Last day baru nak pegi ..Expo Buku Islam Putrajaya

Sebagai salah seorang penggemar buku,semalam aku tak lepaskan peluang untuk terjah ekspo tersebut di Dewan Cempaka Sari,Perbadanan Putrajaya.Ekspo yang telah pun berlangsung lebih seminggu itu ,berakhir semalam.(24/2-4/3/2012).Actually perasan je ekspo tu dah ada,yele hari2 lalu kat situ amik and antar anak ke taska kt Perbadanan.Tapi takde masa nak singgah.Semalam baru dapat 'melempiaskan' keinginan itu.
Bestnye semalam,dapat jumpe DR HM TUAH ISKANDAR,tapi aku takdele bergambor ngan dia pun dan tak beli pun buku kat booth dia tu.Aku dah ade buku2 motivasi dia  seperti Nak Ke Tak NaK,Jangan Tidak Tidak dan Fikir2 lah.Selain Dr Tuah,Hafiz Hamidun pun ade..yang lain aku tak perasan sangat.
Sempat berenti jap kat booth EZ MATH..pengasas EZ MATH mnunjukkan cara pengiraan kat salah seorang budak yang ade kat situ..tengok cara dia ni ngajar senang je erk..kalu ade lg bengkel dia nak je suh anak aku joint..atau beli buku math...ape salahnye train dari awalkan..tapi kene sabaorla..belajar math dengan mudah...

 Antara pengunjung yang hadir..mencari pelbagai ilmu..banyak buku yang menarik..ikut hati banyak je nak beli..tapi bajet kurang
Tara..inilah buku yang aku mampu 'rentap' kat booth PTS.Setelah ditolak diskaun jumlahnya adalah RM30.+ untuk kedua2 buku tu.Sesaja nak cedok ilmu berkaitan pengurusan kewangan personal..heheh..mane tau kan kot ade yang leh diaplikasikan..dalam keadaan kos hidup yang makin tinggi ni kene le belajor kawal bajet and cari cara nak dapatkan duit lebih kan...Nanti kalau aku dah habis baca,Insya'allah aku sharekan ngan kome..tunggu jele bile2 masa..

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya