Bila denggi bermaharajalela

Start dari rabu lepas aku dah mula cuti dwk kerana demam..bermula dengan sakit kepala yang kuat dan diikuti demam. Ahad check darah dan didapati bacaan Platlet aku kurang dari 150 iaitu 131.

So keesokannya hari Isnin aku lagi sekali ke klinik kesihatan untuk ujian darah..kali ni turun lagi bacaannya 121. Aduhhhaii..
Memang kene datang lagi la. Aku diberi mc lagi 2 hari untuk berehat. Dalam pada tu tangan dan kaki mula dinaiki biji- biji merah.. Takut pulak aku tengok. Risau bagai sume ade. Doktor cakap tu biasa dia akan kua biji merah gitu.

Hari ni gi klinik lg amik darah. Turun lagi Platlet aku jadi 105. Tapi doktor kata kepekatan darah ok lagi. Ha yele.. Doktor kata ok xpele. Tapi sok tetap kene datang lagi.

Aduhai. Hari ni biji merah makin banyak keluar. Merenyam dah aku rasa. Cepatla baik. Dah tak larat nak telan air.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya