Tuesday, April 27, 2010

Nu'in Corner (Little Perak)

April 27, 2010 0 Comments
Makan..makan kali ni kite singgah ke 'Perok' pule yer..Nu'in Corner yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.Makanan2 kt sini sume di beri nama b'kaitan ngan negeri Perak. Antaranya Laksa Kuala, Popia Taiping,Nasi Lemak Ipoh,Roti Tg.Malim dll. B'konsepkan family restaurant and decoration pula diletakkan landmark negeri Perak seperti Labu Sayong & Menara Condong. Ha kat meja makan tu jugak turut diletakkan buaian..tapi awasi anak kome dr dok main buai tu..kang abis!! Kelihatan juga gambar2 lama (mungkin gmbr family nu'in ni kot..tradisi turun temurun).Di ruang dalam juga turut diletakkan sofa. So kt ctu leh le nk duduk2 smbil mengadap laptop ke pe... Meh kite try pekene makan kt sini. Berikut adalah antara menu yg kitorg pilih ms lunch kt ctu.Harganya pn berpatutan.Jom tengok! Laksa Kuala.RM5.50 Nasi Goreng Nu'in. RM3.90. Nasi Nu'in Special Ayam Masak Merah. RM7.90. Nasi Lemak Ipoh Ayam Merah. Harganya RM6.90 Chocolate Indulgance: RM6.90Menu2 for Breakfast hehhe..ini le geng makan..makan..muke2 yg kelaparan steleh berpusing2 cr makan kt Cyberjaya..semata2 nk cari Saba' Restaurant..xpe next tm kite akan bkunjung ke makanan ala Arab pulak ye..Saba' Restaurant..nantikan..

Monday, April 19, 2010

Bukit Cherakah

April 19, 2010 0 Comments
Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam terletak di Bandar Anggerik,Shah Alam.Harga masuk ialah RM3 dewasa, bas ada disediakan, kalau nak lebih advanture naik basikal la...RM3-RM5(tengok basikat baru ke lama), kalau naik basikal pastikan stamina kuat..coz jalannya agak berbukit n rugi kalu x round2 sekitarnya (alang2 dah naik basikal kan) Antara taman-taman yang ada disini ialah taman orkid, taman kastus, ladang buah-buahan, rumah-rumah negeri di Malaysia, sawah padi. Taman Haiwan seperti Rusa juga ada kat sini.So,leh bw anak-anak jalan2 sambil belajar. Rumah 4 musim adalah antara tempat yg paling menarik utk dikunjungi.Aku ni teringin benor nak merasa suasana sejuk ala2 salji.Kebetulan masa aku ke sana musim sejuk..sejuk betul sampai keluar asap dari mulut..dah macam duduk dalam freezer jak.. Dengan perubahan musim setiap 3 bulan, pengunjung dapat merasai pengalaman seperti berada dinegara 4 musim. Musim Sejuk(dec-feb) Musim bunga(mac-mei) Musim Panas(jun-ogos) Musim gugur(sep-nov) Di sini juga terdapat terdapat tempat penginapan yang bernama Kampung Idaman, rumah Persinggahan dan Camar Rimba.Bagi yang gemar main Paintball juga boleh lah berkunjung ke sini.

Daging Landak

April 19, 2010 0 Comments
Petang semalam (18.4.2010=ahad)pak mentua aku tanya.."makan dak daging landak?"..aku terkejut.."hah..daging landak"..dlm hati konfius leh makan ke?tbayang landak ni camner ek..teringat kt tenggiling..yeke gitu rupenye..hah sudah landak pn aku x kenal..huhuh..geli le pulak nk makan..so ble smpi ofis aku search internet image landak ni..oo gini rupanya..yang ade bulu beduri..tajam-tajam tu ek..alahai..nasib aku tak makan..tengok gambor pun dah tak lalu(selera)..ehhhhee..masa pak mentua aku suruh try,terasa gak nak mencuba..tapi cam tak tergamak pulak..menurut pak mentua ku..landak ni berkhasiat..sape2 yang lenguh badan ka..penat ka...leh la makan..actually tak sempat pun nak mengadap kari landak tu..kalu tak,leh la snap photo nya..begini le rupanya bila dah dimasak (gambor ihsan dr google image) menyelerakan tak??hmm...selain wat kari..leh gak wat masak lomak cili api..rendang..goreng halia campur kicap ka..cam best pulak..sumenya mengikut citarasa masing-masing.. Antara keistimewaan daging landak: :: dagingnya yang lembut, tidak mengandungi lemak dan tidak banyak serat. Dagingnya juga enak jika disalai, dimasak rendang, sup atau kari walaupun dagingnya mempunyai rasa dan bau yang sedikit menyengat dengan warna yang sedikit pucat. :: Amalan memakan secubit hati landak setiap hari juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik seperti kanser, lelah dan leukimia. Daging landak juga mempunyai gen yang boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka :: penternakan landak mempunyai potensi untuk dikembangkan iaitu sebagai alternatif untuk daging lembu atau kambing

Wednesday, April 14, 2010

Bowling:Teknik Balingan Straight

April 14, 2010 0 Comments
TEKNIK INI DIAMBIL DPD SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI : JOM BOWLING Berita baik untuk member2 yang bermain straight terutama yang baru cuba berjinak2 dgn bowling atau yang selama ni tak pernah straight balingannya walaupun cara balingan straight dianggap mudah. Starting Pastikan anda berdiri tegak dengan kaki kanan berada ditengah2 antara dot1 dgn dot2 sebelah kiri dari dot tengah (anggaplah dot tengah sebagai 0). Ini bermakna tangan kanan anda betul2 berada ditengah atau hampir dgn dot tengah. Bagi yang gunakan tangan kiri utk membaling sama aje iaitu kaki kiri anda mesti berada ditengah2 antara dot 1 dgn dot 2 sebelah kanan dari dot tengah. Pegangan Bola. Setelah ketiga2 jari dimasukan pastikan anak jari berada dalam jarak 2cm dekat dengan lubang jari manis, manakala jari telunjuk berada dalam jarak lebih sedikit 3cm dari lubang jari hantu. Ampu bola macam menatang dengan bantuan tangan kiri. Bahu mesti tegak. Ketika Balingan Waktu nak baling pergerakan badan menuju kedepan mesti selari dengan line. Turunkan bola tidak bolih mengejut bahkan hendaklah melunjurkan tangan lurus kedepan dan turunkan kebawah dan hayun kebelakang terus baling. Bila bola hampir2 nak dilepaskan kena lihat serentak line tengah dengan ibu jari sebaris dengan line tengah kemudian baling. Pastikan kelajuan balingan anda. Kerana balingan perlahan akan membuatkan bola cepat membelok. Ambil spare Caranya sama dengan diatas tadi iaitu ibu jari mesti berada sebaris dengan line pin yang hendak ditujukan. Mudahkan??. SELAMAT MENCUBA

Monday, April 12, 2010

Pameran Keranda:Tradisi & Misteri

April 12, 2010 0 Comments
Tarikh pameran: 1 April 2010 - 20 Jun 2010 Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang Tempat: Muzium Negara, Kuala Lumpur Pameran ini diadakan bertujuan antara lainnya ialah :- - Memberikan pengetahuan kepada masyarakat umum mengenai aspek-aspek kebudayaan yang berkaitan dengan pengamalan pengkebumian khususnya budaya material iaitu keranda. - Memperlihatkan perbezaan dan persamaan serta nilai-nilai sejagat dalam pemikiran masyarakat di negara ini dan serantau berkaitan nilai-nilai sosial dan kepercayaan. - Membuat pendokumentasian daripada aspek sejarah dan budaya berkaitan keranda serta upacara pengkebumian yang dipraktikkan di negara ini. - Mendidik masyarakat dalam memahami norma-norma dan kronologi pemikiran agama serta budaya di negara ini. - Memahami rekabentuk motif dan falsafah pembuatan sesebuah keranda yang direka khusus dalam mengiringi perjalanan akhir kehidupan manusia di negara ini.

Pameran Mamalia

April 12, 2010 0 Comments
Tarikh pameran: 1 Februari 2010 - 31 Julai 2010 Tempat: Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya. Hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan pelbagai jenis hidupan liar dan ia menjadi habitat kepada 280 spesies haiwan mamalia. Mamalia merupakan haiwan bertulang belakang yang mempunyai ciri-ciri berdarah panas, badan berbulu, mengandung dan melahirkan anak, mempunyai kelenjar peluh dan kelenjar susu bagi haiwan betina. Pameran ini akan menampilkan haiwan-haiwan mamalia yang terpilih dari bersaiz kecil hingga besar untuk diamati dan dipelajari oleh para pengunjung. Antara tarikan menarik adalah rangka ikan paus Bryde, iaitu spesies yang dijumpai terdampar di pantai Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan pada 2 Februari 2005. Selain itu, haiwan yang terlindung dan diambang kepupusan seperti ”Pak Belang”, beruang, kambing gurun dan fosil hidup iaitu tapir turut dipamerkan. Objektif 1) Memberikan pendedahan kepada pengunjung dengan lebih dekat mengenai beberapa spesies mamalia utama di Malaysia. 2) Memupuk kefahaman dan kesedaran akan kepentingan spesies mamalia yang terancam di Malaysia. 3) Mendidik masyarakat mencintai dan menghargai khazanah fauna negara yang diambang kepupusan. Antara spesis yang dipamerkan... *Ikan Paus *Badak sumatera *Memerang *Harimau

Apa itu 5S

April 12, 2010 0 Comments
Apa itu 5s ya??aku pun x le ingat sangat benda short2 ni..just wat je..la ni ofis aku sedang menuju ke arah pembaharuan pensijilan 5s bulan jun ni.So,bermulalah kerja2 menyisih,mengemas,menyusun,men'touch up' and yg seakan dengannya...nanti aku cerita la sikit2 xtvt 5s kt ofis aku ni..(xtually cm dh last minute je..bnyk bnde yg nk di'renew'..sempat ke??Apa2 sajalah..pepun meh kite mik tau sikit2 apa tu 5S.. Singkatan 5S dalam Bahasa Melayu Bahasa Jepun Bahasa Inggeris Keterangan: SEIRI-SISIH Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya SEITON-SUSUN Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan SEISO-SAPU Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas SEIKETSU-SERAGAM Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa SHITSUKE-SENTIASA AMAL Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya bersambung....