Thursday, May 13, 2010

# Sukan

Badminton..perjuangan belum berakhir!

Semalam Hafiz Hashim tampil membalas sokongan penonton untuk menjulang skuad Piala Thomas dan layak ke separuh akhir bertemu juara bertahan China esok selepas membantu merakamkan kemenangan 3-2 dalam saingan di suku akhir.Ketika Malaysia sekali lagi berdepan kedudukan genting apabila terikat 2-2 dengan Denmark, Hafiz memastikan tidak berulang kekecewaan pasukan seperti yang berlaku ketika tewas kepada Jepun, kelmarin dengan menewaskan Joachim Persson 21-12, 21-10 untuk mata kemenangan negara.Walaupun Malaysia berjaya mengenepikan Denmark dengan mata 3-2, namun masih ada lagi perjuangan yang perlu ditempuhi.Orang jangan gembira dahulu..takut kang t'over confident..sedih pulak jadinya.Ujian pertama sudah selesai..selepas ujian ke-2pula..bertemu dengan kuasa badminton dunia, China. Terus terang dikatakan, saya tidak risaukan permainanan Datuk Lee Chong Wei dan juga pasangan beregu Koo Kien Keat and Tan Boon Heong. Mereka berada dalam prestasi terbaik ketika ini. 2 perlawanan Malaysia mendahului dengan angka 2-0 tetapi akhirnya tumpas kepada Jepun dan yang terbaru terpaksa berhempas pulas menewaskan Denmark 3-2 dalam suku akhir Piala Thomas 2010. Pasukan Malaysia masih ada harapan kalau mereka main dengan semangat tuan rumah. Jikalau Jepun boleh berjaya berbekalkan SEMANGATnya, Malaysia juga pasti boleh menumbangkan dan meruntuhkan tembok besar China. Walauapapun, harap-harap sokongan padu peminat tanah air akan menambahkan lagi moral dan semangat pemain kita….Malaysia Boleh di Piala Thomas 2010 ini! KEPUTUSAN SUKU AKHIR Piala Uber Indonesia 3 Malaysia 0 Jepun 3 Denmark 1 Korea Selatan 3 Russia 1 China 3 India 0 Piala Thomas China 3 Korea Selatan 0 Indonesia 3 India 0 Jepun 3 Jerman 1 MALAYSIA 3 DENMARK 2 Perseorangan 1 Lee Chong Wei vs Peter Hoeg Gade Keputusan: 21-17, 21-17Perseorangan 3 Mohd Hafiz Hashim vs Joachim Persson Keputusan: 21-12, 21-10 Beregu 1 Koo Kean Keat/Tan Boon Heong vs Carsten Mogensen/Mathias Boe Keputusan: 21-17, 21-19 Perseorangan 2 Wong Choong Han vs Jan Ø Jørgensen Keputusan: 20-22, 21-16, 18-21 Beregu 1 Mohd Zakry Abdul Latif/Thien How Hoon vs Lars Paaske/Jonas Rasmussen Keputusan: 26-24, 12-21, 19-21

2 comments:

ijad said...

cantik blog

Anonymous said...

terima kasih.kunjungi lagi.