Monday, May 17, 2010

# Sukan

Akhirnya..China Juara Lagi

Indonesia bagaikan beraksi di Istora Senayan apabila mendapat sokongan luar biasa sebahagian besar 11,000 penonton yang membanjiri Stadium Putra, namun ia masih tidak mampu membantu mereka menyekat keunggulan China yang membawa pulang kejuaraan kelapan dengan kemenangan 3-0, semalam. Kemenangan ini juga menebus kegagalan skuad Piala Uber mereka meneruskan dominasi 12 tahun berturut-turut, selepas dikejutkan oleh Korea Selatan 1-3 dalam perlawanan paling mengejutkan kelmarin. Semalam, aksi tersendiri Lin Dan mengetuai kemenangan keempat berturut-turut buat China, sebelum Fu Haifeng-Cai Yun dan Chen Jin pula melengkapkan kemenangan negara tembok besar itu. Lin Dan menundukkan Taufik Hidayat menerusi kemenangan mudah 21-7, 21-14. Walaupun Indonesia cuba bangkit memberikan tentangan dalam dua lagi acara, namun pada akhirnya kejuaraan tetap milik China. Bekas juara dunia, Fu Haifeng-Cai Yung melebarkan kedudukan 2-0 selepas dipaksa berhempas pulas untuk menjinakkan juara Olimpik, Markis Kido-Hendra Setiawan 25-23, 16-21, 21-12, sebelum Chen Jin bangkit dari ketinggalan untuk menghadiahkan mata kemenangan dengan mengalahkan Simon Santoso 19-21, 21-17, 21-7. Ini adalah kejuaraan Piala Thomas kelapan buat China selepas turut memenanginya pada 1982, 1986, 1988, 1990, 2004, 2006 dan 2008. -UM

No comments: