Novel Hati Perempuan


Novel Hati Perempuan ni sekadar menambah koleksi memandangkan cerita ni pun tengah hot sekarang di slot Akasia TV3.Beli di popular book kat Aeon Seri Kembangan.Nasib baik dorang dah restock mas aku gi.Time beli ada rebet lagi..dapat le rege RM20.25 satu (beli dua hari tu RM40.50)

Me nengok ape cer novel ni:
Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. 
Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam.
Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran.
“Kenapa ni?” - Tengku Zaril.
“This is yours?” - Yuhanis.
“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril.
“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis.
“I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril.
Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.
“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril.
“Takkan semudah itu.” - Yuhanis.
Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? 
Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya? 

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya