Thursday, June 30, 2011

# Sukan

2-1..belum cukup lagi

Malaysia Kalahkan Taiwan 2-1 Dalam Perlawanan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia menumpaskan Taiwan 2-1 pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini Rabu malam.

Malaysia dikira tidak membawa bekalan selesa ke Taipei 

Safiq Rahim dan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak menjadi wira negara apabila masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-28 dan minit ke-54.

Perlawanan timbal-balik pertemuan kedua akan berlangsung di Stadium Taipei, Taiwan pada Ahad ini (3 Julai).

Sekiranya skuad Harimau Malaya berjaya melepasi halangan Taiwan, skuad bimbingan Rajagobal itu akan menentang pula Singapura pada pusingan kedua dengan perlawanan pertama di republik tersebut pada 23 Julai.

Perlawanan timbal-balik pula dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan kelayakan pada 1974 untuk kejohanan di Jerman.

Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil.
-kredit bernama

2 comments:

muCux said...

jom p taiwan kasi suuport
pressure tmpt lawan lain skit
adehhh risau dah nie

Faztee Danisha said...

@muCux rugi x dpt tgk plwnn mlm td..still otw bck 2 ptjy lol!
wuhh..nk g taipei??taiping boleh la..gila bapak kopak weh