Pengalaman Menarik Mendaki Di Broga Hill

Dalam bidang kesukanan atau fizikal ni,aku lebih prefer aktiviti outdoor berbanding sukan yang nak kena main secara kumpulan seperti bola jaring dan bola tampar. Aku cukup tak minat dua game tu sejak zaman sekolah. Aku suka badminton (option), cycling,hiking and jungle tracking. Aktiviti gini pada aku lebih santai. Walaupun santai menguji kekutan fizikal dan mental jugak la. Bila orang ajak gi hiking, inilah masanya aku nak lepaskan gian setelah sekian lama tak dapat join. Untuk pertama kalinya dalam aktiviti tahun ni aku join hiking. Selalu dok gi cycling je.
Seawal jam 4.45pagi aku dah gerak dari Subang Jaya ke Putrajaya. Konon-kononya tempat berkumpul untuk konvoi sesama budak ofis ke Broga Hill. Gigih tau kitorang bangun awal, bangun senyap-senyap takmo anak-anak tersedar. Dorang aku tinggalkan kat rumah abang aku di Subang Jaya. Nasib dorang sudi jaga.If tak,tak dapat le peluang nak hiking ni.Thanks a lot sesangattt lah! Bila dah kata kumpul kul 5.00 pagi depan ofis, harusla ikut time and jadual kan. Tunggu punya tunggu nampaknye dua biji kereta je le yang muncul. Malas nak tunggu kitorang pun gerak la dengan sorang member ni (si Ana dan Nani). Follow dorang. Amik keputusan jumpa yang lain kat Petronas Semenyih or Broga je. Berhenti kat situ kitorang tunaikan dulu kewajipan kepadaNya. Solat Subuh dulu la. Mohon diberi kemudahan dan keselamatan.

Jam 6.30 lebih kurang kitorang dah berada di parking Broga. Nak masuk situ bayaran dikenakan RM1/person. So aku and husband 2 kepala, RM2 la kena bayor. Nasib ade parking,walaupun kelihatan ramai jugak umat yang berpagi-pagian kat situ. Ok, bila semua dah berkumpul,makanan dan minuman pun dah diedarkan,bacaan doa sebelum mendaki pun dah baca oleh si Faisal (Captain-budak ni le yang tak muncul2 kat ofis tu..grrr),maka bermulalah pengembaraan kami.
Start dari parking, ko dah rasa permulaan nak naik bukit tu. Eh baru sikit tu. Nampak mudah tapi sebenarnya tenaga kena cukup fit,if tak semput. Sebelum naik kasi gambar sekeping la tanda permulaan track menuju puncak. Untuk makluman, terdapat dua laluan. Yang digambar tu jalan baru. Nampak ok la sikit walaupun ada level yang agak mencabar laluannya.
Nah,inilah dia aktiviti panjat-memanjat. Adakala laluan ni agak sedikit jem dek orang yang turun dan naik. Ko kena le hati-hati. Takut bertembung. Yang turun siap ada yang menggelongsor. Ewwww..rabak seluar weh. Hahahha.
Mengah jugak memanjat ni. Beberapa kali jugak kitorang berhenti rehat bagi laluan yang lain nak naik or turun sambil tunggu kengkawan. Laluan kat atas tu agak sukar disebabkan tanah dia yang seakan mudah gelongsor/gelincir. Kena pilih haluan yang ok.
Inilah my hero pada hari tu. If takde dia maunye aku melasak sendiri je. Main redah. Si suami pun jenis minat sukan yang sama ngan aku. So kitorang memang leh la planning if nak gi aktiviti gini lagi lepas ni. Bila gi aktivit gini elok bawa teman,senang nak berpaut kalau nak terjatuh ke apa. Boleh jadi tempat pegang ketika melalui laluan yang sukar. Ngade!
Yes..pendakian dah semakin menghampiri ke puncak. Berhenti rehat dulu. Ambil angin dan nafas segar. Kat level ni baru terasa dinginnya suasana. Kelihatan agak berkabus. Nyaman je. Hmmm..rasa cam nak tertido pun ada.
Dah rehat sambung lagi pendakian. Jumpa kawasan lapang ni. Port untuk rehat sekejap sambil posing. Indahnya pemandangan dari situ. Tengok yang duduk tu (Si Ana), penat sangat dah tu. Hahahhaha. Chill yow!
Kat port berdekatan tempat rehat ni ko panjat selangkah lagi akan terjumpa batuan besar dan sebatang bendera gah terpacak di situ. Entah sape punya bendera yang pacak kat situ, bagus jugak, boleh tumpang posing lagi sekali. Nak merdeka kan,semangat patriotisme la sikit. Terasa cam panjat Everest pulak sambil menjulang megah Jalur Gemilang. Ok stop dreaming,start doing!
Bila dah sampai kat puncak yang ada bendera tu,aku ingatkan dah habisla. Sekali tengok ade lagi orang yang pergi naik lagi kat part lain. Oh, rupanya ada lagi puncak yang mesti ko lalui. OMG! Nampak dari kejauhan sekumpulan pendaki cuba memanjat batuan besar,ada yang tak lepas2. Huhuhu. Aduhai..perjalanan harus diteruskan. Nasib my team pilih unutk ikut laluan yang selamat berbanding nak kena panjat batu besor tu. Akhirnya, dengan masa pendakian lebih kurang 2 jam, kitorang sampai jugak di puncak. Nah sebagai bukti, haruslah posing lagi kat papan tanda PUNCAK BUKIT BROGA tu. For info ketinggian bukit ni ialah 400 meter dari paras laut.
Kat puncak ni juga ko akan nampak papan tanda untuk ke gunung Tok Wan..wah..lagi mencabar ni.Tengok papan tanda je pun dah rasa cam seram. Hahahah..Kira-kira 675 meter jugak la ketinggiannya. If panjat Broga awal, dan ko rasa cukup kuat mental fizikal why not try je kan ke sana. Mau melarut sampai ke petang ni trun naik dok kat Broga ni.
Sebelum memulakan perjalanan menuruni Bukit Broga, berehat-rehat dahulu la menghilangkan lelah sambil menikmati pemandangan di atas puncak bukit.
Dah puas rehat, mari kita mulakan penurunan bukit pula. Eh nak turun tu pun ada satu hal. Nak ikut jalan mana. Ada yang kata tak jumpa jalan turun,bila tanya kat salah seorang pendaki dari grup lain. Bior benor. Kitorang pilih ikut track lama untuk turun. Masa naik dah nampak cam sukar je kalau turun ikut jalan baru. Silap hari bulan ade yang main gelongsor je terus sampai ke bawah ni. 
Alamak,ada paparazi amik gambar curik ni. Main tangkap belakang pulak ye. Ni laluan mencelah lelalang yang merimbun..main nyorok-nyorok pun best aih.
Nah, turun dengan berhati-hati celah lereng dan bebatu. Pilih tapak jalan yang sesuai dan berlekuk. Kalau boleh pegang le tali yang disediakan tu. Nak selamatkan. 
Kalau guna tali kena pusingkan badan ke belakang. Baru le menjunam turun (laki aku la kata). Ikutkan je. 

Menyusuri lereng bukit dikelilingi pepokok yang hijau saujana memandang. Terasa macam gi jungle tracking pun ye bila lalu sini. Bila pulak le nak wat aktiviti gitu lak erk..Arrrrghhh..kene kuarantin setahun lagi gamaknya (deep n meaning tu).
 Dah nak dekat turun dah tu..sampai situ akan sign Broga down sebelah kiri anda. Sini akan melalui ladang getah milik owner sorang uncle cina. Eh ingatkan kat highway je ade 'tol'. Sini pun kena 'tol' nak turun tau. RM1/person. Aduh..pandai uncle wat bisnes erk. Yele orang dah masuk kawasan kau kan. Terima kasih kepada Cik Nani yang belanja bayar 'tol' team kitorang. 

Akhirnya sampai jugak kami ke 'darat'. Masa nak turun semua excited nak cepat. Pakat lapar dan penat. Nampak je stall coconut shake terus terpa situ oder nasi lemak dan conut shake. Cuma nasi lemak je kurang cukup. Gamaknya laku keras ramai yang beli sebab kelaparan dek tenaga yang hilang mendaki tadi. Apa yang pasti secawan coconut shake itu sudah cukup pada aku menghilangkan haus. Nimatnya aih. Terima kasih lagi sekali kepada si Ana yang belanja makan and minum. Moga murah rezeki uolls.

Overally, mendaki broga hill ni adalah satu pengalaman yang cukup menarik untuk dijadikan aktiviti. Team pun best, saling membantu. Pemandangan pun agak cantik. In sha allah next time jika diizinkan may be setahun dua lagi kot..huhuhu.. nak bawa bebudak, tapi kena kuat la. Pastikan sebelum melakukan aktiviti ni sentiasa senam atau joging untuk fit kan stamina. Dan disarankan sangat-sangat untuk memakai kasut yang mempunyai grip kuat untuk mengelakkan sebarang kegelinciran.

Apapun, Alhamdulillah semuanya selamat. 
#melasakdalam10wk

Comments

Anonymous said…
Gd xtvt
Anonymous said…
Gd xtvt n fun
wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya