Naik Gaji-Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13

Pagi tadi (11 Mac 2013) aku berkesempatan untuk mendengar amanat PM sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam yang ke-13 di PICC Putrajaya.Majlis diserikan dengan persembahan koir dari kumpulan koir INTAN..best jugak dengar dorang menyanyi sementara boring dok menunggu ketibaan jemputan terhormat.Antara lagu yang dibawakan Teman Pengganti,Anak Kampung,Terukir Di Bintang,Warisan dll.

Namun dalam kemeriahan dan keghairan untuk penjawat awam mendengar khabar 'baik' dari PM,majlis turut bertafakur dan berdoa sebentar bagi memberi penghoramatan kepada 8 anggota wira negara yang terkorban di Lahad Datu.Tabung Wira Negara turut dilancarkan dalam majlis ini tadi.

Amanat PM adalah dinantikan adalah mendengar apakah khabar gembira.Antara yang disebut oleh PM:
-Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;
- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;
- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
- Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;
- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";
- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;
Nampaknya ada yang kecewa,apa yang nak didengar seperti tuntutan elaun perumahan dan COLA diselaraskan tidak menjadi nyata.Di akhir majlis Presiden CEUPACS Dato Omar Osman sempat mengusik PM tentang isu tu.Apalah sangat kan.bravo.hope PM setuju untuk luluskan dan umumkan pada Hari Pekerja nanti.Mudah-mudahan.Amin. 

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya