Bonus raya sebulan gaji Pulau Pinang dibayar hari ini

Kerajaan Pulau Pinang akan mengeluarkan bonus raya sebulan gaji atau minimum RM600 yang dijanjikan kepada penjawat awamnya pada hari ini.

“Kejayaan Pulau Pinang seharusnya dikongsi bersama semua penjawat awam di negeri ini yang menunjukkan kegigihan dan kesungguhan mereka,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng.

“Oleh itu, Kerajaan negeri amat berbesar hati memberikan bonus hari raya kepada semua penjawat awam Negeri Pulau Pinang dengan bayaran setengah bulan gaji dengan minima sebanyak RM600 yang akan dibayar pada hari ini.”

Lim berkata demikian dalam ucapannya sempena majlis perhimpunan anggota perkhidmatan awam negeri di Hotel Traders, Pulau Pinang hari ini.-malaysiakini

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya