat hati kat tengkok/muke dia
    gambor hiasan:kasi kick je same dia

    Camner lak dorang leh masuk?
    Ha ni gambar hiasan je ye..dorang leh gune any card utk buke pintu atau tingkap..senang je aku tengok Dr.Kamal wat demo tentang ni..just selitkan card antara celah tingkap (dari luar) utk mudahkan tolakan..
    gambar-jgn pasang engsel pintu hala ke luar lak..lg sng je dorang cabut buke..
    taruk grill same kat pintu..taruk mangge..

    jage2 le..make sure sume tingkap dan pintu dikunci betul2 dan letakkan penghalang supaya dorang xleh ceroboh..letak le grill and mangga tebal/besar ke kat situ..
    gambar-letak le penghalang cam paku/bnde panjang yg leh halang bende tu(xtahu panggil pe..tgk anak pnh) dr sng dibuke

    "kita harus berwaspada dalam setiap gerak-geri kita, dan berfikir bahawa kita mungkin mangsa seterusnya kepada sebarang kejadian jenayah"

    Thursday, April 14, 2011

    Jom luch..i belanje

    April 14, 2011 5 Comments
    Menu ari ni ikan cencaru bakor ngan ulam (bendi,kacang botol,ulam raja dan timun) je..kampung sikit..almaklum le nak lik kampong deh..sume tu RM7 termasuk milo ice..sape nak bayor ni..aku jugak le tu..aduh xpe moh aku belanje kome same..tengok je le ye..lapa ni..!

    Moga dirahmati selalu

    April 14, 2011 3 Comments
    Hari ni 14 April, genap lah usia my mom yang ke-62 tahun..usia dah banyak but still maintain..nampak muda je cume rambut je dah putih ckit..hehhe..

    Insya'allah mlm ni aku akan pulang ke kampung..singgah umah mak ayah i kat Sungkai..sok pagi baru lik rumah mertua..almaklum le dah dekat 4 bulan tak lik sane..so tu yang mik pelaung cuti ni lik ke sane..walaupun mak mertua tiada kerana kini berada di Acheh..wah..bestnye jenjalan

    Untuk my mom..aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan buat dirinya..moga dirahmati selalu dunia dan akhirat..Hadiah tak beli lagi..uhukk..tapi dah plan nak kasi handbag and kasut lagi..leh le mak gune melaram nak gi Sarawak bulan depan..wah paka tjalan belaka mak2 kita ni bang oi..jeles..!

    Tuesday, April 12, 2011

    6 tahun kat gomen

    April 12, 2011 12 Comments
    Hari ni dalam sejarah...sejarah pe? termaktub dalam buku servis bahawasanya pada 12 April bermulanya aku sebagai penjawat awam..

    First time aku jejak kaki ke Putrajaya(dok usha jalan nak gi daftar), bangunan MOF lah yang aku agak kagum masa tu..tak disangka bangunan ni le penempatan utk aku bertugas..tapi sekarang tak rase pe dah..hahah..biase2 je..
    Sejak hari pertama hingga kini..TREASURY  lah tempat aku jatuh bangun..cewah..cam mencabar je ye dok sini ..5 tahun aku dok wat keje yg sama kat unit Khidmat Pengangkutan & Komunikasi..kat unit ni le cam2 aku dapat and belajar..pendek kate verstaile le dok sini..leh jadi PTD,EO,PT,PAR..hahhah untung ye dok sini..sume bende ken belajar wat tau..tak caye tanya cik MUCUX

    Sekarang aku dah berada di unit baru..Pentadbiran..yang ni bagi pengalaman dan pengetahuan baru wt aku..walaupun banyak jugak tugasan (alah bisa tegal biasa) tapi demi sebuah pengalamn kene jugak telan segala pahit maung nya..so, bila dah terbiase takde le ralat kalau nak transfer ke mane2 kan..

     Dalam dok sayang lagi kat jabatan ni..aku masih dok intai peluang keje kat negeri kelahiran aku..PERAK..pernah ade peluang utk aku..tapi terpaksa tolak..agaknye kene get ready betul2 kot baru leh transfer..banyak lagi yg aku perlu pelajari..

    Treasury..banyak nye khazanah kat sini..!

    Monday, April 11, 2011

    Bila Pakar Jenayah Berceloteh

    April 11, 2011 0 Comments

    Minggu lepas aku berkesempatan gi ceramah Keselamatan Isi Rumah oleh Dr Kamal Afendi Hashim..sorang Penganalisis Jenayah..memang seronok dengar dia berceramah..sampai je dia ke dewan terus bagi salam sambil wat tangan cam Usop Wilcha..haduh bahana sungguh! gamat sebentar dewan dengan telatah dia..

    Bekas wartawan dan jurugambar ni memang kelakar orangnya disebalik keseriusan sbg penganalisis jenayah..ade bakat tiru gaya orang lain..antara yang dia wat..tiru suara Wan Kamarudin (edisi siasat ntv7) kalau jadi hos masakan dan gaya Chef Wan kalau jadi hos Edisi Siasat...haha serius kelakor..pndai gak ajuk suara menteri..

    Dalam gaya penyampaian yang bersahaja namun tersirat maksud disebaliknya..sebagai seorang pakar jenayah..aku rasa dia banyak bermain ngan psikologi..tak hairan le ramai yang terkene bila dia just duga..Apa yang aku faham, kita jangan mudah bagi peluang kpd musuh..3 perkara yang menghidupkan JENAYAH..

           <>Penjenayah

    <>Mangsa

    <>Peluang

    Ok, nanti aku share sikit2 tentang ape yang aku dapat masa ceramah tu..sambung ya

    Thursday, April 07, 2011

    Yang bestnye gi ceramah..

    April 07, 2011 2 Comments
    Dalam bosan sejam pertama..yang bestnye ade gak..haha..ni dia..dapat cenderahati..
    • ade majalah anjung seri--leh mik idea nak deko rumah
    • sajian (jelita) ---wah lik ni kene belek..nak masak pe ye
    • madam chair (MC)--empowering woman..tak pernah bace dan tau pun ttg majalah ni..kalu rajin aku bace le..hehhe
    • ade gak ubat gigi darlie..beg dari takaful (xyah le mik gambor..biase je)
    dan yang the best lagi...segmen ke-2 ceramah..penyampai yang cukup kelakar..buat aku segar bugar kembali dari bosan..nanti part len aku cerita

    Bila dengar ceramah yang membosankan

    April 07, 2011 6 Comments
    • ada yang dok tot..tet...tot..tet..main mesej..godek telefon

    • sembang ngan kawan sebelah

    • jadi pelukis..gambar penceramah ke pe ntah

    • penulis..tetibe idea datang time tu..yg kat depan dok cakap langsung tak hengat

    • ade yang dah selamat ke alam dia..tido..zzzzzzzz..nasib tak dengkur..tak senonoh

    • ade yang khusyuk dengor (yeke..entah2 mate je kat depan fikiran kat belakang)

    • yang sure fokus..hok ni memang bagus la..

    • yang tak keruan bile xdapat nak connect wifi..nak tengok internet..nak chatting.nak update blog...huaaaaa sangat bosan

    Kembali bersiaran

    April 07, 2011 0 Comments
    Setelah pagi tadi tak update..kini kembali bernyawa blog ni..

    Pagi tadi gi ceramah kempen kesedaran keselamatan rumah dan isi rumah kat bhgn.pinjaman perumahan

    Penceramah dia pastinya Penganalisis Jenayah popular..Dr Kamal Afandi Hashim

    Aku sampai awal beb kat BPP tu..sebab tak pernah masuk dlm bahagian tu..tu yg aku mai awal..mencari tempat ceramah..semangat tul..org first sampai..hahha..

    Bosan je..ceramah mula dengan kata2 aluan oleh SU BPP..then wakil takaful ikhlas..tang ni yang ngantuk gile..aduh sempat lagi promosi bab insuran..memang le dorang penganjur bersama..tapi bosan cara penyampaian dia..

    Eh, ade insuran utk barangan isi rumah la..haha..aku tak tahu pun..nanti la aku mik insuran tu..Ok nanti sambung cite pasal ceramah tadi..wat keje dulu

    Wednesday, April 06, 2011

    oo..gediknye..

    April 06, 2011 10 Comments
    kenapa semua ini..mengapa semua ini..kenapa semua jadi begini..kenapa..mengapa
    hahha..sian kat kawan aku sorang ni..cik Mucux sangat bengang dibuat saya..i like..ko tak suke biar le..mungkin ini menjadi kenangan antara kita suatu masa nanti..esok jangan rindu2an..hee..sngt gedik!
    gambar hiasan:cam ni ke..tergedik ye...

    Tengok je..bile nak dapat ni

    April 06, 2011 5 Comments
    Disuatu petang yang tenang sambil diiringi angin sepoi2 bahasa.. Lokasi Subang Airport
    adik, kite tengok ajele ye sambil berangan..kata Danish kepada Eisya
    Iyaahh..cam ni dik..papa tengok ni..kalau tak dapat abang nak jadi camtu la
    ah..sudah bebudak ni (dengan muke susah hati)..aduhh..mama tengok le anak2 ni..
    Ater ape lagi..jom la papa..kate mama(sambil memujuk2..uhukk...)
    Bile kite nak gi holiday ni...nak nek burung besi ni..!ishhh...ishhh..

    Friday, April 01, 2011

    Meh Makan Doroyan Sampai Panas..RM9.90

    April 01, 2011 4 Comments
    Dengan hanya membayar RM9.90 seorang, orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian pada Pesta Jom Makan Durian anjuran PLUS Expressways Bhd pada 9 dan 10 April ini.

    Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd Talha, berkata pesta itu akan diadakan di Hentian Bukit Gantang arah utara dari 10 pagi hingga 5 petang.
    "Kanak-kanak bawah tujuh tahun tidak dikenakan bayaran manakala bagi mereka yang hendaklah membeli durian di situ, mereka diberi diskaun 50 peratus," katanya.
    Orang ramai juga boleh menyertai pertandingan makan durian, meneka berat dan ulas durian.

    Khalilah berkata, 10 tan durian dari kawasan Bukit Gantang akan dibawa ke pesta berkenaan yang dianjurkan sejak 2007 sempena musim buah durian di kawasan sekitar Bukit Gantang.

    "Ia bertujuan mempromosi buah-buah tempatan di hentian Bukit Gantang sebagai salah satu destinasi penjualan buah-buah tempatan di Lebuhraya PLUS," katanya. - BERNAMA

    Ada Apa Dengan April Fool?

    April 01, 2011 5 Comments
    • Disambut pada 1 April
    • Dikenali sebagai April Fool @ April Mop
    • Hari orang kene bang bang boom..
    • Wa Kenabeb
    • Torkono Den
    • Just For Laugh (suke diperbodohkan)
    Awas! Gurauan mungkin boleh membawa padah kalau keterlaluan..!
    Did u know.. perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentara Salib terhadap Muslim Spanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan?
    Lanjutan cerita:BACA SINI
    Bagi umat Islam, April Mop tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya se-iman disembelih dan dibantai oleh tentara salib di Granada, Spanyol.
    Lanjutan cerita:BACA SINI

    Kesimpulannya..tak payah le nak April2 Fool ke  pebende..suke benor le nak ikut style orang barat nu ha..udah2 le..lalui hari ni seperti biasa..kalau ade yg kita gitu..sumpah je dia jadi patung..haah..ish tak baik..bior le dia ngan dunia..budak ngah membesor memang gitu