Wednesday, May 12, 2010

# Sukan

Badminton...aduhaiiii...

Antara insiden yg memalukan apabila Fairuz tidak dapat mengawal perasaannya dan cuba meluru kepada penonton akibat di 'boo' penonton akan kekalahannya. Namun ia berjaya dihalang dan ditenagkan oleh ketua jurulatih beregu itu. Pasangan beregu Mohd Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Abdul Latif ini kalah 15-21, 12-21 kepada beregu kedua Jepun, Kenichi Hayakawa-Kenta Kazuno, semalam. Dah le kalah, buat perangai cam tu pulak..be pro sikit le beb.. Nampaknya semalam merupakan episod yg mengecewakan apabila Hafiz tumpas dengan mata 2-3 kepada Sato (Jepun). Ketika Malaysia dan Jepun terikat 2-2, perseorangan ketiga negara Mohd Hafiz Hashim gagal menghasilkan kemenangan yang begitu diharapkan bila beliau tumpas kepada Shoji Sato 10-21, 21-14, 18-21 dalam 102 minit.Malaysia gagal menempatkan diri di tempat teratas dlm group B. Apa dah jadi ni Hafiz...main pn cma nak tak nak jer..banyak bg mata kpd lawan..teruskan perjuangan beb! Peh ni Malaysia akan berentap dgn Juara Eropah, Denmark pd saingan suku akhir Piala Thomas.Suku akhir Piala Uber pula, Malaysia berdepan dengan musuh tradisi Indonesia. Apa pun sudah pasti menjadi harapan rakyat Malaysia yg mahu melihat kemenangan akan berpihak kpd Malaysia selaku tuan rumah..Pastikan kita juara!

No comments: