Ana Ikan Bakar Petai dan Warung Aziz Satar

Semasa trip ke Kuantan hari tu selama 3 hari 2 malam, dua tempat ni je yang sempat kiotrang terjah untuk makan-makan..

hari pertama selepas puas mandi manda di siang hari,malamnya kitorang ke Ana Ikan Bakar Petai(AIBP) yang terletak di Tanjung Lumpur. Lebih kurang 20 minit gitu dari Homestay penginapan kitorang yang terletak di Bukit Rangin. Sesampai je di restoran ni,dalam hati agak kagum kerana boleh tahan besar jugak empayar ni...kelihatan beberapa lot kedai khas untuk AIBP sahaja. Ingat kan kat depan saja,rupanya kat belakang tu ada lagi kedai dia..banyak erkk.
Selepas dah dapat tempat strategik iaitu di wakaf, pilih la menu yang ada. Harga pada aku masih available,servis un ok dan makanan sedap. Boleh la kalau ikut tekak aku.Ok lepas ni leh try yang cawangan kat Bangi pulak.Walaupun dok stay Putrajaya dah bertahun dan rajin jugak turun Bangi untuk makan-makan tapi still tak jejak kaki kat kedai AIBP ni. Lalu dan tengok je.


Hari kedua pagi kitorang penuhkan sesi ke Kemaman mencari satar dan keropok. Sebab aku pernah singgah makan kat Warung Aziz Satar,so datang lagi la situ pekena satar, Mee chalong dan keropok lekor. Berahi jugak bebudak makan isi ikan ni.Sedap jugak kan satar ni tambah kalu di bakar garing. Aku suke garing-garing. Mee chalong orang kata antar benda wajib try bila mai. Adik aku oder mee ni..pada aku biasa je cam mee sup biasa.
Dah puas makan, singgah la di deretan kedai menjual keropok dan satar di sepanjang jalan. Banayk pilihan dan bergantung kepada kita nak pilih yang mana. Aku just borong satar dari kedai Aziz Satar je..si adik aku banyak la dia memborong hasil kiriman la tu.Huhuhu..Sesambil dah nak balik,singgah pulak ke Cherating,nikmati pemandangan laut sekejap. Then kitorang terus ke Gambang untuk lawatan ke Safari pada sesi petangnya.

Sekian cerita weool 3hari 2 amlam di Kuantan. Nak cerita panjang idea tak berkembang,tengah demam. balik dari Kuantan tak kebah lagi.Otak so beku. hadap ape yang ada saja la ye. Ok bye!



Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya