MEMORI FD MEMORI FD: Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia

Jumaat, April 20, 2012

Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia

Petang semalam telah berlangsung perasmian pusat bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia oleh YB Perdana Menteri kita.

Pusat pertama seumpamanya di Presint 8 Putrajaya,ini  hasil kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP dan Kementerian Kesihatan.Pusat bersalin ini hanya menerima kes bersalin risiko rendah, tanpa sebarang komplikasi.Pusat bersalin yang mula beroperasi pada 30 Januari lalu,sehingga kini lebih seratus kelahiran diterima di pusat ini. Ianya menawarkan perkhidmatan kelas satu dengan kadar bayaran serendah RM3. 

Ibu berisiko rendah bersalin merujuk kepada mereka yang tidak ada komplikasi kandungan, penyakit seperti darah tinggi, kencing manis atau asma selain mengandung anak kedua ke atas. 

Pusat berharga RM12 juta itu dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan bersalin berhawa dingin, pusat saringan pesakit, bilik untuk pesakit antenatal dan postnatal serta 24 katil untuk ‘rooming in’ bagi pesakit pediatrik bersama penjaga mereka. 

**Kalau dipanjangkan usia kandungan aku ni,agak2nya adakah aku akan bersalin di sini?Husband aku cakap yang mane anak first bersalin normal and takde masalah ape leh refer kat sini..uhuk..moga tempat ni ok la dari segi layanan dan perkhidmatan..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 komen :

akulerzy berkata...

cuba dulu baru tau hehe suasana baru

Hadiah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen