Wednesday, March 31, 2010

PIKOM PC Fair 2010

March 31, 2010 0 Comments
Its all about Computers, Computer Peripherals and more Computers and IT stuff on SALE!! Admission is FREE 2 – 4 April 2010 Persada Johor Dewan 2020 Kangar, Perlis Villoage Mall Sungei Petani, Kedah Batu Pahat Mall, Johor 8 – 10 April 2010 KB Mall, Kota Bahru Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu 9 – 11 April 2010 PISA Pulau Pinang Melaka International Trade Centre MITC 16 – 18 April 2010 Kuala Lumpur Convention Centre Berjaya Megamall Kuantan Dewan Perbandaran Taiping Dewan Tuanku Ibrahim Ismail, Kluang Johor 30 April – 2 May 2010 Permata Carpark, Kuching Dewan Masyarakat Sandakan, Sabah Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak Sibu Trade & Exhibition Centre, Sibu Sarawak Dewan Jubli Intan, Muar Johor Time: 11am - 9pm Contact Pikom Services Tel: 603 7955 2922 www.pikom.org.my

Monday, March 29, 2010

Petua pilih warna cat paling sesuai

March 29, 2010 0 Comments
UNTUK mengecat rumah, tiada petua khusus mengenai pilihan warna. Warna cat rumah atau ruang terutama mencerminkan keperibadian dan gaya hidup pemilik atau penghuninya. Namun, ketika memilih warna cat rumah, pertimbangkan ruang mana yang mahu dicat sama ada ruang tidur, ruang tamu, eksterior (ruang luar) atau ruang keluarga. Mungkin anda ingin memperbaharui warna cat pejabat, pangsapuri atau kediaman anda yang bertaraf banglo. Beberapa hal berikut sebaiknya diberi perhatian: Ukuran ruang – ruang yang lebih kecil nampak besar dengan warna lebih muda pada dinding dan warna ‘natural’ untuk perabot. Sisihkan warna cerah untuk pola-pola yang menarik dari aksesori ruang yang terdiri daripada bantal sofa, pot bunga, lampu hiasan atau lukisan mahupun gambar). Anda dapat menggunakan cat bertekstur apabila tidak ada banyak pola untuk dekorasi ruang. Lokasi bangunan – kontraktor cat yang berpengalaman sering menyarankan supaya ruangan di rumah daerah tropis dengan warna sejuk atau atau ‘natural.’ Warna dinding bernuansa hijau, biru atau ungu akan membangun rasa sejuk dalam rumah. Lokasi ruangan – ruangan yang menghadap utara, barat laut atau barat daya cenderung mendapatkan sinar matahari tidak langsung. Warna cat dinding ruang yang tidak langsung mendapat sinar matahari sebaiknya menggunakan warna yang lebih hangat seperti warna yang bernuansa kuning (yellow chiffon), coklat, peach lembut (soft peach). Untuk ruangan yang banyak menerima sinar matahari, Sebaiknya kurangkan tone warna dan menggunakan warna sejuk seperti warna bernuansa hijau, biru atau lavender. Jenis ruang – kamar tidur untuk orang dewasa biasanya menggunakan warna yang nyaman dan tenang – disifatkan kondusif untuk tidur. Untuk kamar anak biasanya, pilih warna lebih menstimulus iaitu warna cerah. Warna ruang pejabat biasanya menggunakan warna hangat dan warna dasar. Bentuk ruang – ruang yang panjang dan sempit akan kelihatan lebih lebar apabila salah satu sisi atau kedua sisi yang lebih pendek diberi warna cat cerah atau gelap; sementara sudut yang lain menggunakan warna pucat bersesuaian (senang disuai padan dengan pelbagai aspek langsir, perabot dan pelbagai). Untuk ruang berbentuk kotak tanpa jendela besar atau ‘focal point’ dapat ditambahkan suatu warna agak kuat di salah satu dindingnya. Hal ini akan membuat ruangan lebih berkarakter dan menarik. Misalnya: tiga dinding berwarna putih dan satu dinding diberi cat ungu. Tinggi ruang – warna putih pada sudut tertentu akan menambah kesan tinggi manakala warna gelap pada akan memberi kesan ruangan lebih kecil. Ruangan besar akan terasa lebih nyaman apabila dibuat ‘drop ceiling’ tertentu seperti kertas dinding pada tepinya, baik di atas mahupun bahagian bawah dinding. Sumber:Harian Metro

Perlu bijak hias dinding

March 29, 2010 0 Comments
RUANG dinding yang dibiarkan kosong tanpa warna atau unsur hiasan menjadikan suasana kediaman kelihatan muram dan kurang ceria. Bukan bermaksud ruang yang kosong perlu diisi di segenap penjuru kerana sesetengah konsep dekorasi tampil menarik biar pun dinding tidak dihias keseluruhannya. Kreativiti anda dalam memilih konsep dekorasi terbaik lebih memberikan sudut pandangan berbeza jika tata hias dinding tumpu diberi perhatian.

Berikut beberapa panduan asas yang dapat membantu anda untuk menyerlahkan gaya penataan di dinding tumpu:

 Pilihan warna dan cat dinding unsur paling penting untuk dinding tumpu biarpun hanya satu ruang dinding diwarnakan kerana ia cukup membezakan penampilan keseluruhan ruang. Pilihan warna perlu lebih kuat atau menyerlah daripada dinding lain di ruang terbabit sebagai daya tarikan. Warna dinding tumpu tidak seharusnya sama dengan warna fabrik langsir atau sofa. Bagaimanapun, anda boleh mengambil salah satu warna daripada dua kemasan terbabit.

 *Bilik tidur Kombinasi dua warna iaitu merah hati dan krim amat sesuai diketengahkan sebagai dinding tumpu Ia secara tidak langsung menyuntik suasana romantik.

 *Ruang tamu Dinding tumpu yang ingin diwujudkan perlu bertentangan dengan pintu masuk. Jika terdapat halangan, pilih dinding kiri atau kanan ruang berkenaan. Penataan lebih menyerlah dengan kombinasi biru dan biru putih. Ia memperlihatkan ruang lebih luas serta terang. Pilihan rona krim juga tidak kurang menariknya Dinding tumpu yang tidak seharusnya sarat dengan hiasan dinding. Cukup sekadar gaya hiasan ringkas supaya fungsinya sebagai titik tumpu ruang berjaya ditonjolkan

Sumber:Harian Metro

Permaidani beri suasana ceria

March 29, 2010 0 Comments
HAMPARAN permaidani berbulu lembut memberikan keselesaan kaki dan menambah seri penataan ruang kediaman. Kehadirannya di ruang tamu, ruang makan, laluan utama dan di bilik tidur memberikan pelbagai manfaat dan mengubah suasana suram menjadi lebih ceria atau berkonsep. 1 )Motif bunga-bungaan *Sesuai digayakan untuk konsep klasik, tradisional dan moden kontemporari. *Motif bunga kedesaan Inggeris antara yang diminati ramai. *Motif makanan, buah-buahan dan kelengkapan dapur lebih sesuai di ruang dapur. 2)Motif haiwan dan karakter kartun *Hamparan yang sesuai untuk bilik kanak-kanak *Berupaya mewujudkan suasana persekitaran eksotik. lebih menceriakan bilik kanak-kanak kerana ia bagaikan sinopsis ceria. *Sesuai digabungkan dengan sofa kulit untuk hamparan permaidani corak ini di ruang tamu 3)Motif abstrak *Sesuai untuk semua konsep dekorasi *Pelengkap konsep moden, moden kontemporari dan suai padan. *Menyerlahkan penataan ringkas. *Corak yang tidak terlalu padat membuatkan suasana lebih menyenangkan. *Kebanyakan diminati generasi muda untuk penataan bilik tidur. *Sesuai juga sebagai tata hias ruang pejabat. 4) Motif ketimuran *Mudah disesuaikan dengan pelbagai konsep dekorasi pelengkap konsep timur tengah, klasik atau Nusantara. *Menyerlahkan gaya eksklusif dan mewah yang anda inginkan. 5) Pemilihan dan penjagaan *Pilih permaidani terlebih dahulu sebelum membeli kemasan langsir atau fabrik sofa *Permaidani boleh berperanan sebagai pembahagi ruang dan lebih menjimatkan *Gunakan pelapik sebelum permaidani diletakkan pada setiap ruang. *Ia bagi mengekalkan kualiti dan ketahanannya. Sumber:Harian Metro 27.3.2010

Friday, March 26, 2010

Wednesday, March 24, 2010

TM High Speed Broadband

March 24, 2010 0 Comments
*Launching today.. 24.3.2010, Dataran Merdeka oleh DSN High Speed Broadband (HSBB) yang akan dilancarkan oleh Telekom Malaysia itu, dijangka mempunyai kelajuan lebih 10 megabit sesaat (Mbps) yang membolehkan pengguna intenret di Malaysia melihat Internet Protocol Television (IPTV) dan (High Definition Television) HDTV, dan juga dapat akses bagi pendidikan lanjut secara dalam talian, pasca produksi multimedia, e-kesihatan dan bermacam-macam lagi. Menjelang akhir 2012, kira-kira 1.3 juta premis di seluruh negara akan mendapat akses ke perkhidmatan High Speed Broadband (HSBB). *******************************************************************************

Okey…yang menjadi persoalannya sekarang. harga langgan bagi High Speed Broadband (HSBB) ini? Ada yang mengatakan sekitar RM150++. Betul ker semurah ini? No komen. Kalau betul itu sudah bagus. Jangan katakan orang lain, saya sendiri akan tukar. Ada juga yang mengatakan kadar pakej yang dikenakan sekitar RM300-RM500. Walauapapun ramalan yang kedengaran sekarang, kita tunggu pengumuman rasmi sebentar lagi dari Dataran Merdeka.

Projek ini akan dimulakan mengikut turutan berdasarkan senarai di bawah ini :

  1. Bangsar
  2. Shah Alam
  3. Subang
  4. Taman Tun Dr. Ismail
  5. Bayan Baru
  6. Bukit Kemuning
  7. Bukit Tengah
  8. Cyberjaya
  9. Damansara
  10. Duta
  11. Kepong
  12. Keramat
  13. KL International Airport
  14. Kulim HighTech park
  15. Lapangan Terbang Subang
  16. Melawati
  17. Menara TM
  18. Midah
  19. Permas
  20. Petaling Jaya
  21. Puchong
  22. Putrajaya
  23. Seberang Jaya
  24. Senai
  25. Skudai
  26. Sungai Buloh
  27. Sungai Long
  28. Telok Panglima Garang
  29. Wangsa Maju
  30. Batu
  31. Bukit Bintang
  32. Cheras
  33. Jalan Kebun
  34. Kelana Jaya
  35. KL Central
  36. Klang
  37. Kuala Pauh
  38. Pekeliling
  39. Saga
  40. San Peng
  41. Selayang
  42. Sentul
  43. Serdang
  44. Setapak
  45. Sempang Renggam
  46. Taman Petaling

Pesta Buku Antarabangsa 2010

March 24, 2010 0 Comments
Tarikh:19-28 March, PWTC,KL Antara Venuenya yg aku rs nk g tgk sbtu ni (27hb) 12.00 PM - 1.00 PM Jadi Smart Kaya bersama Shamsuddin Kadir Company: PTS Jom kite beramai-rami pi sana..sbtu ni aku nk g..nk cr buku2 /majalah berkaitan ID kot..internet bisnes ke..smbil tu cr buku exam PTK..huhu..xlepas2 lg..hampeh nye kuota..aku dh confident leh pass..lst same ja ..dok band 3 tu je le..ni br dh exm..nk tgk bpe lk dpt kali ni..tungguuuu..

Tuesday, March 16, 2010