Tuesday, March 08, 2011

# Corat Coret # Peristiwa

Selamat Hari Wanita

Hari ni 8 Mac adalah hari wanita Antarabangsa yang ke-100...actually aku pun tak perasan akan 'peristiwa' ni..disebabkan menerima e-mel dari Anmum Club tentang Celebrating Woman and then bace apa yang diberitakan baru lah kuketahuan..walaupun tak disebut detail tentang hari tersebut tetapi sekadar menyeru kita menghargai wanita disekeliling seperti nenek, emak, saudara, kakak, adik, kawan2 mahupun diri sendiri.

Kenapa diadakan hari wanita? tak salahkan bila wujudnya hari istimewa seperti sebagi menghargai sumbangan, pencapaian, kepimipinan dan pengorbanan kaum hawa ini..Namun begitu kita perlu lah mengikut landasan yang sesuai dalam melaksanakannya..Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini. Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri". Syerga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya.

Buat kaum hawa selamat hari wanita...hayatilah bait2 ini..
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
 Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 
(ikhsan:Dehearty)

1 comment:

yatie Awang said...

selamat hari wanita juga buat Faz....tq