Thursday, May 12, 2011

# semasa

K'jaan makin tertekan untuk naikkan harga RON95

Nak naik ke tak nak..naik..ke x..nak pilihanraya ni takkan nak naik kot..kang tak pasal je..tangguh dulu?ishh..tengok ajele peh ni ade ke tak..cam biase..senyum..kat ofis ni tiap pagi dok pasang lagu SENYUM..tak perlu kate ape2(memandai je tambah lrik dr lagu asal)..kempen amalan senyum..perghhhhhh!!

Nanyang Siang Pau melaporkan harga petrol RON95 mungkin dinaikkan 10 sen dalam masa terdekat ini bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung kerajaan.Seorang menteri yang tidak mahu dikenali memberitahu akhbar Cina itu bahawa jemaah menteri telah membincangkan subsidi petrol hari ini tetapi tidak ada keputusan muktmad dibuat.

Jemaah menteri bagaimanapun mengarahkan Kementerian Kewangan untuk menyediakan laporan terperinci mengenai perkara berkenaan.

Seorang lagi menteri memberitahu jemaah menteri juga bersetuju tiada keperluan bagi kerajaan untuk menaikkan harga minyak bagi mengurangkan beban kewangannya.

Katanya, buat masa ini kerajaan membayar RM11 bilion setiap tahun untuk subsidi petrol RON95 dan kos itu mungkin naik menjadi RM18 bilion jika harga tidak diselaraskan tidak lama lagi.


petikan:MALAYSIAKINI

4 comments:

c-tea said...

heleh..sebenarnya sekarang depa naikan harga gula..harga ron97..harga ayam...tak lama lagi ron95 sebenarnye untuk membuncitkan perut "mereka" untuk pilihan raya..depa dah belanja berjuta untuk pilihan raya sarawak...depa dah kosongkan tabung cukai rakyat dengan pi bantu orang jepun(sekadar nak dapat nama konon2 negara kita ni kaya n baik hati)..sekarang depa duk hisap lagi duit rakyat..depa takpa lah..isi minyak boleh claim balik..rumah pun percuma.nak pergi mana pun free ja..hak kita ni rakyat jelata..kerja separuh nak mati, duk kene bayar cukai la bagai..harga naik..sok makan pasir pulak.

Faztee Danisha said...

@c-tea tu le pasal nye..depa ni memang kan..tak tau ka perit nye org bwhn ni..dok kje naik ja..alsn mcm2..kalu suh nek gj tu pyh kbnr haih..peh tu klu bab lain elok je bnyk duitnye..ish geram tol la..depa ayg atsn tu sume claim..bli keta pun dpt exemption tax lagi..bek xyah bg la..biaq pi depa..hee nyampah!

Bro Framestone said...

minyak punya pasal.. satu dunia pening kepala

bala punye pasal.. xde pulak nak pening2

Ask said...

Dtg serbu.. Wah~ Follow u.. hehe.. Jom tgk "Aku Anak Mak".. =) http://renunganask.blogspot.com/