Thursday, July 14, 2011

# Sukan

Harimau Malaya..dibaham Arsenal..

Tak dapat nak tengok perlawanan hangat malam tadi..just ikuti berita dia je..kecewa jugak kerana tak dak gol langsung...4-0 tu....Hebat tul penangan skuad elit Inggeris ni! Apepun pengalaman ni pasti lebih bermakna buat pasukan kita..yele bertemu dengan gergasi..so,banyak skill leh belajarkan..Next jumpe Liverpoool pulak..ok good luck!

HARIMAU Malaya hilang taring, malam tadi buat memaksa anak didik Datuk K Rajagobal berundur dari Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan menggigit jari selepas dibaham Arsenal 4-0 dalam perlawanan Siri Jelajah EPL Asia 2011. 

Empat gol daripada Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky di hadapan 53,000 penonton tidak banyak menceriakan penyokong tempatan yang harus membicarakan betapa tiga gol mudah hasil kelalaian barisan pertahanan menyentap cabaran tuan rumah yang akur betapa jauh jurang antara mereka dan bekas juara Inggeris itu. 

Skuad negara akan menentang Liverpool, Sabtu ini dan juara lima kali Eropah itu akan hadir dengan kemenangan 4-3 ke atas Guangdong Sunray Cave di China, malam tadi.- sumber:BH

2 comments:

bunga said...

agak sedih gak..ehhee..sbb malyasia kalah..heee

Faztee Danisha said...

takpe cube lagi..go for gold