Beijing Day 2:Tian An Men, Forbidden City, Silk Store & Acrobatic Show

Tian an Men adalah dataran terbuka yang terbesar di dunia.Ianya dinamakan sempena Tiananmen (pintu damai syurga).Di dalamnya terdapat Forbidden City, istana maharaja yang memisahkan dataran ini dari kota larangan.Dataran ini lambang kebudayaan penting China kerana terdapat pelbagai peristiwa bersejarah yang berlaku.Ape kisah sejarahnya silalah google.

Tai He dian..Pavilion of Supreme Harmony" or "Hall of Supreme Harmony"

Inilah Mao Zedong.Dataran Tiananmen pernah dijadikan tapak berlakunya sebilangan peristiwa politik dan bantahan golongan pelajar. Ini termasuklah pengisytiharan Republik Rakyat China oleh Mao Zedong pada 1 Oktober 1949.-wiki

After that kami melawat kilang sutera yang sangat famous di China.Ramai jugak yang oder suh beli kain sutera.Weh,hengat murah ke..duit Malaysia mau ratus lebih.Tak dapat le nak shopping sakan semata2 nak beli sutera je kan.banyak lagi benda nak dibeli.Lastnye kami beli cadar dan alas meja je.Okla tu siap bersulam.

Kemudian berehat untuk lunch di restoran halal Xinjiang.Tak banyak gambor makan di snap..almaklum le sampai2 terus ngadap makan.Makan dah licin,peh tu baru le sibuk nak bergambar pulak.

Walaupun di negara orang kewajipan terhadapNya tetap tidak dilupakan.tidak menjadi masalah di sini keranan terdapat masjid iaitu Niujie Mosque. Masjid tertua di kota beijing ini berusia lebih 1000 tahun.Niujie merupakan kawasan terbesar diduduki oleh umat Islam di Beijing.

Destinasi terakhir untuk hari ke-2 ini, kami dibawa melihat pertunjukkan acrobatic (seni menggayakan diri)

Comments

nuhara said…
bestkan kat sana :) hara baru pergi thn lepas bulan 12 :) seronok sgt masjid die unik sgt :) tempat mkn die pun ok :) tapi pent dekat fubeden city :( jauh huhuhuhuuuhuuhuhu

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya