Wednesday, April 14, 2010

# Sukan

Bowling:Teknik Balingan Straight

TEKNIK INI DIAMBIL DPD SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI : JOM BOWLING Berita baik untuk member2 yang bermain straight terutama yang baru cuba berjinak2 dgn bowling atau yang selama ni tak pernah straight balingannya walaupun cara balingan straight dianggap mudah. Starting Pastikan anda berdiri tegak dengan kaki kanan berada ditengah2 antara dot1 dgn dot2 sebelah kiri dari dot tengah (anggaplah dot tengah sebagai 0). Ini bermakna tangan kanan anda betul2 berada ditengah atau hampir dgn dot tengah. Bagi yang gunakan tangan kiri utk membaling sama aje iaitu kaki kiri anda mesti berada ditengah2 antara dot 1 dgn dot 2 sebelah kanan dari dot tengah. Pegangan Bola. Setelah ketiga2 jari dimasukan pastikan anak jari berada dalam jarak 2cm dekat dengan lubang jari manis, manakala jari telunjuk berada dalam jarak lebih sedikit 3cm dari lubang jari hantu. Ampu bola macam menatang dengan bantuan tangan kiri. Bahu mesti tegak. Ketika Balingan Waktu nak baling pergerakan badan menuju kedepan mesti selari dengan line. Turunkan bola tidak bolih mengejut bahkan hendaklah melunjurkan tangan lurus kedepan dan turunkan kebawah dan hayun kebelakang terus baling. Bila bola hampir2 nak dilepaskan kena lihat serentak line tengah dengan ibu jari sebaris dengan line tengah kemudian baling. Pastikan kelajuan balingan anda. Kerana balingan perlahan akan membuatkan bola cepat membelok. Ambil spare Caranya sama dengan diatas tadi iaitu ibu jari mesti berada sebaris dengan line pin yang hendak ditujukan. Mudahkan??. SELAMAT MENCUBA

No comments: