Tuesday, November 22, 2011

# Sukan

Garuda Dibaham Harimau..Suke tak

Tiada kata dapat diluahkan..sepakan terakhir Badrol Bakhtiar membuahkan kejaya buat Malaysia untuk memenangi pingat emas..Jakarta menjadi saksi ke-2 negara mengaut emas stelah kali terakhir zaman Allahyarham Mokhtar Dahari tahun 1991.Aku pasti ramai yang tersenyum keriangan dengan kemenangan ini.Syabas Harimau Muda!
Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.
Sorakan dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim Swee, Kapten pasukan Malaysia.
Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat Indonesia.-kosmo

No comments: